Cari Entri WADi

Rabu, 28 Oktober 2015

Faedah Doa Kebaikan Di Dunia Dan Akhirat

|| Faedah doa Al-Baqarah; 201 ||



رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana aatina fidunya hasanah, wa fil aakhirati hasanah, waqina 'azabannar

Terjemahan:

Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Faedah doa diatas:

1. Ini adalah doa yang paling banyak dibacakan oleh Nabi sebagaimana yang disebutkan oleh sahabat Nabi, Anas bin Malik. Sudah tentu ianya doa yang sangat penting, agung dan mencakupi makna yang besar sekali sehingga Nabi berdoa banyak kali dengan doa ini.

2. Doa ini ringkas tapi meluas maknanya. Mencakupi aspek keduniaan dan akhirat serta perlindungan daripada azab api neraka. Inilah permintaan yang teragung daripada seorang hamba kepada Tuhannya. Dan ini juga menunjukkan fiqh dalam berdoa menurut para ulama' iaitu berdoa dengan doa yang ringkas tetapi mencakupi makna yang meluas di dunia dan akhirat. Sudah tentu doa-doa yang ma'thur (yang datang dari Al-Quran dan As-Sunnah) mempunyai kelebihan ini.

3. Perkataan "Al-Hasanah" secara literalnya bermaksud kebaikan. Sebahagian ulama' mengatakan hasanah di dalam doa ini bermaksud kenikmatan. Maka yang terkandung dalam doa ini ialah segala nikmat yang baik di dunia dan akhirat bagi orang-orang yang beriman.

4. Bentuk-bentuk Al-Hasanah (kebaikan/nikmat): Kata sebahagian Ulama', Al-Hasanah dalam doa ini mencakupi kebaikan/nikmat dalam ilmu dan ibadah di dunia dan akhirat. Sebahagian yang lainnya mengatakan rezeki yang baik (halal dan berkat), ilmu yang bermanfaat dan syurga di akhirat kelak. Sebahagian yang lain mengatakan, Al-Hasanah di dunia ialah rezeki yang halal dan luas, serta amal yang soleh. Di akhirat pula merujuk kepada diampunkan dosa dan diterimanya amal ibadah. Kesemua perbezaan pandangan ini boleh difahami bahawa kebaikan yang dimaksudkan di dalam doa itu ialah segala macam bentuk nikmat dan kebaikan yang diharapkan oleh orang beriman di dunia dan akhirat. Rujuk Al-Fath Al-Bari Ibn Hajar untuk mengetahui perbezaan pandangan berkaitan makna Al-Hasanah.

5. Imam As-Syafie menyukai jika dibacakan doa ini bagi jemaah haji yang melakukan tawaf apabila sampai di antara rukun Yamani (sisi Ka'bah yang menghadap ke arah Yaman) dan Hajar Al-Aswad. Sebahagian ulama' lain menyebutkan digalakkan baca doa ini sebanyak-banyaknya dalam masa mengerjakan haji baik ketika tawaf, ketika berada di Mina, Arafah, di telaga zam-zam dan sebagainya.

6. Kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya': Ini antara doa yang boleh diamalkan untuk menolak bala bencana di dunia dan akhirat.

7. Kata Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar, dibolehkan bagi wanita yang haidh untuk berdoa dengan doa ini (dan doa daripada Al-Quran yang lainnya) dengan niat untuk berdoa bukan untuk membaca Al-Quran.

8.Imam An-Nawawi dalam Al-Azkar juga menyebutkan bahawa digalakkan juga membaca doa ini pada takbir yang ke 4 dalam solat jenazah menurut pandangan sebahagian ulama' Mazhab Syafie.

Semoga dengan faedah-faedah ini dapat memberikan kesedaran betapa besarnya manfaat dan kedudukan doa ini. Moga kita lebih bersemangat untuk mengamalkan doa ini khususnya di tempat yang mustajab seperti ketika sujud dalam solat dan sebagainya.

Wallahua'lam.

Akhukum fillah, Ad-Dien Abdul Kadir.

Disalin dari Telegram Channel

telegram.me/addien90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik