Para mufassirun berbeza
pendapat terhadap makna huruf muqatta'ah di dalam Al-Quran seperti الم, الر, كهيعص, dan sebagainya.
Berikut beberapa
pandangan ulama' tafsir terhadap huruf muqatta'ah:
1. Huruf yang termasuk
asma' (nama-nama) Allah yang Mulia. Ini pandangan Ibn Abbas, As-Sya'bi, Salim
bin Abdullah, Ismail bin Abdulrahman etc
2. Huruf Pembuka
Al-Quran. Ini pandangan Mujahid.
3. Nama-nama Al-Quran.
Juga pandangan Mujahid.
4. Nama surah dalam
Al-Quran. Ini pandangan Abdurrahman bin Zaid, Zaid bin Aslam.
5. Lafaz sumpah daripada
Allah. Pandangan Ibn Abbas dan Ikrimah.
6. Isyarat sindiran Allah
kepada orang Arab (penyair Arab). Pandangan Al-Farra' dan Qutrub.
7. Huruf yang menunjukkan
kebesaran ilmu Allah dan ia tidak ditafsir atau ditakwilkan. Ini pendapat Abu
Bakar, Umar, Uthman, Ali, Ibn Mas'ud, Al-Thauri dan Rabi' bin Khaitham.
Dalam Zad Al-Muyassar,
Ibn Jauzi menyebut ia ayat Mutasyabihat yang tidak diketahui maknanya kecuali
Allah.
Contoh tafsir asma' Allah
sebagaimana yang disebutkan dalam tafsir Al-Qurtubi berkenaan tafsiran Ibn
Abbas radhiallahu ‘anhu:
الم: قال ابن عباس:
أنا الله أعلم
Alif Lam Mim; Kata Ibn Abbas ia
bermaksud: Ana Allahu A’lam (Aku Allah yang Maha Mengetahui)
الر: أنا الله أرى
Alif Lam Ra: Ana Allah Araa (Aku Allah Yang Maha Melihat)
المص: أنا الله أفصل
Alif Lam Mim Sod: Ana Allah Afsal (Aku Allah yang terpisah dari
sesuatu)
Pandangan yang kuat menurut kebanyakan ulama' Salaf dan Khalaf
ialah pandangan yang menyebutkan bahawa huruf muqatta'ah itu tidak diketahui
maksudnya melainkan Allah dan menyerahkan maknanya kepada Allah ta'ala.
Kata Abu Hatim dalam
Tafsir Al-Qurtubi:
لم نجد الحروف
النقطعة في القرآن إلا في أوائل السور. ولا ندري ما أراد الله عز وجل بها
Tidak ada huruf yang terpisah dalam Al-Quran (Muqatta'ah) kecuali
hanya ada di awal-awal surah. Dan kami tidak tahu apa yang Allah ingin
maksudkan dengannya.
Kata Ibn Kathir:
وإنما اختلفوا، فمن ظهر له بعض الأقوال بدليل فعليه اتباعه. وإلا
والوقف حتى يتبين. هذا مقام.
Sesungguhnya ia adalah perkara yang diperselisihkan. Sesiapa yang
melihat sebahagian pandangan-pandangan tersebut mempunyai dalil maka hendaklah
dia mengikutinya jika tidak (memiliki dalil) maka hendaklah tawaqquf
(berhenti/tidak berpegang) sehinggalah ia mempunya penjelasan.
Kata As-Suyuti dalam
Al-Itqan:
وأما ما لا يعلمه إلا الله تعالى فهو ما يجري مجرى الغيوب نحو الآي
المضمنة قيام الساعة وتفسير الروح والحروف المقطعة وكل متشابه في القرآن عند أهل
الحق فلا مساغ لإجتهاد في تفسيره ولا طريق إلى ذلك إلا بالتوقيف بنص من القرآن أو
الحديث أو إجماع الأمة على تأويله
Adapun sesuatu yang tidak diketahui oleh sesiapa melainkan Allah
ta'ala maka ia termasuk perkara khusus yang ghaib seperti berikut; Hari
kebangkitan, penjelasan tentang roh, huruf Muqatta'ah dan setiap perkara
mutasyabih (samar-samar maknanya) di dalam Al-Quran disisi Ahli Al-Haq (Para
Ulama') maka tidak dibenarkan untuk berijtihad tentang maksudnya dan tidak ada
cara untuk perkara tersebut melainkan dengan adanya nas daripada Al-Quran atau
Al-Hadith atau ijma' ummat keatas takwilannya.
Maraji':
Tafsir
Al-Tabari
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir Al-Qurtubi
Zad Al-Masir, Ibn Jauzi
Tafsir Bahrul Muhit li Abu Hayyan
Fath Al-Qadri, As-Syaukani
Al-Burhan fi ulumul Quran, Imam Al-Hufi.
Al-Burhan fi Ulumul Quran, Az-Zarkashi.
Al-Itqan fi Ulumul Quran, As-Suyuti.
Tafsir Ibn Kathir
Tafsir Al-Qurtubi
Zad Al-Masir, Ibn Jauzi
Tafsir Bahrul Muhit li Abu Hayyan
Fath Al-Qadri, As-Syaukani
Al-Burhan fi ulumul Quran, Imam Al-Hufi.
Al-Burhan fi Ulumul Quran, Az-Zarkashi.
Al-Itqan fi Ulumul Quran, As-Suyuti.
والله أعلم بالصواب