Cari Entri WADi

Selasa, 3 Januari 2012

Tahun Baru 2012 Dan Pendapat Hukum Menyambutnya



Tahun 2011 telahpun melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas dan tahun baru 2012 pula menggantikannya. Begitulah lumrahnya, setiap tahun ia akan silih berganti menandakan masa yang sudah berlalu dan ergi meninggalkan kita. Bagi umat Islam, tahun baru ini bukanlah sebenar-benar tahun baru kerana tahun baharu yang sebetulnya bagi umat Muhammad s.a.w adalah Muharam. Adapun begitu, tidak ramai umat Islam yang merasai kehadiran tahun baru Islam berbanding tahun baru Masihi. Contohnya mudah, lihat sahaja perbezaan sambutan antara kedua-dua tahun baru tersebut. Sudah pasti tahun baru masihi ini jauh lebih meriah lagi mendapat perhatian bukan sahaja masyarakat Islam bahkan seluruh dunia. 

Ulama' berselisih pendapat mengenai hukum menyambut tahun baru ini namun anda sendiri boleh menilai pendapat mana yang lebih baik dan munasabah bagi diri anda sebagai seorang umat Islam dan hamba Allah s.w.t.  Ulama' KSA (Arab Saudi) sememangnyal menolak penuh perayaan dan mengeluarkan fatwa melarang warga saudi menyambutnya. Ini adalah suatu kelebihan KSA kerana berkat mereka menggunakan Kalendar Hijrah sepenuhnya dalam sejarah Hijaz hingga ke hari ini. Ini kerana mereka selamat dari penjajahan Barat secara fizikal. Manakala ulama' Mesir pula berpecah dua maka terhasillah dua pendapat, aliran tradisional menegahnya, manakala aliran pertengahan tidak melarangnya kerana ia suatu perayaan global memandangkan dunia menggunakan kalendar Masehi dalam semua urusan seharian umat Islam.

Pendapat ilmuan sunnah dan WADi

Sambutan Tahun Baru Masehi adalah petanda ketewasan dan kelemahan kita kepada tamaddun Barat. Kita akur dengan hukum the Law of Civilization (Hukum Ketamaddunan), seperti kata Ibn Khaldoon, manusia akan akur dan tunduk kepada tamadun yang menguasai dunia pada ketika itu. Maka hari ini tamaddun Barat masih menguasai dunia, baik dari sudut ekonomi, politik dan ketenteraan, maka sudah semestinya mereka menguasai manusia sejagat dengan tamadun dan budaya mereka. Maka apa jua kata ulama mengenai keburukan kita mengekori Barat, tidak akan dipedulikan bahkan ayat al-Quran dan hadith pun tidak dipedulikan lagi...Apakah anda tidak pernah melihat ayat ini:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu (al-Baqarah 2:120)


ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الْأَمْرِ فَاتَّبِعْهَا وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاء الَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar). (Al-Jāthiyah:18 )


Juga amaran al-Hadith:

من تشبه بقوم فهو منهم
الراوي:عبدالله بن عمرالمحدث:أبو داود - المصدر:سنن أبي داود- الصفحة أو الرقم:4031

"Sesiapa yang meniru budaya sesuatu kaum, maka dia tergolong dalam golongan mereka." (Riwayat Abu Daud)

Maka walaupun anda tidak berdaya menghalang sambutan tahun baru masihi kerana tamadun Barat yg mendominasi budaya Islam buat masa ini, paling kurang selamatkan keluarga anda dari merayakannya.Paling minima toleran anda kpd New Year ialah mengajak mereka bermuhasabah, apa kekurangan, kelemahan, kesalahan, dosa-dosa 2011 yang akan diperbaiki utk 2012. Cara ini lebih afdhal lagi selamat kerana anda adalah seorang yang bergelar Muslim dan Hamba Allah s.w.t

wallahua'lam

- Amal Dengan Ilmu -

WADi



و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik