sejenis burung ciptaan Allah SWT yang unik dan mempunyai keistimewaannya tersendiri. Sebelum tu saya mohon maaf kerana entri ruangan sains ni dah lama tak update kerana kebelakangan ni sibuk dengan bacaan agama dan lain-lain. namun saians tetap menjadi minat saya dan x pernah diabaikan begitu saja.
ok, pertama sekali nak tanya anda semua, tahu tak burung yang bernama Black Heron ni?pernah dengar?
saya yakin ada yg pernah dengar dan ada juga yg xpernah tahu kewujudan makhluk Allah ni kan.
Burung ni diberi nama saintifik Egretta ardesiaca dan khabarnya ia diancam kepupusan. Burung ini tinggal di kawasan Senegal, Sudan dan bahagian timur Afrika. Kebiasaannya dijumpai di kawasan tanaman-tanaman yang berair, tebing2 sungai, ataupun kawasan padi. Biasanya burung Black Heron akan memburu secara solo, tetapi kadang-kadang secara berkumpulan. Burung Black Heron ini uniknya hanya berburu di kawasan panas terik. Kalau hujan turun, keunikan dia hilang.
anda pasti tertanya-tanya kenapa perlu panas terik baru unik...
Burung ini memburu dengan akalnya yang diilhamkan, bukan dengan kepantasannya seperti Black Hawk, bukan juga dengan ketajaman matanya seperti Helang yang mampu melihat arnab dengan jelas ketika terbang 2km di atas bumi... Inilah yang membezakan binatang ini dengan binatang yang lain. Ya Allah, maha suci Engkau kerana menciptakan segala-galanya, dan amat rugilah sesiapa yang menafikan kebesaranMu.
وَفِي خَلْقِكُمْ وَمَا يَبُثُّ مِنْ دَابَّةٍ آيَاتٌ لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ
Maksud:
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. ~Al-Jaathiyah: 4~
Dan pada kejadian diri kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang yang dibiakkanNya, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang meyakininya. ~Al-Jaathiyah: 4~
Ya, burung ini mengembangkan sayapnya sehingga menyerupai payung, payung hitam maut yang berduri, yang menjadi tempat teduhan ketika panas terik untuk ikan-ikan kecil. Ikan-ikan kecil yang akan berlindung disebalik bahang kepanasan pada hari itu akan menyangka mereka itulah rezeki mereka kerana disediakan tempat berteduh. Tetapi hakikatnya, itulah rezeki Black Heron yang menyediakan ikan-ikan kecil tempat berteduh. Dan ketika ikan-ikan kecil itu berlegar-legar di bawah 'payung hitam' itu, Tercatatlah sebuah rezeki untuk Black Heron pada hari tersebut..
menanti rezeki dengan penuh sabar dan istiqamah, menjadi tauladan buat mereka yang memahami
Indahnya ciptaan Allah di muka bumi ini, mempunyai cara dan keunikan tersendiri yang pelbagai yang tidak dapat dijangkaui logik akal manusia sendiri. Allah telah menunjukkan tanda-tandaNya, dan terpulang kepada kita manusia untuk mencari, dan mentadabburinya.
ok,dah habis dah cerita burung Black Heron, pesanan saya kita jangan pandang rendah dengan keupayaan setiap makhluk Allah kerana setiap ciptaan Allah itu tiada yang sia-sia. Dan jika kita menganggap ciptaan sesuatu makhluk itu adalah sia-sia, maka kita menafikan kebijaksanaan Rabbul Izzati. selamat beramal dan jgn lupa komen..hee..
AD-Dien