Cari Entri WADi

Ahad, 9 Oktober 2011

Fiqh Sunnah (3): Wuduk Rasulullah (Part i)



السلام عليكم



Menurut bahasa, kalimah wuduk apabila dibaca dengan (أَلْوُضُوْءُ) iaitu dengan didhammahkan huruf wawnya, ia bermaksud perbuatan berwuduk. Dan apabila difathahkan wawnya, maka (أَلْوَضُوْءُ) ia bermaksud air wuduk. Wuduk menurut syara' ialah: Menggunakan air bersih (suci lagi mensucikan) untuk membasuh anggota-anggota tertentu yang telah ditetapkan oleh syara.

Berwuduk untuk solat adalah merupakan perintah dari Allah Azza wa-Jalla sebagaimana firmanNya:


يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا اِذَا قُمْتُمْ اِلَى الصَّلاَةِ فَاغْسِلُوْا وُجُوْهَكمْ وَاَيْدِيَكُمْ اِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوْا بِرُؤُوْسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ اِلَى الْكَعْبَيْنِ.
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu akan mendirikan solat maka basuhlah muka kamu dan tangan-tangan kamu hingga siku-siku kamu dan sapulah kepala kamu serta (basuhlah) kaki-kaki kamu sehingga ke kedua mata kaki!”. (Al-Maidah. 5:6.)


Tidak sah solat seseorang tanpa bersuci atau berwuduk terlebih dahulu, sebagaimana perintah dan penjelasan dari hadith-hadith sahih:

لاَ صَلاَةَ لِمَنْ لاَ وُضُوْءَ لَهُ.
“Tidak ada solat bagi orang yang tidak berwuduk”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah.)



لاَ يَقْبَلُ اللهُ صَلاَةً بِغَيْرِ الطُّهُوْرِ
“Allah tidak menerima solat tanpa bersuci (berwuduk)”. (Riwayat Muslim 1/60.)


لاَتُقْبَلُ صَلاَةُ اَحَدِكُمْ اِذَا اَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ.

“Tidak diterima solat seseorang antara kamu jika berhadas sehinggalah dia berwuduk”. (Riwayat Bukhari, 1/206. Muslim, No. 225.)


مِفْتَاحُ الصَّلاَةِ الطُّهُوْرُ ، وَتَحْرِيْمُهَا التَّكْبِيْرُ ، وَتَحْلِيْلُهَا التَّسْلِيْمُ.

“Kunci solat itu ialah bersuci, diharamkan (melakukan sesuatu kecuali pekerjaan solat) setelah bertakbir dan penghalalannya ialah setelah memberi salam”. (Riwayat Abu Daud. No 60. Tirmizi. No. 3. Dan Ibnu Majah. No 275)


اِنَّمَا أُمِرْتُ بِالْوُضُوْءِ اِذَا قُمْتُ اِلَى الصَّلاَةِ

“Sesungguhnya aku diperintah agar berwuduk apabila aku ingin mendirikan solat”. (Riwayat Abu Daud 3760. Tirmizi 1848. Nasaii 1/73. Dinilai sahih oleh Al-Albani. Lihat: as-Sahihah. 57621.)


Wuduk Yang Sempurna Menghapuskan Dosa Kecil

Pengambilan wuduk yang sempurna bukan sahaja menjamin diterimnya solat tetapi ianya juga dapat menghapuskan dosa-dosa selagi tidak melakukan kesyirikan. Rasulullah s.a.w bersabda:


عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ - أَوِ الْمُؤْمِنُ - فَغَسَلَ وَجْهَهُ ، خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيْئَةٍ نَظَرَ اِلَيْهَا بِعَيْنِهِ مَعَ الْمَآءِ أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ فَاِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَتْ مِنْ يَدَيْهِ كَلُّ خَطِيْئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ ، فَاِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كَلُّ خَطِيْئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلاَهُ مَعَ الْمَآءِ اَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَآءِ حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوْبِ.

“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya setiap dosa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya bersama air atau bersama titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kedua belah kakinya, keluarlah dari kedua kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya”. (Riwayat Muslim 1/148)


وَعَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ فَاَحْسَنَ الْوُضُوْءَ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ جَسَدِهِ حَتَّى تَخْرُجَ مِنْ تَحْتِ أَظْفَارِهِ.

“Dari Umar r.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa berwuduk dengan sebaik-baik wuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari tubuhnya sehingga ia keluar dari celah-celah kukunya”. (H/R Muslim 3/133.)


مَنْ تَوَضَّأَ هَكَذَا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَكَانَتْ صَلاَتُهُ وَمَشْيُهُ اِلَى الْمَسْجِدِ نَافِلَةً.

“Barangsiapa yang berwuduk seperti ini (seperti wuduknya Rasulullah), diampunkan dosa-dosanya yang telah berlalu dan solat serta perjalanannya ke masjid adalah dipenuhi pahala”.(Riwayat Msulim 3/113)


عَنْ أَبِيْ مَالِكِ اْلأَشْعَرِيْ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلطُّهُوْرُ شَطْرُ اْلإيْمَانِ.

“Dari Abu Malik al-Asy’ari r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah s.aw: Bersuci itu sebahagian dari iman”. (Riwayat Muslim. 1/140)


عَنْ حُمْرَانَ ابْنِ أَبَانَ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَا بِوُضُوْءٍ ، فَذَكَرَ صِفَةَ وُضُوْءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، ثُمَّ قَالَ : مَنْ تَوَضَّأَ مِثْلَ وُضُوْئِيْ هَذَا ، ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيْهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.
“Dari Humran bin Aban, bahawasanya Uthman r.a meminta air untuk berwuduk, lalu dia menyebutkan sifat wuduk Nabi s.a.w kemudian beliau berkata di penghujung hadith: Barangsiapa yang berwuduk seperti wudukku ini, kemudian ia mendirikan solat dua rakaat dengan tidak berkata-kata yang keji pada diriya maka (wuduk dan solatnya) maka diampunkan baginya segala dosa-dosa yang telah berlalu”. (Riwayat Bukhari 11/213. Muslim 226. Dan An-Nasaii. 1/698)


مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ، ثُمَّ رَاحَ فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلُّوْا ، أَعْطَاهُ اللهُ مِثْلَ اَجْرِمَنْ صَلاَهَا وَحَضَرَهَا لاَيَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ شَيْئًا

“Barangsiapa berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian ia pergi ke masjid, lalu ia dapati orang-orang sudah selesai mengerjakan solat maka Allah memberikan pahala kepadanya sebagaimana pahala orang yang sudah solat, tidak dikurangi sedikitpun dari ganjaran yang mereka perolehi”. (Riwayat Abu Daud No. 564. Nasaii. No. 865. Dinilai sahih oleh Al-Albani dalam Sahih Jamiu as-Saghir. No. 6039)


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى مَا يَمْحُوْ اللهُ بِهِ الْخَطَايَا وَيَرْفَعُ بِهِ الدَّرَجَاتِ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : اِسْبَاغُ الْوُضُوْءِ عَلَى الْمَكَارِهِ ، وَكَثْرَةُ الْخُطَا اِلَى الْمَسَاجِدِ ، وَانْتِظَارُ الْصَّلاَةِ بَعْدَ الصَّلاَةِ ، فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ ،فَذَلِكُمُ الرِّبَاطُ.

“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu beberapa perkara yang dengannya Allah akan menghapuskan dosa-dosa dan mengangkat derajat kamu? Mereka menjawab: Mahu wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Iaitu menyempurnakan wuduk walau dalam keadaan susah (Kalimah مكاره yang jamaknya مكره ialah keadaan susah/sulit untuk mengerjakan wuduk, seperti dalam keadaan sakit atau terlalu sejuk), sering berjalan ke masjid (solat jamaah) dan menunggu solat setelah selesai menunaikan solat. Yang demikian itu adalah ribat (jihad/perjuangan), yang demikian itu ribat, yang demikian itu ribat”.(Riwayat Muslim. 133)


عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتْى الْمَقْبَرَةَ فَقَالَ : اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمِ مُؤْمِنِيْنَ وَاِنَّا اِنْ شَآءَ اللهُ بِكُمْ عَنْ قَرِيْبٍ لاَحِقُوْنَ ، وَدِدْتُ لَوْ أَنَّا قَدْ رَأيْنَا اِخْوَانَنَا ، قَالُوْا : أَوَ لَسْنَا اِخْوَانَكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَنْتُمْ أَصْحَابِيْ وَاِخْوَانُنَا الَّذِيْنَ لَمْ يَأْتُوْا بَعْدُ ! قَالُوْا : كَيْفَ تَعْرِفُ مَنْ لَمْ يَأْتِ مِنْ أُمَّتِكَ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : أَرَأَيْتَ لَوْ أَنَّ رَجُلاً لَهُ خَيْلٌ غُرِّ مُحَجَّلَةً بَيْنَ ظَهْرَى خَيْلٍ دُهْمٍ بُهْمٍ أَلاَ يَعْرِفُ خَيْلَهُ ؟ قَالُوْا : بَلَى يَا رَسُوْلَ اللهِ ، قَالَ : فَاِنَّهُمْ يَأْتُوْنَ غُرًّا مَحَجَّلِيْنَ مِنَ الْوُضُوْءِ ، وَأَنَا فَرَطُهُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، أَلاَ لَيُذَادَنَّ رِجَالٌ عَنْ حَوْضِيْ كَمَا يُذَادُ الْبَعِيْرُ الضَّالُ ، أُنَادِيْهِمْ أَلاَ هَلُّمَ ، فَيُقَالُ : اِنَّهُمْ قَدْ بَدَّلُوْا بَعْدَكَ ، فَأقُوْلُ سُحْقًا سُحْقًا.

“Dari Abu Hurairah r.a berkata: Bahawa Rasulullah s.a.w ketika sampai ke perkuburan, baginda mengucapkan salam: (Kesejahteraan atas kamu wahai penghuni negeri kaum mukminin, insya-Allah tidak lami lagi kami akan menyusul kamu). Alangkah gembiranya hatiku ketika hendak melihat saudara-saudaraku! Para sahabat berkata: Bukankah kami saudara-saudara engkau wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Kamu ini adalah para sahabatku, adapun saudara-saudaraku ialah orang-orang yang belum muncul. Mereka bertanya: Bagaimana engkau dapat mengenali keadaan umat yang belum muncul itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Bagaimana pendapat kamu, dimisalkan ada seorang mempunyai seekor kuda berwarna putih yang berada di tengah-tengah kuda yang berwarna hitam pekat, tidakkah ia dapat mengenali kuda itu? Benar wahai Rasulullah, ujar mereka! Baginda bersabda: Demikianlah halnya mereka itu, mereka datang dalam keadaan putih cermerlang bertanda disebabkan dari wuduk, sedangkan aku menjadi perintis mereka menuju telaga. Ketahuilah, sesungguhnya ada beberapa orang yang didorong masuk telaga sebagaimana unta yang sesat yang diusir, aku menyeru mereka: Marilah ke sini, marilah ke sini, marilah ke sini!” (Riwayat Malik, Nasaii 1/93-94. Ibnu Majah No. 4306. Ibnu Khuzaimah No. 6. Ahmad 2/300, 408. Muslim. 1/150.Lihat Mukhtasar Sahih Muslim No. 129. Baihaqi 4/78. Dan Abu Daud. No. 3237.)


عَنْ أَبِيْ أُمَامَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِذَا تَوَضَّأَ الرَّجُلُ الْمُسْلِمُ خَرَجَتْ خَطَايَاهُ مِنْ سَمْعِهِ وَبَصَرِهِ وَيَدِهِ وَرِجْلَيْهِ ، فَاِذَا قَعَدَ ، قَعَدَ مَغْفُوْرًا لَهُ.

“Dari Abi Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang muslim berwuduk maka akan keluar dosa-dosanya dari pendengarannya (telinganya), matanya, tangannya dan dari kedua kakinya. Apabila ia duduk menanti solat, ia duduk dalam keampunan (diampunkan) dosa-dosanya”. (Riwayat Ahmad. 5/252. Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Jamiu as-Saghir. No. 461)


insyaAllah akan bersambung dalam penulisan akan datang, insyaAllah.

والله أعلمُ بالـصـواب




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik