Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Munakahat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Munakahat. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Julai 2011

Ciri-ciri Isteri Yang Baik Dalam Islam


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat semua pembaca WADi sekalian. Agak lama saya tidak update entri asbab saya didatangkan Allah dengan dugaan dan ujian yang membuatkan saya tiada upaya untuk update entri. Pun begitu tidaklah sesuatu itu berlaku tanpa izinNya dan dengan izinNya juga saya menulis entri kembali. 

Kali ini saya ingin menulis entri berkaitan munakahat. Munakahat itu apa? Munakahat bermaksud perkahwinan. Mungkin hanya label sahaja saya tertera munakahat namun segala entri berkaitan perkahwinan dan kekeluargaan saya akan masukkan di ruangan Munakahat, insyaAllah. Kali ini saya ingin berkongsikan mengenai ciri-ciri isteri yang baik dalam Islam atau ciri-ciri isteri yang disukai oleh suami yang baik, insyaAllah. 

1.Ciri yang paling utama dalam Islam tidak lain tidak bukan ialah isteri yang baik pada AgamaNya. Baginda bersabda lagi yang maksudnya: 

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni  ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh  Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya." 

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.

2.Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.
3. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

4. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

5. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

6. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami. 

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar  dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya." 

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya." 

Semoga kita semua mendapat jodoh yang baik dan diredhai Allah demi kebaikan Agama, ummah, keluarga serta diri sendiri,insyaAllah.

- Amal Dengan Ilmu -

WADi 

Selasa, 21 Jun 2011

Hukum Memakai Inai Bercorak


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca WADi sekalian. Amalan berinai memang tidak asing lagi bagi kita semua. Ia kebiasaannya dilakukan pada majlis perkahwinan dan telah menjadi adat yang hampir tidak dapat dipisahkan. Memakai inai menampakkan seri kepada pengantin. Persoalannya adakah ia dibenarkan dalam syarak? Jika dibenarkan apakah syaratnya? Bolehkan memakai inai bercorak? Persoalan ini hanya terlintas bagi orang-orang yang menitik beratkan soal hukum. Kadang kala kita terlepas pandang perkara yang nampak remeh disebabkan oleh ianya sebahagian daripada adat turun-temurun.

Inai (hinnaa) bukanlah tatu (syimaah). Inai diekstrak dari tumbuhan sedangkan tatu menggunakan teknik tertentu untuk menanam warna di bawah lapisan kulit. Tatu diharamkan dalam Islam secara mutlak sama ada ianya bercorak haiwan atau selainnya, tetapi inai dibenarkan. Namun, jika menggunakan inai untuk melukis objek yang hidup (bernyawa), maka ini adalah haram. Haram di sini adalah hukum tentang lukisannya, bukan inainya. Masalah melukis/mengukir (taswir) bentuk haiwan adalah haram menurut pendapat yang terkuat [An-Nabhani, Syakhsiyyah Islamiyyah]. Jadi, memakai inai sama ada di jari sahaja atau di mana-mana bahagian badan adalah mubah (harus) dengan syarat ia bukan gambar objek bernyawa dan tidak menggambarkan bentuk hadharah kuffar seperti lambang salib, dewa hindu, budha dan lain-lain. Adapun dalil tentang kebolehan berinai adalah sabda Rasulullah,


“Bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi SAW dengan sebuah kitab untuk berbai’ah maka Baginda menggenggam tangannya lalu berkatalah wanita tersebut; Ya Rasulullah! Saya telah menghulurkan tangan saya kepada anda dengan sebuah kitab tetapi anda tidak pun mengambilnya. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya aku tidak ketahui adakah ianya tangan lelaki ataukah tangan wanita.’ Wanita itu berkata, ‘Bahkan tangan wanita’. Rasulullah SAW lalu bersabda, ‘Jika anda wanita tentulah anda mengubah (mencelup) kuku-kuku anda dengan inai” [HR An-Nasaei, Abu Daud]


Pakai inai sekadar perlu

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
    Untuk apakah inai sebegini? Tiada  manfaat

    semoga perkongsian yang serba kekurangan dari saya
    memberi manfaat buat semua, insyaAllah

    - Amal Dengan Ilmu -

    WADi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik