Cari Entri WADi

Isnin, 3 Mei 2010

Pandu kereta guna kaki kanan



GAMBAR yang disiarkan oleh akhbar Jawa Pos kelmarin menunjukkan Alberta Aceng memandu dengan menggunakan kaki
kanannya.


WONOSOBO, Indonesia - Seorang lelaki, Alberta Aceng Dhani Setiawan bertekad untuk mencipta rekod dengan memandu sebuah kereta menggunakan satu kakinya dari Borobudur di Magelang hingga ke Istana Negara di Jakarta, lapor Jawa Pos kelmarin.
Dia kini yang lahir tanpa dua tangan itu terus berlatih dan mengumpulkan dana tanpa mengenal erti putus asa bagi merealisasikan impiannya.
Pada Khamis lalu, dia yang berumur 37 tahun kembali berlatih di Alun-Alun Wonosobo.
Bapa dua anak itu yakin mampu memecahkan rekod tersebut kerana dia kerap memandu kereta ke Jogjakarta dan Solo. - Agensi

Tunjuk Perasaan di Thailand

Kabinet Thailand mengadakan mesyuarat tergempar pagi ini untuk membincangkan langkah-langkah mengatasi tunjuk perasaan yang semakin meluas. Ia dijangka tertumpu kepada memutuskan samada akan menguatkuasakan undang undang tentera. Keputusan mengadakan mesyauarat itu juga dikatakan ada kaitan dengan gesaan supaya kerajaan membenarkan perunding antarabangsa menjadi orang tengah. Jurucakap kerajaan Panithan Wattanayagorn berkata mesyuarat pagi ini akan memfokus kepada tindakan untuk menamatkan tunjuk perasaan selama tujuh minggu yang melumpuhkan sebahagian Bangkok.


Wabak H1N1 Kembali

KUALA LUMPUR - Wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) menjangkiti 35 lagi mangsa setakat petang kelmarin, menjadikan jumlah kes terkumpul setakat ini sebanyak 13,744.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, jumlah kes ILI (Penyakit Serupa Influenza) yang masih dirawat dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 592 kes, dengan 12.8 peratus atau 76 kes disahkan positif H1N1.


Risiko Beli Telefon Murah

KUALA LUMPUR - Pengguna dinasihatkan tidak tertipu dengan promosi jualan telefon bimbit yang canggih pada harga murah kerana jika ia dijual menerusi ejen tidak berdaftar, produk yang dibeli itu tidak akan dilindungi biarpun ia masih dalam tempoh jaminan.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) selepas menerima kira-kira 200 aduan kes pembelian telefon dari ejen dengan kebanyakannya model berharga RM1,000 ke atas dalam empat bulan pertama tahun ini.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah berkata, ada pengadu mendakwa ejen enggan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan walaupun telefon bimbit masih dalam tempoh jaminan.


Tips Solat Setelah Lama Meninggalkannya




Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali keduaWalau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.
Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solatJika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertibSewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasiSewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilaluiTumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohaniBerikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solatKerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

KesimpulanJika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik