KUALA LUMPUR - Pengguna dinasihatkan tidak tertipu dengan promosi  jualan telefon bimbit yang canggih pada harga murah kerana jika ia  dijual menerusi ejen tidak berdaftar, produk yang dibeli itu tidak akan  dilindungi biarpun ia masih dalam tempoh jaminan.
Peringatan itu dikeluarkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia  (Fomca) selepas menerima kira-kira 200 aduan kes pembelian telefon dari  ejen dengan kebanyakannya model berharga RM1,000 ke atas dalam empat  bulan pertama tahun ini.
Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Shaani Abdullah berkata, ada pengadu  mendakwa ejen enggan bertanggungjawab jika berlaku kerosakan walaupun  telefon bimbit masih dalam tempoh jaminan.
 

 
 
