السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Malaikat merupakan makhluk Allah subhanahu wa ta'ala yang taat dan patuh dengan segala arahanNya. Mereka adalah makhluk yang ghaib daripada pandangan manusia kecuali jika diizinkan Allah sebagaimana yang masyhur dalam nas-nas yang sahih yang menyebutkan perihal manusia iaitu Rasulullah dan para sahabat bertemu dengan malaikat dalam bentuk manusia. Nama malaikat juga merupakan sebahagian daripada hal-hal ghaibiyyat dan untuk mengetahui namanya haruslah dengan berpandukan nas-nas daripada Al-Quran dan Al-Sunnah yang diterima pakai.
Nama-nama malaikat yang masyhur seperti Jibril, Mikail, Munkar, Nakir, Malik, Ridhwan dan sebagainya merupakan nama-nama thabit daripada nas-nas yang sahih yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Namun begitu, nama Izrail yang masyhur dikenali oleh masyarakat sebagai malaikat maut asalnya bukanlah daripada nas-nas yang sahih. Jadi bagaimanakah nama ini boleh wujud dan diterima?.
Asal lafaz Izrail tidak datang daripada nas-nas yang sahih namun menurut para ulama' hadith ianya bersumberkan daripada riwayat Israilliyat iaitu riwayat-riwayat daripada kisah Bani Israil. Secara asasnya tidak semua riwayat-riwayat Israilliyat ini diterima pakai dan tidak semua juga ditolak. Ada riwayat-riwayat Israilliyat yang dimasukkan di dalam tafsir Al-Quran, bahkan banyak juga yang termuat dalam kitab-kitab sejarah. Riwayat Israilliyat juga perlu disemak kebenarannya sebelum ia diterima pakai sebagaimana kita menyemak kedudukan hadith sebelum beramal dengannya.
Allah Ta’ala berfirman:
قُلْ يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ
الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)". [As-Sajdah 32:11]
Imam Ibnu Kathsir rahimahullaah berkata dalam , :
وأما ملك الموت فليس بمصرح باسمه في القرآن ، ولا في الأحاديث
الصحاح، وقد جاء تسميته في بعض الآثار بعزرائيل ، والله أعلم .
“Adapun malaikat maut, tidak didapatkan keterangan jelas tentang namanya di dalam Al-Quran, tidak pula dalam hadith sahih. Penamaannya terdapat dalam sebahagian atsar yang disebut dengan Izrail, wallahu a’lam.” [Al-Bidayah wa al-Nihayah (1/49)]
Imam al-sindi berkata:
Imam al-sindi berkata:
لم
يرد في تسميته حديث مرفوع اهـ
“Tidak ada hadith marfu’ yang menyebutkan namanya.”
ولم
أقف على تسميته بذلك في الخبر
“Aku tidak mendapatkan penamaan itu dalam khabar (hadith).”[al-Faidh al-Qadir (3/32)]
Syaikh al-Albani dalam ta’liqnya terhadap perkataan Imam al-Thahawi:
ونؤمن بملك الموت الموكل بقبض أرواح العالمين
" . قال رحمه الله :
قلت: هذا هو اسمه في القرآن ، وأما تسميته بـ
"عزرائيل" كما هو الشائع بين الناس فلا أصل له ، وإنما هو من
الإسرائيليات
“Dan kita mengimani malaikat maut yang ditugaskan untuk mencabut nyawa alam semesta,” beliau rahimahullah, “Aku katakan: Ini adalah namanya (yang disebutkan) dalam Al-Quran. Sedangkan menamakannya dengan Izrail, sebagaimana yang tersebut di tengah-tengah manusia, tidak memiliki landasan (dasar). Sesungguhnya penamaan tersebut berasal dari riwayat-riwayat Israiliyyat.”
(ملك
الموت) : وقد اشتهر أن اسمه (عزرائيل) ، لكنه لم يصح ، إنما ورد هذا في آثار
إسرائيلية لا توجب أن نؤمن بهذا الاسم ، فنسمي من وُكِّل بالموت بـ (ملك الموت)
كما سماه الله عز وجل في قوله : ( قل يتوفاكم ملك الموت الذي وكل بكم ثم إلى ربكم
ترجعون )
“Malakul maut (malaikat pencabut nyawa) telah masyhur namanya dangan Izrail, tapi itu tidak benar. Sesungguhnya nama ini disebutkan dalam riwayat-riwayat israiliyyat yang tidak mengharuskan kita untuk mengimani nama ini. karenanya kita menamakan malaikat yang ditugaskan mencabut nyawa dengan “malakul maut”, sebagaimana yang Allah ‘Azza wa Jalla telah menamakannya dalam firman-Nya,
“Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.”
“Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan.”
والله أعلم
.