Cari Entri WADi

Isnin, 13 Disember 2010

Kenapa GOOGLE Musnahkan Komputer Riba???

LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.

Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.
IMEJ di laman YouTube menunjukkan komputer riba Chrome OS dirosakkan dengan pelbagai cara termasuk dengan menggunakan alat pembakar roti yang dihempaskan ke arah papan kekunci komputer itu.



Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.
Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."
Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik