Cari Entri WADi

Selasa, 8 November 2011

Manhaj Aqidah: Memahami Aqidah Ahlussunnah wal Jamaah (ASWJ)



Apa itu Aqidah?

Aqidah berasal dari kata ‘aqd yang membawa maksud pengikatan (iqtikad). اعتقدت كذا Membawa maksud: “Saya beriqtiqad begini”. Maksudnya, saya mengikat hati terhadap hal tersebut. Aqidah adalah apa yang diyakini oleh seseorang. Jika dikatakan, “Dia mempunyai aqidah yang benar,” ini membawa penegrtian bahawa aqidahnya adalah bebas daripada keraguan.

 Aqidah Secara Syara’
Iaitu iman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, dan kepada Hari akhirat serta Qadar yang baik mahupun yang buruk. Hal ini juga disebut sebagai rukun iman.

Syari’at terbahagi kepada dua bahagian:

1 – Iqtiqadiyah, dan
2 – amaliyah

Iqtiqadiyah adalah perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan tatacara amal. Seperti iqtiqad (kepercayaan) terhadap Rubbubiyyah Allah dan kewajiban beribadah kepada-Nya, juga beriqtiqad terhadap rukun-rukun iman yang lain. Hal ini disebut ashliyah (dasar agama).
(Rujuk: Syarah Aqidah Safariniyah I, m/s. 4)

Manakala amaliyah adalah segala perkara yang berkaitan dengan tata cara amal (kaedah). Seperti solat, zakat, puasa, dan seluruh hukum-hukum amaliyah. Bahagian ini disebut far’iyah (cabang agama), kerana ia dibina di atas iqtiqadiyah. Kebenaran atau rosaknya amaliyah bergantung kepada sama ada kesahihan iqtiqadiyah atau rosaknya iqtiqadiyah.

Maka aqidah yang benar adalah merupakan asas bagi pembinaan agama serta merupakan syarat sahnya amalan. Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:



فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
."Sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan TuhanNya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan tidak mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadat kepada Tuhannya". (al-Kahfi, 18: 110)





وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu, “Jika kamu menyekutukan (Tuhan), niscaya akan terhapuslah amalmu dan tentulah kamu tergolong ke dalam orang-orang yang rugi.” (az-Zumar, 39: 65)




إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

“Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik).” (az-Zumar, 39: 2-3)



Ayat-ayat di atas dan yang seumpamanya, yang jumlahnya amat banyak, menunjukkan bahawa segala amalan yang dikerjakan tidak akan diterima jika tidak dibersihkan dari perbuatan syirik. Kerana itulah perhatian Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam yang pertama kali di-dakwahkan (disampaikan dan diterapkan) adalah perkara-perkara berkaitan pemulihan dan pemurnian aqidah. Dan merupakan hal yang paling utama dan pertama yang di-dakwahkan oleh para rasul kepada setiap umatnya adalah menyembah Allah semata-mata dan meninggalkan segala yang dituhankan selain Dia (menghapuskan syirik). Sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala berikut:


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus rasul pada setiap umat (supaya menyerukan), “Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thaghut itu”.” (an-Nahl, 16: 36)



Adalah setiap rasul itu sentiasa mengucapkan pada awal dakwahnya,


 فَقَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُم مِّنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ

“Wahai kaumku sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada tuhan bagimu melainkan-Nya.” (al-A’raaf, 7: 59, 65, 73, 85)



Pernyataan tersebut diucapkan oleh Nabi Nuh, Hud, Saleh, Syu’aib, dan seluruh rasul alaihimussalam. Dan selama 13 tahun baginda Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam di Makkah sesudah bi’tsah (kerasulannya), baginda mengajak manusia kepada tauhid dan pemurnian aqidah, kerana hal itu merupakan landasan (asas) pembangunan (binaan) Islam. Para da’i dan para pemurni agama dalam setiap masa telah mengikuti jejak para rasul dalam manhaj dakwah mereka ini. Iaitu mereka memulakan dakwah mereka bermula dari asas ketauhidan dan penerapan aqidah yang sahih (sebenar), dan kemudiannya barulah mereka mengajak kepada seluruh perintah-perintah agama yang lain.


wallahua'lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik