NURUSSYAHAMAH TAQIAH menelaah untuk persiapan ke Doha |
JERTIH: Nurussyahamah Taqiah Nurunnajmi, 12, wakil tunggal Malaysia ke Majlis Tilawah al-Quran Kanak-kanak Peringkat Antarabangsa di Qatar, terpilih antara tiga peserta ke peringkat akhir pertandingan itu yang akan berlangsung Ramadan ini. Bapanya Nurunnajmi Yaacob, 40, berkata, Nurussyahamah Taqiah melepasi pemilihan peringkat awal yang berlangsung di Doha pada 22 Jun lalu yang turut disertai 63 kanak-kanak dari seluruh dunia.
Beliau akan ke Doha pada bulan Ramadhan kelak bagi menyertai peringkat akhir dengan dua lagi peserta yang tidak dinyatakan dari negara mana. Nurussyahamah Taqiah adalah murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, disini ditemani bapanya, yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Seri Payong, Hulu Besut untuk menyertai pertandingan anjuran Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Qatar dan saluran kanak-kanak stesen televisyen, Al-Jazeera.
Beliau telah melalui ujian saringan yang diadakan oleh kerajaan Qatar membabitkan 4000 kanka-kanak dari seluruh dunia, 49 orang darinya membabitkan wakil dari Malaysia. Beliau kemudiannya melalui satu ujian lagi pada April yang lalu dan dipilih sebagai wakil negara bersama 63 kanak-kanak lain dari seluruh dunia.
Sebagai persediaan, Nurussahamah Taqiah berguru dengan johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa 1999, Che Yahya Che Daud dari Bachok Kelantan. Nurussahamah Taqiah sebelum ini pernah menjadi Johan tilawah Al-Quran J-Qaf peringkat negeri pada 2007 dan 2008 serta telah 3 kali mewakili Terengganu ke pertandingan peringkat kebangsaan sekolah-sekolah Malaysia dan pernah menjadi naib Johan.
Mari kita sama-sama mendoakan kejayaan beliau di peringkat akhir kelak. Moga dengan kejayaan beliau, Al-Quran dicintai oleh generasi muda, bukan kerana ganjaran pertandingan atau hal kduniaan, tetapi kerana kemuliaan Mukjizat agung Rasulullah untuk kita semua, insyaAllah.
Moga Allah Redha
- Amal Dengan Ilmu -
WADi