Tempoh hari penulis diminta untuk menjelaskan status sebenar bagi bait-bait yang dianggap zikir dalam kalangan masyarakat Islam di negara ini bahkan di negara-negara sekitar nusantara ini. Kalimah atau bait-bait di dalamnya dinisbahkan sebagai zikir taubat dan ada juga menamakannya zikir munajat atau nama-nama lainnya yang mungkin penulis sendiri tidak tahu, wallahualam. Sahabat blog tersebut adalah akhi Anak Ulu Cheka dan turut mendapat respon dari akhi Denaihati yang turut ingin mengetahui status sebenar kesahihan bait-bait tersebut. Kedua mereka adalah blogger yang menurut saya popular dan mempunyai pengisian yang baik di dalam blog mereka, jemput ziarah ke blog mereka untuk mengambil apa yang bermanfaat.
Penulis memuji sikap kedua blogger senior ini yang mana bertanyakan status sebenar sesuatu perkara. Suatu perkara yang jarang ada pada kebanyakan ummah hari ini dimana kebanyakan dari kita lebih gemar menerima bulat-bulat dan berta'lid dengannya tanpa menyemak terlebih dahulu sumber atau dari mana datangnya sesuatu dakwaan, teori dan sebagainya. Adapun ia banyak berlaku termasuklah dalam urusan agama, seperti penggunaan hadith tanpa mengetahui statusnya, penggunaan bait-bait seperti yang akan penulis jelaskan sebentar nanti dan sebagainya. Semoga kita semua selepas ini ringan mulut dan tidak segan silu bertanya akan sumber dan status kesahihan sesebuah perkara sebelum menerimanya. InsyaAllah.
Penjelasan Status Zikir Taubat الهي لست للفردوس أهلا
Berikut bait-bait yang mahsyur yang dinisbahkan sebagai zikir taubat/munajat dan nama lain, wallahua'lam.
إِلَهِي لَسْتُ لِلْفِرْدَوْسِ أَهْلَا
وَلَا أَقوَى عَلَى النَّارِ الْجَحِيمِ
فَهَبْ لِي تَوْبَةً وَاغْفِرْ ذُنُوبِي
فَإِنَّكَ غَافِرُ الذَّنبِ الْعَظِيمِ
Wahai Tuhan ku tak layak ke SyurgaMu
Namun Aku tidak sanggup ke nerakaMu
Terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Bait-bait di atas sebenarnya bukanlah zikir yang thabit daripada zikir Rasulullah s.a.w. Tidak ditemukan di dalam mana-mana kitab hadith sama ada khutub sittah (kitab hadith yang enam) seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Ibn Majah, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi,dan Sunan an-Nasai'e mahupun kitab hadith yang lainnya seperti Al-Muwaththa' Al- Imam Malik, Musnad Imam Ahmad, Sunan ad-Darimi, Sahih Ibnu Khuzaimah, Sahih Ibnu Hibban, Mu'jam Al-Kabir, Mu'jam Al-Ausath, Mu'jam As-Saghir (at-Thabarani), Sunan ad-Daruquthni, Mustadrak Al-Hakim mahupun Sunan al-Kubra al-Bahaqi. Jika anda menyemak dan menemukan bait ini di dalam kitab di atas maka penulis sedia menerimanya dan penulisan ini mansukh dengan sendirinya.
Sepanjang pengetahuan penulis (wallahua'lam), bait-bait ini dinisbahkan kepada beberapa tokoh tertentu antaranya ialah:
1. Daripada al-Imam As-Syafie dalam kitab Diiwaan al-Imam al-Syafie. Tidak ditemukan bait-bait diatas di dalam al-Diiwaan sebagaimana yang didakwakan.
2. Daripada Rabiatul Adawiyah. Dakwaan diatas tiada asalnya, tiada bukti yang menunjukkannya dan tiada dinuqilkan dalam mana-mana kitab kibar ulama'.
3. Daripada Syair Abu Nawas.
4. Daripada Ash-Sha'raaniyy dalam kitab I'aanah At-Taalibiin karya Ad-Dimyati As-Syafie.
Maka yang thabit adalah datangnya dari seorang tokoh sufi bernama Ash-Sha'raaniyy sebagaimana yang dimuatkan oleh Al-Dimyaati dalam kitab I'aanah At-Taalibiin yang menyebut bahawa orang yang mengamalkan membacanya secara tetap pada hari Jumaat maka dia akan mati dalam Islam tanpa syak. Sebahagian berpendapat ianya dibaca 5 kali selepas solat Jumaat.
Teks asalnya adalah seperti berikut:
عن سيدي عبد الوهاب الشعراني - نفعنا الله به - أن من واظب على قراءة
هذين البيتين في كل يوم جمعة، توفاه الله على الاسلام من غير شك، وهما:
إلهي لست للفردوس أهلا ... ولا أقوى
على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي ... فإنك غافر
الذنب العظيم
ونقل عن بعضهم أنها تقرأ خمس
مرات بعد الجمعة
Lajnah Daa'imah mengeluarkan fatwa membid'ahkan amalan membaca bait-bait ini selepas Jumaat namun tidak mengingkari maknanya yang boleh diinterpretasi dengan beberapa cara.
Maka bait diatas bukanlah bait zikir yang thabit dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan ia tidak boleh diamalkan sebagai zikrullah baik ketika sesudah solat, ketika qiamullail dan sebagainya atas dasar ibadah. Sebagi umat Islam, kita seharusnya memohon kepada Allah akan rahmatnya untuk ke syurga dan bukan ke neraka.
Itulah yang diamalkan oleh para sahabat Nabi yang mana mereka sering kali bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apakah amalan yang perlu mereka lakukan untuk ke melayakkan mereka masuk syurga. Apabila Nabi memberikan amaran tentang neraka pula, seringkali mereka berasa bimbang dan takut lalu bertanyakan solusinya kepada Nabi, apakah yang perlu mereka lakukan untuk terhindar daripada ancaman neraka.
Bahkan jelas dalam hadith sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyuruh kita semua memohon syurga dari Allah ta'ala:
Itulah yang diamalkan oleh para sahabat Nabi yang mana mereka sering kali bertanya kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam apakah amalan yang perlu mereka lakukan untuk ke melayakkan mereka masuk syurga. Apabila Nabi memberikan amaran tentang neraka pula, seringkali mereka berasa bimbang dan takut lalu bertanyakan solusinya kepada Nabi, apakah yang perlu mereka lakukan untuk terhindar daripada ancaman neraka.
Bahkan jelas dalam hadith sahih, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam sendiri menyuruh kita semua memohon syurga dari Allah ta'ala:
Kata Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam:
فإذا سألتم الله فسلوه الفردوس
Sebagai seorang yang ummat akhir zaman yang penuh dosa, banyak kekurangan dan lemah imannya, sepatutnya kita lebih bersungguh-sungguh untuk berharap kepada rahmat dan keampunan Allah serta tak jemu-jemu meminta agar menjadi salah seorang ahli syurgaNya.
Cara Beramal Dengan Bait Ini
Menyatakan bait ini adalah zikir merupakan kesalahan dan tidak tepat. Apatah lagi beramal dengan nya yang mana ia tiada sandaran yang thabit dari zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Adapun begitu tidak menjadi kesalahan jika ia dinisbahkan sebagai syair, nasyid, dan sebagainya dan bukan sebagai suatu bentuk zikrullah.
Menerusi bait-bait ini maka tidaklah menjadi suatu kesalahan disisi syara' jika ia diungkapkan sebagai syair arab atau nasyid atas beberapa alasan berikut:
1. Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa si hamba itu berkata bahawa dia tidak mahu ke syurga, ia hanya menyatakan yang dengan keadaan dirinya sekarang bahawa tidak layak syurga itu untuknya. Bukan tidak mahu ke syurga. Tidak mahu ke syurga dan tidak layak ke syurga adalah dua ayat yang berlainan maksudnya.
2. Syair ini berbentuk rintihan, luahan hati. Ia selari dengan maksud 'kita tidak masuk syurga sebab amal kita, sebaliknya dengan rahmat Allah'. Ia hanya satu rintihan seorang hamba, yang mengakui bahawa amalnya tak banyak, amalnya tak mampu bawa dia ke syurga, melainkan kalau Allah yang izinkan kerana amalan bukan penentu mutlak seseorang itu ke syurga melainkan dengan rahmatNya.
Kesimpulan
Bait-Bait tersebut bukanlah zikir dan tidak boleh menisbahkannya sebagai zikir apatah lagi beri'tiqad (mempercayai) fadhilat-fadhilat khusus sedemikian dan mengamalkannya sebagai zikir dengan bilangan dan waktu tertentu. Banyak zikir-zikir yang terkandung dalam hadith-hadith sahih yang tidak kita amalkan sepenuhnya lagi, jadi tiada sebab untuk mewujudkan zikir lain yang tiada sandarannya dari Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam.
Adapun begitu ia boleh diamalkan dalam bentuk syair arab atau nasyid sebagai bentuh rintihan kita, hamba yang mengharapkan rahmat Allah s.w.t ke syurga tanpa meyakini adanya kelebihan/fadhilat tertentu daripada bait-bait ini.
Penjelasan dan kefahaman yang benar amat penting untuk mengelakkan ummah salah faham antara perkara yang mengikuti sunnah dan perkara yang menjauhi sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Penjelasan dan kefahaman yang benar amat penting untuk mengelakkan ummah salah faham antara perkara yang mengikuti sunnah dan perkara yang menjauhi sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam.
Allah Lebih Mengetahui Segala Sesuatu