entri kali ni saya nak kongsi@share serba sedikit tentang tips jaga kebersihan dan keselamatan makanan kita sehari-harian..nampak remeh?pelik??never say like that..=)
Sebenarnya penting bagi kita menjaga makanan yg kita semua nak makan tp sudah tentu yg paling utama adalah makanan yang nak kita makan tu halal kan. Yer memang benar syarat utama adalah makanan tersebut halal. Pun begitu adalah perlu bagi kita semua,bukan umat Islam sahaja malah semua orang perlu ada kesedaran tantang kebersihan dan keselamatan makanan ni.
Paling utama adalah untuk kekalkan kebersihan makanan itu. Kalau makanan itu sendiri sedah kotor, selera makan pun mungkin akan hilang. Makanan yang bersih seharusnya bebas dari kuman,bakteria, kulat dan yang sewaktu dengannya.
Kenapa makanan perlu bersih yer ???
mungkin persoalan ni timbul bagi sesetengah orang. Begini, saya pun bukanlah arif sangat dalam bidang pemakanan ni. Namun begitu makanan yg kotor sudah tentu punya kuman dan bakteria kan? Jika fikir secara logik, kuman dan bakteria boleh mendatangkan penyakit bawaan kepada kita seperti taun, keracunan makanan, penyakit kuning dan lain-lain yg berkait.
Mencegah lebih baik daripada merawat kan?, jadi baik kita jaga nikmat sihat kita sebelum datangnya sakit. Boleh jadi dengan menjaga makanan akan terbit dan lahir rasa syukur kita akan nikmat sihat yg dikurniakan Allah swt.
Apakah perkara-perkara asas yang perlu diutamakan untuk memastikan makanan yang bersih?
- Kebersihan bahan mentah.
- Pengendalian makanan yang bersih.
- Kebersihan diri pengendali makanan.
- Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
- Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
- Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
- Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.
Aspek Kebersihan dalam pengendalian makanan merangkumi ;
a ) Pengendali makanan.
b ) Bahan mentah.
c ) Peralatan yang digunakan.
d ) Persekitaran seperti dapur dan tempat menyediakan makanan.
Siapakah itu pengendali makanan ?
Pengendali makanan adalah semua orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan. la adalah mana-mana individu yang terlibat dalam penyediaan, penyajian dan juga penjualan makanan.
Bagaimanakah kita memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat?
Salah satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih danselamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalankebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.
ok,serba sedikit dari Ad-Dien,maklumlah saya ni bukan arif sangat tentang makanan cuma ilmu yg sedikit lagi cetek. Komen dan tambahan amat dialu-alukan