Cari Entri WADi

Isnin, 2 Mei 2011

Handphone Termahal Di Dunia


Hanya untuk call dan mesej saja tapi harganya........huhu
LONDON -Tiada enjin carian Internet Google mahupun kamera tetapi harga telefon bimbit jenama Æsir YB1 jauh lebih mahal berbanding telefon pintar iaitu mencecah £6,400 (RM31,675) lapor sebuah akhbar semalam. Menampilkan reka bentuk mudah dan ringkas, gajet buatan Denmark itu begitu diminati oleh golongan kaya dan merupakan gajet prestij mereka.
YB1 yang didatangkan dengan skrin kaca batu nilam, cuma dilengkapi fungsi asas telefon bimbit iaitu kemudahan panggilan dan mesej khidmat pesanan ringkas (SMS). Namun Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkata, YB1 mahal kerana ia dibuat dengan menggunakan bahan-bahan untuk menghasilkan jam tangan mewah. "Orang kaya tidak perlukan telefon pintar seperti iPhone, mereka mengupah staf untuk mengendalikan jadual, menghantar e-mel atau mengemas kini Facebook," katanya. 
Kalau anda rasa nak beli,fikir-fikirkan lah dulu yer...hee...baik duit banyak tu buat gi haji dan umrah...dapat jugak tambah saham akhirat insyaAllah...(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik