Cari Entri WADi

Memaparkan catatan dengan label Kembara Ad-Dien. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kembara Ad-Dien. Papar semua catatan

Selasa, 10 Mei 2011

Kemalangan Di Lebuh Raya Pantai Timur



Assalamualaikum sahabat semua. Kebetulan hari ini ada sedikit urusan di Ibu Kota, Kuala Lumpur dan semasa dalam perjalanan dari Pahang, saya menyaksikan kemalangan yang menakutkan di depan mata. Ya Allah, sungguh menegjutkan dan tidak sangka sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya dan keluarga tiba-tiba hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan. 




Kejadian berlaku di lebuh raya pantai timur, sebelum sampai ke Tol Karak. Kebetulan kawasan tu memang terkenal dengan angin lintang. Mujurlah ada pengguna jalan raya yang prihatin dan mengeluarkan mangsa dengan pantas melalui cermin hadapan lori tersebut. Yelah, bimbang juga kalau tiba -tiba lori tu meletup sebab minyak memang dah tumpah dengan agak banyak dari tangki minyak lori tu.


Syukurlah pemandu lori itu khabarnya selamat juz mengalami luka kecil dan mungkin patah tangan even lori tersebut terseret agak jauh dan pintu lori tu tercabut. Entah bagaimana keadaan yang dilaluinya semasa kejadian tu berlaku. Semua nya sangat pantas. Syukurlah tiada korban jiwa berlaku dan syukurlah masih ada mereka yang prihatin dan sanggup hulurkan bantuan disaat mereka dalam kesusahan. Alhamdulillah

Rabu, 5 Januari 2011

Perjumpaan Pelajar NR

Assalamualaikum...sesi kuliah telah bermula dan seperti biasa awal-awal semesta ni mesti ada macam-macam perjumpaan kan..induksi lah, suai kenal lah..semua pasti pernah menempuh keadaan ni..betul kan?
saya pun sama, tak terkecuali daripada hadir ke perjumpaan, lebih-lebih lagi semesta akhir sekarang ni..macam-macam perjumpaan...

Baru-baru ni saya dan teman-teman seperjuangan hadir ke perjumpaan bersama Pengarah Kampus Uitm Perak.
Perjumpaan ni khas untuk student NR (non-resident) iaitu student yang tak duduk dalam kampus lah. Kirenya duduk di rumah sewa di luar kampus. Majlis bertempat di Dewan Sri Iskandar yang baru saja siap dibina tahun lepas. memang cukup ramai yang hadir. Rasenya dalam 3000 lebih student dalam dewan tu.

Sesi perjumpaan ni berlangsung lebih kurang 2 jam. kalau tak hadir, tak dapat lah sticker NR..hehe..
jadi mana-mana kawan-kawan NR di luar sana. Hadir-hadirkan lah diri anda ke sesi perjumpaan ni yer.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik