Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Ahad, 9 Jun 2013

Benarkah Terdapat Ganjaran Khas Puasa Di Bulan Rejab




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ibadah puasa merupakan ibadah yang begitu dekat di hati Umat Islam baik puasa di bulan Ramadhan mahupun puasa sunat di bulan-bulan yang lain. Puasa sunat sering kali dilakukan sebagai amalan tambahan untuk mendekatkan diri kepada Allah 'azza wa jalla disamping mengharapkan pahala, ganjaran dan kebaikan daripadanya. 

Namun begitu, terdapat segelintir umat Islam yang keliru dengan fadhilat atau ganjaran yang terdapat dalam puasa pada bulan Rejab. Fenomena ini semakin parah dengan tersebarnya riwayat-riwayat dan hadith yang menceritakan pelbagai ganjaran dan kelebihan puasa Rejab dan bulan-bulan lain. Masyarakat awam yang tidak mempunyai kemampuan untuk membezakan antara riwayat atau hadith yang benar atau tidak sudah pasti akan menyangka bahawa semua yang tersebar itu betul. Tambahan ianya baik dan tidak ada apa yang tidak kena dengannya. 

Hakikatnya bukanlah sebegitu. Bukan semua yang kelihatan baik itu benar datangnya dari Islam. Agama Islam merupakan agama yang tertegak di atas dalil-dalil Al-Quran dan Al-Hadith yang tulin keasliannya. Sebagai umat Islam, menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti dan menyemak setiap riwayat yang kita temui sama ada ianya benar atau tidak. 

Benarkah puasa di bulan Rejab mempunyai pahala yang khusus? Yang lain dari yang lain? Mari kita perhatikan satu per satu, insyaAllah. 


1. Bulan Rejab adalah salah bulan Haram (suci) 

Firman Allah Ta’ala:


إن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا في كتاب الله يوم خلق السماوات والأرض منها أربعة حرم ذلك الدين القيم فلا تظلمو فيهن أنفسكم وقاتلوا المشركين كافة كما يقاتلونكم كافة واعلموا أن الله مع المتقين

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa. (At-Taubah 9: 36)


Bulan-bulan Haram adalah Rejab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram.

Diriwayatkan oleh  dari Abu Bakrah radhiallahu anhu dari Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda:


السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا , مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ , ثَلاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ : ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ , وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ


“Setahun itu ada dua belas bulan, diantaranya (ada) empat bulan Haram, tiga (bulan) berurutan, Dzulqaidah, Dzulhijjah dan Muharam serta Rajab Mudhar yang terdapat di antara (bulan) Jumadi Tsani dan Sya’ban.” [Riwayat Bukhari no. 4662 dan Muslim no.1679]



Bulan-bulan ini dinamakan bulan haram karena dua perkara;

1. Karena pada bulan-bulan ini diharamkan berperang, kecuali musuh memulakannya (perang).

2. Sebagai penghormatan. Maksudnya jika ada perbuatan yang haram dilanggar, maka pada bulan-bulan ini hukumannya lebih berat dibandingkan pada bulan-bulan lainnya.

Oleh karena itu, Allah Ta’ala memperingatkan agar tidak terjerumus dalam kemaksiatan pada bulan-bulan ini, berdasarkan firmanNya: “Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” QS. At-Taubah: 36, meskipun melakukan kemaksiatan diharamkan dan dilarang pada bulan-bulan ini dan lainnya, akan tetapi pada bulan-bulan ini sangat diharamkan.

As-Sa’di rahimahullah berkata (dalam tafsirnya) pada hal. 373: “Firman Allah;

فَلا تَظْلِمُوا فِيهِنَّ أَنْفُسَكُمْ

" Maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu."


 يحتمل أن الضمير يعود إلى الاثني عشر شهرا , وأن اللّه تعالى بَيَّن أنه جعلها مقادير للعباد , وأن تعمر بطاعته , ويشكر اللّه تعالى على مِنَّتِهِ بها , وتقييضها لمصالح العباد
فلتحذروا من ظلم أنفسكم فيها .
ويحتمل أن الضمير يعود إلى الأربعة الحرم , وأن هذا نهي لهم عن الظلم فيها خصوصاً ، مع النهي عن الظلم كل وقت , لزيادة تحريمها , وكون الظلم فيها أشد منه في غيرها


Ada kemungkinan dhamir (kata ganti pada ayat tersebut) kembali kepada dua belas bulan. Dengan demikian, Allah menjelaskan bahwa bulan-bulan tersebut telah ditetapkan ketentuannya bagi para hamba-Nya, agar mereka memperbanyakkanya dengan ketaatan (kepadaNya) lalu bersyukur kepada Allah atas rahmat dan kurnia yang Dia berikan kepadanya serta mengarahkannya untuk kebaikan kepada para hamba dan agar tidak melakukan perbuatan aniaya terhadap diri sendiri di dalam bulan tersebut.

Ada kemungkinan dhamir (kata ganti pada ayat tersebut) kembali kepada empat bulan Haram. Ini bererti  ia merupakan larangan khusus bagi mereka untuk berbuat zalim pada bulan-bulan itu, meskipun larangan berbuat zalim berlaku bagi setiap waktu. Karena berat keharamannya (di bulan haram) bertambah dan karena kezaliman pada (bulan-bulan haram) lebih berat dibandingkan dengan bulan-bulan lainnya.”



2. Tiada hadith sahih yang menjelaskan ganjaran khusus puasa Rejab. 

Adapun puasa pada bulan Rajab, tidak ada ketetapan dari hadits yang sahih tentang keutamaan puasa dengan cara khusus atau suatu puasa apapun. 

Maka, apa yang dilakukan sebagian orang dengan mengkhususkan beberapa hari di (bulan rajab) seperti yang tersebar baik dalam masyarakat secara lisan atau internet, contohnya puasa hari pertama ganjaran sekian, puasa hari kedua ganjaran sekian, puasa sepuluh hari, dua puluh hari ganjarannya itu dan ini lalu meyakini keutamaannya dibandingkan dengan (bulan-bulan) lain, adalah tidak ada asalnya dalam agama, dari Al-Quran mahupun hadith yang sahih.

Adapun hadith yang ada ialah tentang saranan berpuasa pada bulan haram dan tidak mengkhususkannya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:


صُمْ مِنْ الْحُرُمِ وَاتْرُكْ 


“Berpuasalah di (bulan-bulan) Haram dan tinggalkanlah.” [Riwayat Abu Daud, 2428 dan Dinilai lemah oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Tabyin al-Ujab تبيين العجب بما ورد في فضل شهر رجب]

Hadith ini sekalaipun ia sahih tetap menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada bulan-bulan Haram. Maka, barangsiapa berpuasa di bulan Rajab ini, lalu dia juga berpuasa di bulan-bulan Haram lainnya, maka itu tidak mengapa. Sedangkan jika dikhusukan berpuasa pada bulan Rajab sahaja dengan fadhilat tertentu, maka tidak (dibolehkan).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

وأما صوم رجب بخصوصه فأحاديثه كلها ضعيفة ، بل موضوعة ، لا يعتمد أهل العلم على شيء منها ، وليست من الضعيف الذي يروى في الفضائل ، بل عامتها من الموضوعات المكذوبات 
وفي المسند وغيره حديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بصوم الأشهر الحرم : وهي رجب وذو القعدة وذو الحجة والمحرم . فهذا في صوم الأربعة جميعا لا من يخصص رجبا

“Adapun berpuasa di Bulan Rejab secara khusus, semua hadithnya adalah lemah, bahkan palsu. Sedikitpun tidak dijadikan landasan oleh para ulama'. Dan juga bukan kategori hadith lemah yang dapat diriwayatkan dalam bab amalan utama (fadha'ilul a'mal). Kebanyakannya adalah hadith-hadith palsu dan dusta. Terdapat riwayat yang terdapat dalam Musnad dan (kitab hadits) lainnya dari Nabi sallallahu’alaihi wa sallam, bahawa beliau memerintahkan untuk berpuasa pada bulan-bulan Haram yaitu Rejab, Zulqaidah, Zulhijjah dan Muharram, yang dimaksud adalah anjuran berpuasa pada empat bulan semuanya, bukan khusus hanya pada bulan Rejab.”

[‘Majmu’ Fatawa, 25/290]


Ibnu Qayyim rahimahullah berkata: 


كل حديث في ذكر صيام رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى
“Semua hadith yang menyebutkan puasa Rejab dan solat pada sebahagian malamnya (malam Rejab) adalah kebohongan yang diada-adakan.” [Al-Manar Al-Munif, hal. 96]

Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

 لم يرد في فضل شهر رجب , ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معين , ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة  

 “Tidak ada hadits sahih yang layak dijadikan hujjah tentang keutamaan bulan Rajab, tidak juga dalam puasanya atau puasa tertentu , begitu juga (tidak ada) qiyamullail tertentu di dalamnya." [Tabyin al-Ujab, hal. 11]

Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah berkata:

وصيام رجب ليس له فضل زائد على غيره من الشهور , إلا أنه من الأشهر الحرم , ولم يرد في السنة الصحيحة أن للصيام فضيلة بخصوصه , وأن ما جاء في ذلك مما لا ينتهض للاحتجاج به 

“Puasa Rejab tidak ada keutamaan tambahan dibandingkan dengan (bulan-bulan) lainnya. Hanya saja ia termasuk bulan Haram. Tidak ada dalam sunnah yang sahih bahawa berpuasa Rejab mempunyai keutamaan khusus. Adapun (hadith) yang ada tentang hal itu, tidak dapat dijadikan hujjah.” [Fqih Sunnah, 1/383]

Syaikh Ibnu Uthaimin ditanya tentang puasa dan qiyam pada malanya di hari kedua puluh tujuh di bulan Rajab, maka beliau menjawab:

صيام اليوم السابع العشرين من رجب وقيام ليلته وتخصيص ذلك بدعة , وكل بدعة ضلالة
 ”Puasa dan qiyam pada malam di hari kedua puluh tujuh di bulan Rajab serta mengkhususkan untuk itu adalah bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” [Majmu Fatawa Ibnu Utsaimin, 20/440]



 والله أعلم بالـصـواب 

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum..
    Follower ke : 920
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    BalasPadam

Perbincangan Ilmiah WADi dan Anda
World of Ad-Dien (WADi)

Klik Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...