Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TAZKIRAH. Papar semua catatan

Rabu, 26 Julai 2017

Yahudi dan Nasrani Jadi Idola



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَأْخُذَ أُمَّتِي بِأَخْذِ القُرُونِ قَبْلَهَا شِبْرًا بِشِبْرٍ وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَفَارِسَ وَالرُّومِ؟ فَقَالَ: وَمَنِ النَّاسُ إِلَّا أُولَئِكَ؟
Maksudnya:
“Tidak akan terjadi kiamat sehinggalah umatku mengikut jejak umat terdahulu sebelum mereka, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta.”
Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah seperti orang Parsi dan Rom?”
Baginda menjawab: “Siapa lagi selain mereka?” (Riwayat al-Bukhari)
……….

Jika kita renungi, apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini beribu tahun dahulu dengan realiti kehidupan kita pada masa kini, tentu kita terkejut dengan kebenarannya. Perkara yang Baginda sampaikan kepada sahabatnya, benar-benar terjadi pada zaman kita. Lihatlah sekarang. Lihatlah keadaan umat Islam sebahagiannya begitu mirip cara hidup, pakaian dan tingkah laku mereka dengan orang Yahudi dan Nasrani.

Zaman ini, pengaruh Yahudi dan Barat mencapai kemuncaknya meliputi seluruh aspek kehidupan. Jika kita amati sedalam-dalamnya, kita mendapati bahawa hampir semua aspek kehidupan yang selama ini dipelihara oleh Islam, mula diserap masuk dengan pengaruh buruk mereka.

Sejarah mencatatkan bahawa sulit sekali bagi orang Yahudi dan Nasrani untuk menewaskan umat Islam di medan jihad. Disebabkan itu, mereka cuba meruntuhkan ajaran Islam dari dalam. Musuh Islam sedaya upaya cuba menjauhkan Islam dalam diri penganutnya hingga akhirnya kehidupan umat Islam persis seperti mereka dan keislamannya sekadar pada nama. Mereka merancang sekian lama dan kini mereka telahpun menuai hasilnya.

Islam Dianggap Kolot
Zaman kegemilangan Islam telah lama berlalu. Ketika itu, Islam membawa segala macam pembaharuan baik dari sudut akidah, ibadah, akhlak dan keilmuan. Islam merupakan tamadun yang berjasa besar dalam memodenkan kehidupan umat manusia. Pembaharuan yang dibawa Islam menggabungkan nilai keagamaan dalam seluruh aspek kehidupan, ternyata begitu unik dan tidak pernah wujud dalam tamadun sebelumnya.

Daripada hanya bertapak di Makkah, Islam meluaskan ajarannya ke Madinah hingga berjaya menguasai seluruh jazirah Arab. Lebih menakjubkan, Islam pernah menguasai hampir 2/3 dunia. Ketika Barat mundur dan hanyut dalam kegelapan jahiliah, Islam datang memberikan sinaran hidayah. Itulah sejarah yang hanya boleh dikenang dan dicanang.

Namun hari ini, Islam tidak lagi dipandang hebat seperti dahulu. Islam tidak lagi menjadi solusi terhadap permasalahan umat. Islam wujud namun dianggap kolot. Sebahagian umat Islam lebih cenderung dengan kehidupan ala Barat. Bagi mereka, kehidupan dan trend Barat lebih moden dan sesuai dengan kemajuan masa kini. Jahiliah yang merosakkan umat manusia kembali diangkat oleh umat Islam sendiri setelah dikuburkan oleh Nabi dan para sahabat!

Peristiwa akhir zaman memang menakutkan buat para sahabat. Jika kita yang hidup pada zaman ini berasa biasa sahaja, mungkin kerana begitu kuatnya pengaruh dan corak kehidupan Yahudi dan Nasrani dalam diri kita. Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

“Kalian pasti akan mengikuti jejak langkah orang yang terdahulu daripada kalian sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehinggalah jika mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun, tentu kalian akan mengikuti mereka.”
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah mereka itu orang Yahudi dan Nasrani (Kristian)?”  
Baginda menjawab: “Siapa lagi?” (Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah betapa miripnya kehidupan umat akhir zaman dengan orang kafir sehingga Nabi mengumpamakan kita seperti orang jahil yang hanya tahu mengikut walaupun sehingga masuk ke lubang biawak. Pepatah Melayu mengatakan, bagai lembu dicucuk hidungnya. Menariknya, segala keburukan yang mereka perkenalkan, umat akhir zaman mahu tiru dan amalkan sedangkan nilai positif masyarakat Barat yang selari dengan syariat tidak pula kita contohi. Ajaib bukan?
           
Beruntung Orang Terasing
Ketika orang kafir menjadi idola dan contoh kehidupan, ajaran Islam mula dilupakan sedikit demi sedikit. Apabila budaya orang kafir dijulang, budaya Islam kembali dagang. Sebagaimana Islam dahulunya datang dalam keadaan asing, begitulah juga akhirnya.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali dalam keadaan asing. Maka beruntunglah orang yang terasing.” (Riwayat Muslim)

Siapakah orang yang terasing? Mereka bukanlah orang yang duduk di pelosok kampung, bukan semestinya orang yang kolot dan bukan juga orang yang tidak bergaul dengan orang lain. Umat akhir zaman yang terasing adalah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: 

“Orang yang memperbaiki sunnahku setelah dirosakkan oleh orang selepas pemergianku.” (Riwayat al-Tirmizi)

Renung-renungkanlah wahai sekalian umat akhir zaman!

Renungan Bersama
Umat Awal Islam
Umat Akhir Zaman
·         Tutup aurat supaya maruah terjaga.
·         Buka aurat untuk tampak bergaya.
·         Islam sesuai diamalkan dalam semua keadaan.
·         Islam sesuai diamalkan di tempat agama dan majlis keagaaman sahaja.
·         Jauhi arak, judi dan zina kerana bertentangan dengan ajaran Islam.
·         Dekati arak, judi dan zina kononnya sekadar hiburan.
·         Solat mendekatkan diri dengan Tuhan dan kejayaan.
·         Solat dikira beban dan melambatkan sesuatu urusan.
·         Sedekah tidak mengurangi harta bahkan menambahkannya.
·         Sedekah mengurangkan harta dan menguntungkan pemintanya.

Selasa, 19 April 2016

Kisah Ibn Mahdi Membetulkan Gurunya Ubaidillah bin Hasan Al-Anbari




|| Mengaku Salah Lebih Disukai Daripada Terus Membela Kesalahan ||

Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (wafat 852H) menaqalkan kisah menarik antara Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari (wafat 168H) dengan muridnya, Abdul Rahman ibn Mahdi (faqih, Imam Hadith, Guru Imam Ahmad ibn Hanbal, wafat 198H)

 وقال ابن مهدى كنا في جنازة فسألته عن مسألة فغلط فيها فقلت له اصلحك الله أتقول فيه كذا وكذا فاطرق ساعة ثم رفع رأسه فقال إذا ارجع وأنا صاغر لان أكون ذنبا في الحق أحب إلي من أن أكون رأسا في الباطل
Telah berkata Abdul Rahman ibn Mahdi: Suatu hari kami ketika kami sedang menghadiri solat jenazah, kami bertanya kepadanya tentang sebuah masalah, lalu beliau salah ketika menjawabnya. Maka saya katakan kepadanya:
“Semoga Allah menjagamu, jawapan yang benar mengenainya adalah begini dan begini.”
Lalu beliau (Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari) terdiam seketika kemudian mengangkat kepalanya seraya berkata:

“Jika begitu, saya tarik kembali pandangan saya tadi dan saya mengaku salah, kerana menjadi ekor (kerdil) dalam kebenaran lebih saya cintai daripada menjadi kepala (pemimpin) dalam kebatilan (terus-menerus dalam kesalahan).” [Tahzib Al-Tahzib 7/7]

Selain seorang Ulama’ besar dan seorang Salafussoleh, yang hebat, tahukah apa anda kedudukan Ubaidillah ibn Hasan Al-Anbari pada ketika itu?

Beliau seorang Qadhi di Basrah, Faqih dan Hujjah ummat ketika itu. Mencari pemimpin yang bertaraf ulama’ sahaja sudah hampir mustahil di zaman ini, apatah lagi yang sanggup menarik pandangannya dan mengaku salah.

Menariknya, beliau tak rasa terhina pun dibetulkan kesilapannya oleh muridnya atau orang yang lebih muda darinya. Hari ini sebahagian orang jika murid menegur guru, dikatakan pula tidak menghormati guru. Diajar untuk terima sahaja tanpa mempersoalkan.

Orang yang ikhlas dengan ilmu tidak akan malu mengaku salah dan membenarkan orang lain apabila dia sedar dirinya telah tersilap. Ianya bukanlah suatu aib, bahkan bukti jelas betapa luasnya pemikiran dan hebatnya peribadi seseorang.

Kita zaman ini, walaupun telah terbukti salah namun kerana ego yang menebal sanggup menegakkan benang yang basah daripada mengaku salah.

wallahua'lam.



Jumaat, 20 April 2012

Kurma, Antara Hadith Dan Sains



السلام عليكم







Buah kurma merupakan sejenis buah-buahan yang tidak asing lagi bahkan cukup sinonim dengan masyarakat Muslim seantero dunia. Kebiasaannya buah kurma mendapat permintaan tinggi terutama apabila tibanya bulan Ramadhan dimana seluruh umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Amalan memakan buah kurma merupakan suatu sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w sebagaimana yang terdapat dalam hadith-hadith. Antaranya ialah:



Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.” (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).


Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).

Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Amalan berbuka Rasulullah SAW menggambarkan kurma itu banyak khasiatnya, terutama untuk badan yang keletihan selepas sehari berpuasa. Kajian sains terkini turut memperakui kelebihan buah kurma yang mengandungi kebanyakan nutrien penting yang diperlukan badan. Sesetengah pihak turut mendakwa buah kurma mampu mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit.

Pada asasnya, kurma mengandungi gula yang mudah diserap badan, memberikan tenaga segera dan berpanjangan untuk menjalankan aktiviti harian atau sembahyang tarawih pada malam hari sepanjang Ramadan. Kandungan serat yang tinggi di dalamnya pula melambatkan rasa lapar ketika berpuasa, dan mempercepatkan rasa kenyang ketika berbuka supaya kita tidak makan secara berlebihan. Kelebihan ini menjadikannya buah yang amat sesuai dimakan ketika bersahur atau berpuasa.

Kajian saintifik seluruh dunia mendapati kurma bukan sahaja mengandungi jumlah karbohidrat (gula) yang tinggi malahan turut mengandungi pelbagai vitamin penting seperti vitamin A, tiamin, riboflavin, niasin, zat besi, vitamin B, asam nikotinat (yang baik untuk usus) dan bermacam-macam lagi. Kurma juga didapati mengandungi banyak garam galian lain seperti magnesium, potasium dan kalsium. Buah ini turut mengandungi kalium yang khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah.

Setiap 100 gram kurma kering mengandungi 50 IU vitamin A, 0.09 miligram (mg) tiamin, 0.10 mg riboflavin, 2.20 mg niasin, serta 666 mg kalium. Kesemua nutrien penting ini berfungsi membantu membebaskan tenaga yang cukup, menjaga kesihatan kulit dan saraf serta membantu fungsi jantung. Diet yang ditambah buah kurma dikatakan dapat membakar kalori berlebihan badan dengan setiap biji kurma mampu mengurangkan sebanyak 3,470 kalori.

Kurma dan produk berasaskan kurma sering dikaitkan dengan pencegahan, malahan rawatan sesetengah penyakit kronik badan. Ini berikutan jenis dan jumlah nutrien di dalam setiap buah kurma memainkan peranan di dalam membantu fungsi badan berjalan lancar. Sebagai contoh, serat di dalam kurma bukan sahaja melambatkan rasa lapar dan mempercepatkan rasa kenyang. Kandungan serat yang tinggi turut membantu melancar dan mengaktifkan fungsi usus, seterusnya membantu proses perkumuhan dan penyingkiran toksin dari badan.

Kurma juga dikaitkan dengan peranan membantu meningkatkan fungsi sistem badan, sekaligus mencegah penyakit melalui:

1. Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.

2. Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.

3. Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.

4. Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.

5. Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah merah.

6. Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.


Melihatkan kandungan nutrien dalam setiap biji buah kurma dan khasiatnya untuk kesihatan, diet yang ditambah buah kurma amat disarankan, bukan hanya pada bulan Ramadan, malahan bila-bila masa sahaja. Kelebihan buah ini juga bukan hanya untuk dinikmati umat Islam tetapi semua bangsa di Malaysia, tidak mengira agama atau usia patut mencubanya. Beberapa pihak juga dilihat telah mula mengambil langkah mempelbagaikan cara hidangan kurma sama ada dalam masakan atau sebagai jus buah. Ini diharapkan dapat meningkatkan diet buah kurma di negara ini supaya khasiat dan kelebihannya dapat dinikmati ramai dan bukan hanya dinikmati pada masa tertentu sahaja. Kurma banyak kelebihannya dan bukan hanya untuk Ramadan semata-mata.



والله أعلمُ بالـصـواب

Rabu, 4 April 2012

Mengikuti Jejak Para Sahabat dan Salafussoleh



السلام عليكم




Umat Islam digesa ikut cara sahabat,tabiin dan salafussoleh untuk capai kesempurnaan hidup.


MENUNTUT ilmu agama tidak cukup dengan hanya bermodalkan semangat. Seseorang Muslim patut mengetahui juga segala bentuk prinsip asas dan cabangnya seperti digariskan syariat yang sempurna. Tujuannya supaya seseorang Muslim itu tidak kebingungan dalam menghadapi seruan daripada kepelbagaian kelompok dakwah. Apa yang penting, mereka tidak mudah terjerumus ke arah pemahaman menyeleweng. 

Dewasa ini ada banyak ‘ruang’ dan ‘jalan’ ditawarkan bagi mempelajari agama Islam. Sudah pasti semua pihak mendakwa cara dan gaya mereka adalah yang terbaik dan paling benar. Melalui pelbagai cara dan gaya ini jugalah mereka berusaha menambat pengikut seramai boleh.

Lihatlah dalam masyarakat kita sendiri, ada pihak menawarkan cara dengan motivasi diri dan hati, ada mengajak untuk ikut serta dalam persoalan politik, ada golongan menyeru supaya segera mendirikan Khilafah Islamiyah kali kedua, ada secara santai menantikan kehadiran al-Mahdi dan ada pula bermusafir dari satu tempat ke tempat lain mengajak manusia untuk berjemaah di masjid. Tetapi, cuba perhatikan di persekitaran tempat tinggal dan masyarakat sekeliling kita. Keadaan masyarakat Islam masih lagi pada takuk lama, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai objektif hidup dan tidak mengerti kerana apa mereka dihidupkan di atas muka bumi ini. 

Pada jiwa dan sanubari mereka, tiada perkara penting melainkan kemewahan hidup. Kejahilan masih lagi menyelimuti seolah-olah mereka akan hidup kekal di dunia ini. Bahkan, keluarga serta sanak saudara terbabit pelbagai isu keruntuhan akhlak dan kebejatan moral yang bertambah parah. Adakah perkara yang salah dalam tindakan mereka? Jawapannya sudah pasti ada yang salah, apabila kita dapat menyaksikan saban hari berlaku pelbagai kepincangan di sisi umat yang semakin jauh daripada panduan diserukan Islam.

Golongan Ahli Sunnah yang menjadi pewaris Nabi SAW sering kali menyeru dan tetap berusaha mengamalkan apa diwasiatkan Rasulullah dalam mengajak umat Islam kembali mempelajari agamanya. Dalam pelbagai situasi yang ditempuhi, Ahli Sunnah tidak akan keluar dari jalan yang dilandaskan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW untuk mengambil dan memahami apa yang ditunjukkan Nabi SAW dalam persoalan agama.

Keselarasan kita dalam menurut segala aspek ditonjolkan Nabi SAW berdasarkan hadis diriwayatkan ulama hadis sejak dulu adalah sesuatu yang utama dalam kehidupan seorang Muslim. Inilah yang sebenarnya sangat diperlukan oleh umat Islam. Justeru, untuk mencapai kesempurnaan ilmu agama, seseorang Muslim perlu memahami ajaran agama yang dianuti sejak sekian lama dan berpegang kepada perkara asas mencari ilmu antaranya:

l. Mengambil ilmu agama daripada sumbernya yang asal. Sumber utama ilmu Islam yang menjadi prinsip asasnya adalah berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah. Hal ini jelas difahami daripada firman Allah yang bermaksud:




اتَّبِعُوا مَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَا تَتَّبِعُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ 


“Ikutilah daripada apa yang diturunkan kepada kamu semua oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti panduan selain-Nya.” (Surah al-A’raf, 7:3)

Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawasanya aku diberi al-Quran dan yang serupa dengannya.” ( Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

l Memahami al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan pemahaman golongan salafussoleh. Golongan salafussoleh yang dimaksudkan adalah sahabat serta orang yang mengikuti mereka dari kalangan tabiin dan generasi selepas mereka.

Hal ini jelas seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud:


خيركم قرني ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم
“Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang setelah mereka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Golongan salafussoleh atau generasi awal Islam ini perlu diteladani memandangkan segala kebaikan yang berada pada mereka adalah kebaikan mencakup segala hal berkaitan agama, sama ada daripada aspek keilmuan, pemahaman, pengamalan dan strategi dakwah berkesan.

Ibn al-Qayyim pernah merumuskan bahawa: “Nabi SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik generasi adalah generasinya secara mutlak. Itu bermaksud merekalah yang paling utama dalam segala bentuk kebaikan. Jika bukan yang sedemikian, sudah pasti mereka adalah golongan yang baik dari beberapa aspek saja (seperti generasi lain) dan mereka sudah pasti bukan tergolong sebaik-baik generasi secara mutlak.”

Dengan demikian, pemahaman mereka terhadap agama sudah dijamin oleh Nabi SAW tanpa perlu meraguinya lagi bahawa kebenaran itu pasti bersama mereka. Kewajaran ini jelas kerana mereka adalah golongan yang paling mengetahui selok-belok ajaran Islam selepas Nabi SAW. Bahkan, mereka menyaksikan sendiri di mana dan bilakah turunnya wahyu serta mengetahui kaitan peristiwa terlafaznya sesebuah hadis. Keadaan sebegini sudah tentu membuatkan ulama selepas era mereka sangat menghormati generasi terbaik ini.

Oleh demikian, sesetengah ulama sendiri menyatakan bahawa jika sahabat bersepakat terhadap sesuatu urusan, maka menjadi kesalahan bagi seorang Muslim berselisih dengan kesepakatan mereka. Jika mereka sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu urusan agama, maka seseorang Muslim itu tidak boleh mencari pendapat lain daripada mengetahui titik perselisihan mereka. Ini bermaksud bagi seorang Muslim, beliau harus memilih salah satu daripada pendapat mereka dan tidak boleh membuat pendapat yang lain di luar pandangan mereka.

Berkata Imam Syafie:

Mereka (sahabat) adalah golongan paling tinggi berbanding dengan kita dari segala aspek keilmuan, ijtihad, warak (sikap penuh berhati-hati), berakal dan pada setiap perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil daripada mereka ilmu. Pendapat mereka lebih baik dan lebih utama buat kita dari pandangan kita sendiri…”

Jika kita mampu kembali ke arah tatacara pelaksanaan yang dilandaskan generasi terbaik ini dalam mengkaji usul agama, sudah pasti kita mampu mengubah masyarakat dan membetulkan mereka dengan sandaran petunjuk Ilahi.

Kesatuan dan kesepaduan yang dijalinkan berasaskan hujah dan contoh teladan itu pasti mampu menghindarkan umat Islam daripada pengaruh kesesatan. Perkara ini sudah dijamin Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah melindungi umatku dari berkumpul di atas kesesatan.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ibn Abi Asim)

Oleh : Ustaz Fikri Alamghiri & WADi




والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 27 Mac 2012

Mencari Kebenaran Dalam Kepelbagaian Pendapat



السلام عليكم




Muslim wajib dahului al-Quran, hadith untuk selesai masalah berbangkit


RASULULLAH SAW memberi gambaran bahawa pada zaman yang mendatang umatnya akan berselisih pendapat dalam banyak perkara. Rasulullah s.a.w bersabda:



أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وان كان عبد حبشي فانه من يعش منكم يرى بعدي اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الامور فان كل محدثة بدعة وان كل بدعة ضلالة

"Aku berwasiat kepada kamu untuk bertakwa kepada Allah, taat dan patuh (kepada pemimpin), walaupun yang memimpin kamu seorang hamba abdi berkulit hitam. Sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang masih hidup setelah aku tiada, dia akan melihat banyak perselisihan. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' al-Rasyidun yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan geraham (iaitu berpeganglah dengan kuat), dan hendaklah kamu menjauhi perkara yang baru, kerana setiap perkara baru itu adalah bidaah dan setiap bidaah itu sesat." (Riwayat riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah, Sahih) 

Ternyata ramalan Baginda SAW yang dibimbing wahyu Ilahi itu benar-benar menjadi kenyataan. Perselisihan pendapat sememangnya terjadi secara meluas dan ada kalanya sehingga ke tahap saling sesat-menyesatkan, kafir-mengkafirkan dan pertumpahan darah di antara sesama umat Islam.

Senario itu tidak sepatutnya berlaku kerana Baginda SAW sudah memberi panduan jelas bagaimana perselisihan pendapat harus ditangani iaitu dengan menjadikan al-Quran, al-Sunnah serta amalan para sahabat sebagai neraca timbangan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا
"Wahai orang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisih) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) Rasul-Nya, jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (al-Nisaa',4: 59)

Namun kebiasaannya perselisihan pendapat ini tidak ditangani dengan sewajarnya kerana keengganan sesetengah pihak mengutamakan kebenaran dan terus bersikap keras untuk berpegang kepada pendapatnya sendiri mahupun golongannya. Kesombongan yang terpalit di hati menjadi satu tembok sukar untuk dirobohkan apabila hendak merungkaikan sesuatu perselisihan apatah lagi jika seseorang itu memiliki kedudukan tinggi di tengah masyarakat.

Disebabkan sifat kesombongan maka apabila seseorang itu didatangkan kepadanya hujah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang membuktikan pendapatnya tidak tepat, dia tetap keberatan untuk menerimanya bahkan terus memerangi pendapat yang bertentangan dengannya itu.

Ternyata sombong adalah satu sifat tercela dan boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud:


وَإِذَا قِيلَ لَهُ اتَّقِ اللَّهَ أَخَذَتْهُ الْعِزَّةُ بِالْإِثْمِ ۚ فَحَسْبُهُ جَهَنَّمُ ۚ وَلَبِئْسَ الْمِهَادُ
"Dan apabila dikatakan kepadanya bertakwalah kepada Allah, bangkitlah kesombongan yang menyebabkannya berbuat dosa. Maka cukuplah (balasannya) neraka jahanam. Dan sesungguhnya neraka jahanam itu tempat tinggal yang seburuk-buruknya." (al-Baqarah, 2:206)

Status seseorang sebagai mufti, ustaz, pendidik, pensyarah atau imam tidak menjadikannya terpelihara daripada melakukan kesilapan sehingga pandangan mereka dalam hal yang dikhilafkan mesti dianggap benar. Pandangan sesiapapun mesti diadili dengan neraca al-Quran dan al-Sunnah. Jika dalam sesuatu perselisihan pendapat itu jelas kelihatan kebenarannya maka sesiapapun tanpa mengira kedudukan hendaklah berpegang kepadanya walaupun ia bercanggah dengan pendapatnya mahupun golongannya.

Ada yang beranggapan apabila seseorang itu merubah pendapatnya maka kedudukan atau maruahnya akan tergugat. Akan tetapi tanggapan itu adalah kesalahan kerana kemahuan seseorang untuk menolak pendapat sendiri demi kebenaran sifat yang terpuji. Jika dikaji sikap para ulama', mereka sentiasa menerima teguran dengan hati terbuka, membetulkan ajaran mana yang tersilap dan menghormati antara satu sama lain.

Pernah sekali Imam Malik bin Anas ditanya adakah perlu membasuh jari kaki ketika berwuduk? Beliau menjawab: "Itu tidak perlu."

Setelah berakhirnya majlis kuliah, seorang anak murid Imam Malik, bernama Ibnu Wahab berkata: "Aku mengetahui akan suatu hadith berkenaan soalan tadi. Bertanya Imam Malik: Hadis apakah itu? Ibnu Wahab berkata: Laith ibnu Sa'ad, Ibnu Lahee'ah dan 'Amr bin al-Hariith meriwayatkan daripada Yazid bin 'Amr, daripada Mustawrid bin Shaddad; di mana mereka berkata: "Kami melihat Rasulullah menggosok antara jari kakinya ketika berwuduk dengan anak jarinya. Berkata Imam Malik: "Riwayat ini adalah sahih. Aku tidak pernah mendengarnya hingga seketika tadi. Ibnu Wahab seterusnya menerangkan bahawa Imam Malik kemudian mengajar orang ramai untuk menggosok jari kaki mereka apabila berwuduk."

Demikian sikap Imam Malik yang apabila saja dia mendengar hadis yang beliau anggap sebagai sahih, dia terus membetulkan ajarannya tanpa sebarang halangan atau keraguan. Sikap sedemikian rupa juga dipegang Imam al-Syafie. Imam al-Syafie berkata: "Bila suatu masalah ada hadithnya yang sah/sahih daripada Rasulullah SAW menurut kalangan ahli hadith, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati." (Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim di dalam al-Hilyah)

Justeru, hendaklah semua umat Islam mencontohi sikap kedua-dua imam apabila berhadapan dengan perselisihan pendapat. Hendaklah kita segera berpegang kepada pendapat yang benar apabila ia diperjelaskan kepada kita. Sikap sebegini sedikitpun tidak menjejaskan keperibadian mahupun kedudukan seseorang malah ia mencerminkan sikap terbuka untuk menerima ilmu baru dan menepati dalil sah. Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNya yang menyelusuri jalan sebagaimana para sahabat dan salafussoleh, amin.




والله أعلمُ بالـصـواب

Khamis, 15 Mac 2012

Adab dan Akhlak Terhadap Haiwan



السلام عليكم


Haiwan atau binatang merupakan makhluk Allah yang diciptakan bagi melengkapi kehidupan manusia. Melaluinya manusia mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan. Bintang yang diciptakan Allah begitu banyak jenis dan spesiesnya. Ada yang hidup di darat, ada di lautan bahkan ada yang hidup di kedua-duanya. Bintang juga makhluk Allah yang diberikan nyawa dan mempunyai perasaan, hanya sahaja ia tidak memiliki akal fikiran seperti manusia yang diciptakan untuk menjadi khalifah Allah s.w.t di muka bumi. 

Antara adab-adab dan akhlak yang perlu diamalkan terhadap haiwan dan binatang ialah:


1. Memberinya makan dan minum apabila haiwan itu lapar dan haus, kerana Rasulullah s.a.w bersabda :

"Pada setiap yang mempunyai hati yang basah (haiwan) itu terdapat pahala (dalam berbuat baik kepadaNya)" (Riwayat Bukhari no. 2363)

"Barangsiapa yang tidak belas kasihan nescaya dia tidak akan dibelaskasihani" (Riwayat Bukhari no.5997, Muslim no. 2318)


ارحموا من فى الاض ير حمكم من فى السماء

"Kasihanilah siapa yang ada di bumi ini, niscaya kalian dikasihani oleh yang ada di langit" (Riwayat At-Tirmizi no.1924)


2. Menyayangi dan kasih sayang kepadanya, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w ketika para sahabatnya menjadikan burung sebagai sasaran memanah.


لعن الله من اتخذ شيئا فيه روح غر ضا

"Allah melaknat orang yang menjadikan sesutu yang bernyawa sebagai sasaran" (Riwayat Bukhari no. 5515, Muslim no.1958, Ahmad no. 6223)

Beliau juga telah melarang mengurung atau mengikat binatang ternak untuk dibunuh dengan dipanah/ditombak dan sejenisnya, dan karena beliau juga telah bersabda.

"Siapakah gerangan yang telah menyakiti perasaan burung ini karena anaknya? Kembalikanlah kepadanya anak-anaknya". Beliau mengatakan hal tersebut setelah beliau melihat seekor burung berputar-putar mencari anak-anaknya yang diambil dari sarangnya oleh salah seorang sahabat" (Riwayat Abu Daud : 2675 dengan sanad sahih)


3. Menyenangkannya di saat menyembelih atau membunuhnya, karena Rasulullah s.a.w telah bersabda,:

"Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ihsan (berbuat baik) atas segala sesuatu, maka apabila kalian membunuh hendaklah berlaku ihsan di dalam pembunuhan, dan apabila kalian menyembelih hendaklah berlaku baik di dalam penyembelihan, dan hendaklah salah seorang kamu menyenangkan sembelihannya dan hendaklah ia mempertajam mata pisaunya" (Riwayat Muslim :no.1955)


4. Tidak menyeksanya dengan cara penyeksaan apapun, atau dengan membuatnya kelaparan, memukulinya, membebaninya dengan sesuatu yang ia tidak mampu, menyiksanya atau membakarnya, karena Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam telah bersabda : 

"Seorang perempuan masuk neraka karena seekor kucing yang ia kurung hingga mati, maka dari itu ia masuk neraka karena kucing tersebut, disebabkan ia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum di saat ia mengurungnya, dan tidak pula ia membiarkannya memakan serangga di bumi" (Riwayat Bukhari no.3482)

Ketika beliau berjalan melintasi sarang semut yang telah dibakar, beliau bersabda.


انه لاينبغى أن يعذ ب بالنار الا رب النار

"Sesungguhnya tidak ada yang berhak menyiksa dengan api selain Rabb (Tuhan) pemilik api" (Riwayat Abu Daud no.2675)


5. Boleh membunuh haiwan yang mengganggu, seperti anjing buas, serigala, ular, kalajengking, tikus dan lain-lainnya, karena beliau telah bersabda:

" Ada lima macam haiwan fasik yang boleh dibunuh di waktu halal (tidak ihram) dan di waktu ihram, yaitu ular, burung gagak yang putih punggung dan perutnya, tikus, anjing buas dan rajawali" (Riwayat Muslim no.1198). Juga ada hadits sahih yang membolehkan membunuh kalajengking dan mengutuknya.

6. Boleh memberi wasam (tanda/cap) dengan besi panas pada telinga binatang ternak yang tergolong na'am untuk maslahat, sebab telah diriwayatkan bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w memberi wasam pada telinga unta sadaqah dengan tangan beliau yang mulia. Sedangkan haiwan lain selain yang tergolong na'am (unta, kambing dan sapi) tidak boleh diberi wasam, sebab ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat ada seekor keledai yang mukanya diberi wasam beliau bersabda, "Allah mengutuk orang yang memberi wasam pada muka keledai ini" (Riwayat Muslim no.2117)

7. Mengenal hak Allah pada haiwan, yaitu menunaikan zakatnya jika hewan itu tergolong yang wajib dizakati.

8. Tidak boleh sibuk mengurus haiwan hingga lupa taat dan zikir kepada Allah. Sebab Allah telah berfirman:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi" (Al-Munafiqun : 9)

Rasulullah s.a.w pun telah bersabda berkenaan dengan kuda : "Kuda itu ada tiga macam. Kuda bagi seseorang menjadi pahala, kuda bagi seseorang menjadi pelindung dan kuda bagi seseorang menjadi dosa. Adapun kuda yang mendatangkan pahala adalah kuda seseorang yang dipangkal untuk fisabilillah, ia banyak berdiam di padang rumput atau di taman. Maka apa saja yang dimakan oleh kuda itu selama dipangkal di padang rumput atau di taman itu, maka pemiliknya mendapat pahala-pahala kebajikan. Dan sekiranya ia meninggalkannya lalu mendaki satu atau dua tempat tinggi, maka jejak dan kotorannya menjadi pahala-pahala kebajikan baginya. Maka dari itu kuda seperti itu menjadi pahala bagi pemiliknya. Kuda yang diikat oleh seseorang karena ingin menjaga kehormatan diri (tidak minta-minta) dan ia tidak lupa akan hak Allah s.w.t pada leher ataupun punggung kuda itu, maka kuda itu menjadi pelindung baginya. Dan kuda yang diikat (dipangkal) oleh seseorang karena kebanggaan, riya dan memusuhi orang-orang Islam, maka kuda itu mendatangkan dosa baginya" (Riwayat Al-Bukhari no. 2371)

Itulah antara adab atau etika yang selalu dipelihara oleh seorang muslim terhadap hewan karena taat kepada Allah dan Rasulnya, sebagai pengamalan terhadap ajaran yang diperintahkan oleh syari'at Islam, syari'at yang penuh rahmat, sayari'at yang serat dengan kebaikan bagi segenap makhluk, manusia ataupun haiwan.


[Dari kitab Minhajul Muslim,  Syaikh Abu Bakar Jabir Al-Jaza'iri ] 



والله أعلمُ بالـصـواب

Selasa, 13 Mac 2012

Iftiraq (Perpecahan Umat Islam)



السلام عليكم



Al-Mukaddimah

Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta'ala, kami memujiNya, memohon pertolongan dan ampunan serta bertaubat kepadaNya. Kami berlindung kepadaNya dari kejahatan jiwa-jiwa kami dan dari keburukan amal-amal kami. Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah, niscaya tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya. Barangsiapa disesatkanNya, nisaya tiada seorangpun yang dapat memberinya hidayah. Saya bersaksi bahwa tida Ilah yang berhak diibadahi dengan benar selain Allah semata tiada sekutu bagiNya. Yang berfirman dalam kitabNya.

"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalanNya" (Al-An'am : 153)

Saya bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Yang telah memperingatkan umat dari musibah yang bakal terjadi, yakni bid'ah dan perpecahan, dalam sabda beliau.

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

لَتَتَّبِعُنَّ سَنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتّٰى لَوْدَخَلُوْا فِى جُحْرِضَبٍّ لَاتَّبَعْتُمُوْهُمْ، قُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ الْيَهُوْدُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟
“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun, kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya,” Ya Rasulullah, apakah engkau maksudkan itu adalah Yahudi dan Nasrani?”. Rasulullah s.a.w lalu bersabda: “Siapa lagi ?” (Muttafaq’alaih)

Wa ba'du

Perkara yang ingin dibahas oleh para ahli ilmu dan para penuntut ilmu sekarang ini dalah masalah Iftiraq iaitu"perpecahan umat!" Mafhumnya, etiologi serta solusinya. Masalah ini sangat perlu diketahui segenap kaum muslimin, lebih-lebih bagi para penuntut ilmu. Apalagi di zaman sekarang ini kelompok-kelompok ahli bid'ah mulai mengembangkan sayapnya. Hawa nafsu semakin menggila hingga menguasai manusia. Sehingga kejahatan dan kemunafikan merajalela ke segala penjuru.

Benar! Sekalipun majlis-majlis dan halaqah ilmu berada di mana-mana, namun kesesatan bid'ah-bid'ah juga semakin berkembang pesat. Memang pada hari ini ilmu banyak disebar, namun banyak yang tidak mendapat berkat dan faedah dari ilmunya. Barangkali karena ia menuntut ilmu tidak dari sumber aslinya, yaitu tidak berpandukan kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah serta athar para imam yang dijadikan panduan yang tersebar dalam karya-karya mereka. Atau barangkali mereka menimbanya bukan dari ahli ilmu, atau tidak mengikuti manhaj ahli ilmu dan ahli fiqh dalam menuntut ilmu.

Meskipun kemudahan menuntut ilmu terbuka luas pada hari ini, namun nikmat tersebut justru tampak negatif terhadap ummah. Mereka menjadi tergesa-gesa dalam menimba ilmu tidak sebagaimana mestinya! Di samping mereka merasa cukup tanpa harus belajar kepada para ulama. Tentu saja itu termasuk ilmu yang tidak bermanfaat. Rasulullah s.a.w telah berlindung diri dari hal semacam itu.[Dalam sebuah hadith riwayat, Muslim dari Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w berkata dalam doanya : 'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak bermanfaat'. Lihat Shahih Muslim kitab Az-Zikr haditsh no. 2723]

Ilmu yang mendatangkan keberkatan hanyalah ilmu yang diambil dari al-Quran dan as-Sunnah. Itulah pedoman utama yang merupakan jalan orang-orang yang beriman. Adapun hanya mencukupkan menuntut ilmu melalui medium seperti buku dan kaset sahaja memang memberi manfaat namun tentu manfaatnya hanya sedikit berbanding berguru dengan para ulama' atau guru yang benar ilmunya. Hal ini boleh menjadi penyebab munculnya bid'ah dan penyimpangan pemikiran serta perpecahan dan perselisihan dalam agama. 


Maksud Iftiraq (Perpecahan Umat ) 

Iftiraq berasal dari kata al-mufaraqah (saling berpisah), dan al-mubayanah (saling berjauhan), dan al-mufashalah (saling terpisah) serta al-inqitha' (terputus). Diambil juga dari kata al-insyi'ab (bergolong-golongan) dan asy-syuzuz (menyempang dari barisan). Boleh juga maksudnya memisahkan diri dari induk, keluar dari jalur dan keluar dari jama'ah.

Secara istilahnya, perpecahan adalah keluar dari As-Sunnah dan Al-Jama'ah dalam masalah usuluddin yang qat'ie, baik secara sepenuhnya maupun sebahagiannya. Baik dalam masalah i'tiqad ataupun masalah amaliyah yang berkaitan dengan usuluddin atau berkaitan dengan maslahat umat atau berkaitan dengan keduanya.

Daripada Abu Hurairah r.a berkata,Rasulullah s.a.w bersabda.

"Barangsiapa keluar dari ketaatan serta memisahkan diri dari jama'ah lalu mati, maka kematiannya adalah kematian secara jahiliyah. Barangsiapa berperang dibawah panji asabiyah, emosi karena asabiyah lalu terbunuh, maka mayatnya adalah mayat jahiliyah. Barangsiapa memisahkan diri dari umatku (kaum muslimin) lalu membunuhi mereka, baik yang soleh maupun yang fajir (fasiq) dan tidak menahan tangan mereka terhadap kaum mukminin serta tidak menyempurnakan perjanjian mereka kepada orang lain, maka ia bukan termasuk golonganku dan aku bukan golongannya" ( Riwayat Muslim)

Menyelisihi salah satu pedoman Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam aqidah dikiran sebagai perpecahan dan memisahkan diri dari jama'ah. Demikian pula melanggar ijma', mengeluarkan diri dari jama'ah serta imam yang mereka sepakati dalam hal-hal yang berkaitan dengan maslahat umum terhitung perpecahan dan memisahkan diri dari jama'ah. Siapa saja yang melanggar amalan sunnah yang disepakati kaum muslimin termasuk perpecahan. Sebab ia telah memisah dari jama'ah. Semua kekufuran akbar termasuk perpecahan, namun bukan setiap perpecahan tergolong kekufuran.

Maksudnya, setiap amalan ataupun keyakinan yangboleh mengeluarkan seseorang dari pokok ajaran Islam, dan dari hal yang qat'ie dalam agama ini juga dari sunnah dan jama'ah, dan hal ini semua dapat menggiringnya kepada kekufuran, maka perbuatannya itu disebut iftiraq (memisahkan diri). Namun tidak semua perpecahan itu tergolong kekufuran. Yakni, mungkin saja suatu kelompok atau sekumpulan manusia atau sebuah jama'ah keluar dari Ahlus Sunnah namun tidak dihukumi kafir. Sekalipun memisahkan diri dari jama'ah kaum muslimin dalam prinsip-prinsip tertentu, seperti kelompok Khawarij. Khawarij generasi pertama telah memisahkan diri dari kaum muslimin, bahkan mereka mengangkat senjata terhadap umat ini. Mereka memisahkan diri dari jama'ah serta membangkang terhadap imam kaum muslimin.

Walaupun begitu, para sahabat tidak menghukum mereka kafir, bahkan mereka berbeza pendapat dalam masalah ini. Ketika Imam Ali bin Abi Thalib r.a ditanya status mereka, beliau tidak menyatakan mereka kafir. Demikian pula Ibnu Umar r.a serta beberapa sahabat lainnya. Mereka juga bersedia solat dibelakang tokoh khawarij bernama Najdah Al-Haruriy. Begitupula Abdullah bin Abbas r.a , beliau membalas surat seorang tokoh Khawarij bernama Nafi' bin Al-Azraq dan mendebatnya dengan Al-Qur'an, sebagaimana hal itu lumrah dilakukan terhadap sesama kaum muslimin. (Minhajus Sunnah, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah V/247-248)

[Kitab Al-Iftiraaq Mafhumuhu Ashabuhu Subulul Wiqayatu Minhu, Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-'Aql]


والله أعلمُ بالـصـواب

Isnin, 12 Mac 2012

Contohi kesabaran Rasulullah Berdakwah



السلام عليكم


SETIAP kejayaan pasti ada cara untuk memperolehnya.Usaha penyampaian ilmu agama tidak pandang taraf, kedudukan. Begitu juga dakwah Islam yang bermula dari Semenanjung Tanah Arab hingga ke nusantara ini. Bukan sedikit peluh yang meleleh, air mata menitis dan darah tertumpah kerananya. Nabi Muhammad SAW dan sahabat berusaha dengan segala penat lelah bagi menyampaikan risalah kebenaran ini. Meskipun Baginda SAW serta sahabat terus ditekan dengan hasutan dan pujukan atau ditindas dengan gertakan dan ancaman, Baginda terus menyampaikan dakwah kepada seluruh umat manusia. 

Kedua-dua teknik ini, sama ada berbentuk pujukan ataupun gertakan masih lagi dilaksanakan sebahagian manusia terhadap mereka yang cuba membawa kebenaran dan menjunjung amanah yang harus ditegakkan di muka bumi ini. Natijah daripada usaha melawan segala bentuk hasutan dan penindasan ini dengan penuh kesabaran bakal memuliakan seseorang itu di dunia dan bakal mendapat reda Allah di akhirat kelak. 

Mengikut catatan sirah mengenai permulaan dakwah Nabi SAW menunjukkan Baginda berdakwah selama tiga tahun secara rahsia. Baginda berjaya mengislamkan kaum kerabat dan sahabat yang terdekat dengan Baginda. Antara mereka memeluk Islam ialah Khadijah, 'Ali bin Abi Thalib, anak perempuan Baginda, Zaid bin Haritsah, Abu Bakar, Bilal, Abu 'Ubaidah, Abu Salamah dan al-Arqam. Hal ini seperti firman Allah yang bermaksud:


"Dan berilah peringatan kepada keluarga kamu yang terdekat." (Surah al-Syu'ara, ayat 214) 

Selepas peringkat itu, Baginda SAW mula berdakwah secara terang-terangan dengan menyeru kepada seluruh penduduk Makkah supaya beriman kepada Allah dan mengakui bahawa Baginda adalah nabi terakhir diutuskan. Namun, seruan itu ditolak penyembah berhala di Makkah. Pelbagai rintangan terpaksa dihadapi Nabi Muhammad dan sahabatnya dalam usaha itu. 

Walaupun demikian, dakwah itu akhirnya berjaya membawa masuk Umar bin al-Khattab serta Hamzah bin Abdul Muttalib yang dikenali begitu tegas serta berani di kalangan masyarakat Makkah. Situasi itu memaksa pemimpin Musyrikin Makkah supaya lebih berhemah dalam usaha memujuk Nabi Muhammad dan penganut Islam lain kembali kepada anutan nenek moyang mereka. 

Mereka terpaksa melakukan segala bentuk hasutan dan tipu daya bagi mengembalikan kehidupan kaum Muslimin kepada amalan dan kepercayaan masyarakat jahiliah yang lampau. Bagi mereka itu adalah usaha terbaik dalam memelihara adat dan juga struktur masyarakat supaya tidak diubah dan digantikan dengan sistem peraturan baru yang menjejaskan penguasaan dan kezaliman mereka. 

Antara tipu daya mereka dalam usaha itu adalah berjanji untuk memeluk Islam tetapi dengan syarat beberapa hukum dalam Islam perlu ditukar dan diubah menurut kemahuan mereka hingga diturunkan firman Allah yang bermaksud:

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan petang dengan mengharap keredaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan keadaan mereka itu sudah melampaui batas. Katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan barang siapa yang ingin (kufur) biarlah dia tetap dalam keadaan kufur." (Surah al-Kahfi, :28-29) 

Ayat itu menceritakan bagaimana sebilangan pembesar Musyrikin memujuk Nabi SAW menerima syarat supaya Nabi SAW hanya bergaul dengan mereka saja tanpa mempedulikan golongan hamba dan orang miskin. 

Golongan bawahan dan tidak setaraf dengan diri mereka seperti Bilal, 'Ammar, Suhaib, Khabbab, dan Ibn Mas'ud. Setiap majlis yang diperbincangkan perlu didahulukan golongan kaya dan bangsawan, manakala golongan terakhir adalah kelompok miskin, fakir dan juga hamba. 

Lalu Allah turunkan ayat itu yang mengajak Nabi SAW terus bersabar dalam menempuhi segala cabaran. Allah memerintahkan Baginda sering berinteraksi dengan golongan kafir dalam firman yang bermaksud: "Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini." 

Situasi ini sama dengan apa yang berlaku hari ini. Sesetengah golongan agama lebih memilih untuk memberikan dakwah kepada golongan terpelajar, berpangkat dan berjawatan besar atas alasan orang kampung atau masyarakat luar bandar tidak mampu menerima ilmu dakwah atau berfikiran terlalu kolot. Mereka meminggirkan golongan ini dengan meninggalkan mereka di kampung lantas bertumpu di bandar besar untuk mendampingi golongan elit dan bangsawan. 

Inilah kesabaran yang harus dilalui mereka yang menurut jejak langkah Baginda SAW yang tidak mampu ditanggung sebahagian besar manusia. Mereka hanya mengharapkan neraca timbangan al-Quran dalam firman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu." (Surah al-Hujurat, ayat 13) 

Begitu juga berpandukan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Boleh jadi orang yang tidak terurus dan selekeh yang ditolak di muka pintu, jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya diperkenankan." (riwayat Muslim) 

Kesabaran dalam meneruskan perjuangan Nabi Muhammad SAW menyampaikan isi dakwah tidak perlu dilihat pada sisi pandangan materialistik semata. Jangan sesekali pendakwah atau golongan agama menilai manusia berdasarkan zahir. Mereka adalah golongan memikul tanggungjawab menjernihkan kembali senario sosial umat manusia. 

Usaha berdakwah untuk mendekati golongan terpinggir diharap dapat mengajar masyarakat memahami, menghayati dan mengamalkan konsep ajaran agama Islam yang tidak memandang taraf dan kedudukan. Dakwah itu pada dasarnya adalah usaha membawa umat dan golongan terpinggir menghadapi cabaran hidup dan menyelesaikan permasalahan itu secara Islamik sehingga mereka merasakan Islam itu satu rahmat. Laksanakanlah yang terbaik demi mengharapkan keredaan Allah.


Oleh : Ustaz Mohd Fikri Che Hussain (Ustaz Alamghiri)



والله أعلمُ بالـصـواب

Jumaat, 2 Mac 2012

Larangan Buruk Sangka Dan Mencari-Cari Kesalahan Orang



السلام عليكم




Buruk sangka (su'u dzan) adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah (buruk/tercela). Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu yang menyebabkan si pelaku itu berasa puas. Ia adalah suatu penyakit hati yang akan menyerang sesiapa sahaja. Hanya keimanan dan ketaqwaan yang kukuh mampu mengatasi rasa buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain ini. 

Allah Ta’ala berfirman.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka, karena sesungguhnya sebagian tindakan berprasangka adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain” (Al-Hujurat : 12)

Dalam ayat ini terkandung perintah untuk menjauhi kebanyakan berprasangka, karena sebagian tindakan berprasangka ada yang merupakan perbuatan dosa. Dalam ayat ini juga terdapat larangan berbuat tajassus. Tajassus ialah mencari-cari kesalahan-kesalahan atau keburukan atau aib orang lain, yang biasanya merupakan kesan dari prasangka yang buruk.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

إِيَّا كُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيْثِ وَلاَ تَحَسَّسُوا وَلاَ تَجَسَّسُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَتَدَابَرُوا وَلاَتَبَاغَضُوا وَكُوْنُواعِبَادَاللَّهِ إحْوَانًا

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan. Janganlah kalian saling mencari keburukan orang lain, saling inti-mengintip, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara” (Riwayat  Al-Bukhari no. 6064 dan Muslim no. 2563 )

Amirul Mukminin Umar bin Khathab berkata, “Janganlah engkau berprasangka terhadap perkataan yang keluar dari saudaramu yang mukmin kecuali dengan persangkaan yang baik. Dan hendaknya engkau selalu membawa perkataannya itu kepada prasangka-prasangka yang baik”

Ibnu Kathir menyebutkan perkataan Umar di atas ketika menafsirkan sebuah ayat dalam surah Al-Hujurat.

Bakar bin Abdullah Al-Muzani yang berkata : “Hati-hatilah kalian terhadap perkataan yang sekalipun benar kalian tidak diberi pahala, namun apabila kalian salah kalian berdosa. Perkataan tersebut adalah berprasangka buruk terhadap saudaramu”.  (Tahdzib At-Tahdzib) 

Disebutkan bahwa Abu Qilabah Abdullah bin Yazid Al-Jurmi berkata : “Apabila ada berita tentang tindakan saudaramu yang tidak kamu sukai, maka berusaha keraslah mancarikan alasan untuknya. Apabila kamu tidak mendapatkan alasan untuknya, maka katakanlah kepada dirimu sendiri, “Saya kira saudaraku itu mempunyai alasan yang tepat sehingga melakukan perbuatan tersebut”.  [kitab Al-Hilyah karya Abu Nu’aim (II/285) ] 

Sufyan bin Husain berkata, “Aku pernah menyebutkan keburukn seseorang di hadapan Iyas bin Mu’awiyyah. Beliaupun memandangi wajahku seraya berkata, “Apakah kamu pernah ikut memerangi bangsa Romawi?” Aku menjawab, “Tidak”. Beliau bertanya lagi, “Kalau memerangi bangsa Sind , Hind (India) atau Turki?” Aku juga menjawab, “Tidak”. Beliau berkata, “Apakah layak, bangsa Romawi, Sind, Hind dan Turki selamat dari kburuknmu sementara saudaramu yang muslim tidak selamat dari keburukanmu?” Setelah kejadian itu, aku tidak pernah mengulangi lagi berbuat seperti itu” ( Bidayah wa Nihayah, Ibnu Kathir (XIII/121))


Abu Hatim bin Hibban Al-Busti bekata:

Orang yang berakal wajib mencari keselamatan untuk dirinya dengan meninggalkan perbuatan tajassus dan senantiasa sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri. Sesungguhnya orang yang sibuk memikirkan keburukan dirinya sendiri dan melupakan keburukan orang lain, maka hatinya akan tenteram dan tidak akan merasa gelisah. Setiap kali dia melihat keburukan yang ada pada dirinya, maka dia akan merasa hina tatkala melihat keburukan yang serupa ada pada saudaranya. Sementara orang yang senantiasa sibuk memperhatikan keburukan orang lain dan melupakan keburukannya sendiri, maka hatinya akan buta, badannya akan merasa letih dan akan sulit baginya meninggalkan keburukan dirinya”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.131)]

Beliau juga berkata,:

“Tajassus adalah cabang dari kemunafikan, sebagaimana sebaliknya prasangka yang baik merupakan cabang dari keimanan. Orang yang berakal akan berprasangka baik kepada saudaranya, dan tidak mau membuatnya sedih dan berduka. Sedangkan orang yang bodoh akan selalu berprasangka buruk kepada saudaranya dan tidak segan-segan berbuat jahat dan membuatnya menderita”.[Raudhah Al-‘Uqala (hal.133)]


والله أعلمُ بالـصـواب

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik