Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Rabu, 8 Februari 2012

Pelajar Malaysia Dapat Tawaran Phd Seawal Usia 23 Tahun



السلام عليكم


BALING - Walaupun usianya baru mencecah 23 tahun, Nurliyana Mohd Yuosf, dari Kampung Charuk Semeliang, mukim Siong mengejutkan seluruh penduduk kampungnya setelah mendapat tawaran melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam ­bidang ekonomi. Anak kedua pasangan Mohd Yusof Hussin, 49, dan Norsiha Amir, 48, cemerlang dalam akademik dan kokurikulumnya membuatkannya terpilih untuk mengikuti ­pengajian peringkat PhD.

Nurliyana berkata, tawaran itu adalah hadiah paling bernilai kepadanya dan keluarga untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup serba sederhana. “Tawaran ini akan digunakan sebaik-baiknya. Saya ­tidak menyangka akan terpilih untuk melanjutkan pengajian setinggi ini,” katanya. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi UUM itu turut berbakti kepada penduduk kampungnya dengan menganjurkan kelas tambahan secara percuma kepada pelajar sekolah menengah dan rendah.

“Ilmu yang dimiliki adalah untuk disampaikan kepada orang lain. Jadi, sesuai saya membantu penduduk kampung ini dalam pelajaran mereka. Kini, saya perlu menyambung pelajaran. Sekiranya tamat pengajian kelak, saya ­terus membantu mereka yang memerlukan terutama dalam pelajaran,” katanya kepada Sinar Harian. Nurliyana yang bercita-cita menjadi penganalisis ­ekonomi itu tidak pernah menjadikan kekangan hidup sebagai halangan kepadanya.

“Bagi saya, tumpuan dan latihan adalah perkara yang paling penting. Usaha dan doa kita akan mendapat hasil yang setimpal,” katanya. Kejayaan anak muda ini mendapat perhatian Penyela­ras Parlimen Baling, Datuk ­Abdul Azeez Abdul Rahim. “Secara peribadi, saya berbangga dengan kejayaan Nurliyana yang berjaya melanjutkan pelajaran peringkat PhD walaupun umurnya baru mencecah 23 tahun dan masih muda,” katanya kepada Sinar Harian.



Komentar WADi 

Alhamdulillah dan tahniah atas kejayaan beliau, sememangnya satu kejayaan yang amat cemerlang dalam bidangnya di usia semuda itu. Semoga lebih ramai ilmuan dalam negara ini terlahir, khususnya di bidang pengajian Islam, insyaAllah. 


والله أعلمُ بالـصـواب

20 ulasan:

  1. wah sgt awal dia dpt twrn PHD,hebatnya dia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang awal...tua setahun sahaja dari admin asal blog ini :)

      alfu mabruk

      Padam
  2. kejayaan yg dikecapi dengan usaha dan kesungguhan sendiri cukup bermaknakan? apa lagi ibu bapa..yang mahu melihat anak2 mereka berjaya...Alhamdulilllah semoga beliau terus menaiki tangga2 kejayaan..Amin

    p/s: terima kasih singgah blog akak, akak suka follow blog yg berilmu, tapi maaf butan follow akak tak berfungsi, jadi tak boleh follow mana2 blog, jadi akak akan masukkan blog ini dalam bloglist akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye cukup bermakna, moga beliau tidak lupa akan anugerah dari TuhanNya kerana ramai sekali yang lupa akanNya saat diuji dengan kejayaan..sama-sama mendoakan kebaikan buatnya

      syukran atas kesudian ukhti masukkan WADi dalam blog list, insyaAllah entri di dini temanya ilmiah untuk maslahah ummah, :)

      Padam
  3. tahniah buat dia..muda lagi dh buat PHD.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah, ya muda lagi sudah diberi nikmat begitu, Alhamdulillah :)

      Padam
  4. semoga dia dpt jodoh dgn org2 yg baik jugak....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, moga beliau juga dapat jodoh yang baik juga..hehe

      p/s- sebut tentang jodoh ye.. :D

      Padam
  5. rezeki hasil usahanya..alhamdulillah.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. dan juga ketentuanNya :), tahniah kepada beliau dan kita semua, semoga menjadi pemangkin semangat untuk kita bersama, amin

      Padam
  6. peh..memang hebatlah dgn usia yg muda suh dpt smbg Phd..mlhn ade org msg baru nk smbg degree..Muge dia dpt gunekn kebaikn tuk menolong org lain dan ke arah kebaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, Allah melebihkan dia dari orang lain dalam bidang nya itu, moga ia menjadi kebaikan buat dirinya, amin... :)

      mie juga sama, moga berjaya dunia dan akhirat :)

      Padam
  7. moga2 beliau terus berjaya dan mendapat rahmatNYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, moga kita semua juga berjaya di dunia dan di akhirat :)

      p/s- terima kasih atas tunjuka ajar kelmarin

      Padam
  8. wahh..org kampng saya!! alhamdulillah di atas kejayaan dia,
    p/s:mungkin admin akan ikut jejak pelajar ni pulak kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang kampung enti ke?? ler mana tahu kenal? sampaikan salam ana lah buatnya ye.. :D

      p/s- Admin sedang mengikut jejak langkah ilmuan-ilmuan insyaAllah...
      mungkin diijazahkan atau ditauliahkan? mungkin tidak?

      wallahua'lam.. :)

      Padam
  9. Assalamualaikum, saya berumur 17 tahun (perempuan). Bila baca kisah di atas membuatkan saya berkobar-koba untuk belajar bersungguh-sungguh. Saya juga berazam untuk mengambil jurusan ekonomi satu hari nanti. Insyallah. Saya berharap agar abang dan kakak doakan saya ya. Saya suka membaca pengalaman orang belajar di universiti. Kalau sesiapa mempunyai tips belajar, tolong kongsi kepada saya ya.

    insan yang ingin menimba ilmu~ :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, Alhamdulillah semoga enti dipermudahkan Allah dalam menuntut ilmu, dan semoga seiimbang ilmu dunia dan akhirat, barakallahufik :)

      Padam
  10. Dekat UM ramai je umur 23 buat PhD. Tak kecoh pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, ramai pelajar negara kita yang bijak pandai, moga Allah permudahkan usaha mencari ilmu.

      Padam

Perbincangan Ilmiah WADi dan Anda
World of Ad-Dien (WADi)

Klik Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...