Cari Entri WADi

Sabtu, 2 Julai 2011

Buang Air Ketika Azan


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Entri kali ini berkaitan dengan situasi yang selalu terjadi kepada sebahagian jemaah masjid atau sesiapa jua yang pernah mengalaminya sebelum ini. Ia adalah berkaitan dengan masalah buang air kecil ketika azan. Kebiasaannya ia terjadi dalam dua kemungkinan. Pertama, ketika azan berkumandang dan tiba-tiba terasa nak buang air. Kedua ialah ketika sedang buang air, azan pula berkumandang. Kemungkinan yang kedua sering berlaku dalam kalangan masyarakat. Jadi apakah hukumnya? adakah kita dikira tidak menghormati azan? Wah, tentu ini menjadi kerisauan buat sesetengah orang. Mungkin ada juga yang tidak berani buang air ketika azan.

Sidang pembaca WADi yang saya hormati sekalian, Membuang air ( kencing & berak ) merupakan salah-satu keperluan hidup manusia. Kadang-kala perkara tersebut boleh ditunda dan kadang-kala seseorang manusia itu tidak dapat menundanya dan sangat berharap untuk “ melepaskan hajat itu “ di saat yang terdesak itu juga !.

Allah Ta’ala sebagai Tuhan yang telah menurunkan Islam sebagai satu cara kehidupan yang paling selamat untuk makhluk-Nya sudah pasti tidak akan mengazab mana-mana makhluk-Nya yang berada di dalam keadaan terpaksa ( dharurat ) , sebagaimana seseorang yang sudah tidak dapat lagi menahan keinginannya untuk membuang air , samada ketika azan berkumandang ataupun tidak.

Bahkan di dalam beberapa hadis yang sahih sendiri ada menyatakan bahawa jika seseorang itu di datangi saat untuk membuang air ketika dia sedang bersembahyang, maka hendaklah dia berhenti dan “ menunaikan hajatnya “ itu terlebih dahulu, kerana dengan cara itu sembahyangnya akan lebih terpelihara daripada sebarang gangguan.

Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa tidaklah munasabah Allah Ta’ala mengazab mana-mana manusia yang masuk ke dalam tandas untuk melepaskan hajatnya itu kerana terdesak di saat azan berkumandang , maka begitulah juga, tiada dalil daripada mana-mana keterangan agama yang menunjukkan bahawa seseorang itu akan diazab andainya dia memasuki tandas di saat azan berkumandang walaupun dia tidaklah di dalam keadaan terdesak.

KESIMPULANNYA : Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa Allah Ta’ala akan mengazab seseorang yang berada di dalam bilik air ketika azan dikumandangkan, samada dia terdesak ataupun tidak. Tapi bagi seseorang yang tidak terdesak berbuat demikian, sangatlah baik andainya dia menjawab seruan azan hingga selesai azan dikumandangkan dan kemudiannya dia pun masuk ke dalam tandas untuk menunaikan hajatnya . Dan ini di antara beberapa adab seseorang hamba itu dengan Allah Ta’ala dan agama-Nya. Wallahua'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik