Akhlak merupakan perkara yang amat penting dalam kehidupan umat Islam bahkan manusia keseluruhannya. Tanpa akhlak yang baik, maka sudah tentu belum sempurna iman kita. Akhlak adalah perbuatan yang lahir secara semula jadi tanpa ia dibuat-buat atau berpura-pura. Antara akhlak yang paling utama adalah akhlak kita ibu dan bapa kita. Mari sama-sama kita menghitung apakah kita sidah benar-benar berakhlak dengan ibu dan bapa kita atau mungkin kita telah membuat mereka berasa tidak senang atau kecil hati. wallahualam. semoga dapat menambah input sahabat sekalian serta menjadikan kita anak-anak yang soleh dan solehah, insyaAllah =)
1. Taat kepada kedua ibubapa dalam semua perkara kecuali yang maksiat (derhaka) kepada Allah dan Rasul.
2. Bertutur dengan mereka dengan lemah lembut dan beradab.
3. Berdiri apabila kedua ibubapa masuk atau mendapatkannya.
4. Mencium tangan keduanya pada waktu pagi dan petang atau pada waktu-waktu lain yang munasabah.
5. Sentiasa menjaga kehormatan dan harta keduanya.
6. Memuliakan keduanya dan memberikan apa yang diminta oleh keduanya.
7. Berbincang dengan keduanya dalam apa jua perkara sekalipun.
8. Mendoakan dan memohon keampunan bagi mereka.
9. Sekiranya mereka didatangi tetamu, hendaklah anak-anak duduk di pintu, sentiasa memerhati keduanya, kalau-kalau mereka memberi isyarat supaya mengambil sesuatu dengan diam-diam (tidak diketahui tetamu).
10. Melakukan kerja-kerja yang menyenangkan hati keduanya, walaupun mereka tidak menyuruhnya.
12. Tidak memotong perbualan mereka.
13. Tidak keluar dari rumah tanpa izin keduanya.
14. Tidak melakukan sesuatu yang boleh memeranjatkan atau mengejutkan mereka ketika mereka sedang tidur.
15. Tidak lebih memuliakan isteri dan anak-anak daripada keduanya.
16. Tidak menghina keduanya jika mereka melakukan kerja-kerja yang tidak menyenangkan.
17. Tidak ketawa berlebihan (berdekah-dekah) di hadapan mereka.
18. Tidak memakan makanan yang dihidangkan untuk keduanya.
19. Tidak memanjangkan tangan untuk mencapai makanan di hadapan mereka.
20. Tidak tidur atau berbaring, sementara ibubapa sedang duduk melainkan mendapat izin dari keduanya.
23. Menjawab panggilan keduanya seberapa segera yang boleh.
26. Selalu mengucapkan doa kepada keduanya terutama sekali jika keduanya telah mati, sebagaimana maksud firman Allah di dalam al-Quran: Tuhanku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik aku pada masa kecil.