Cari Entri WADi

Rabu, 13 Januari 2016

Simpan Kuku Panjang Seperti Bela 70 Ekor Babi



Telah tersebar di laman maya hadith yang kononnnya menyebutkan bahawa sesiapa yang menyimpan kuku panjang seumpama dia membela 70 ekor babi.


Dakwaan dan hadith ini tidak ada asalnya daripada hadith yang sahih. Jika ianya dinisbahkan kepada Nabi, maka hadith ini tidak sahih bahkan palsu.

Tidak ada hadith sahih yang menyebutkan sedemikian malah teks tersebut berlebih-lebihan. Mungkin ia direka untuk menakutkan orang yang suka menyimpan kuku panjang. Namun, niat yang baik tidak menghalalkan cara sebegini.

Mereka-reka hadith palsu walaupun untuk tujuan baik tetap berdosa malah Nabi mengancam perbuatan itu dengan neraka. Kata Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ تَكْذِبُوا عَلَىَّ ، فَإِنَّهُ مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ فَلْيَلِجِ النَّارَ

Janganlah kalian berdusta atas namaku, sesiapa yang berdusta atas namaku maka dia akan masuk neraka. [Riwayat Al-Bukhari Muslim]


Antara hadith sahih tentang potong kuku ialah;


Kata Nabi:


الْفِطْرَةُ خَمْسٌ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَنَتْفُ الْآبَاطِ

Perkara fitrah (bagi manusia) itu ada lima; berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak." [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Kata Anas bin Malik:


وُقِّتَ لَنَا فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ وَنَتْفِ الْإِبِطِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ أَنْ لَا نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

Waktu yang diberikan kepada kami untuk mencukur misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemaluan adalah tidak lebih dari empat puluh malam (sehingga tidak panjang)."
[Riwayat Muslim]



Allah lebih Mengetahui

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik