Cari Entri WADi

Isnin, 16 Mei 2011

Selamat Hari Guru." Perlu ke Sambut??"


Anda semua pasti pernah menyambut Hari Guru semasa anda dibangku sekolah kan? Kalau kita sekolah dari sekolah rendah hinggalah tamat sekolah menengah, kita akan menyambut Hari Guru kira-kira 11 kali (banyak kali tuu..). Tanggal 16 Mei memang dah jadi sinonim dah baik di hati para guru dan pengajar (even lecturer sekalipun), pelajar dan sesiapa jua. 


Masa tu anda mesti dapat lihat student penuh bawakan hadiah buat guru kesayangan mereka (cikgu-cikgu mseti suka dapat hadiah banyak nii..hehe). 

Student pun suka sebab leh enjoy (takde klas yg dijalankan..huhu) dan sebab boleh enjoy sambut hari guru sekali..




Tapi kenapa anda sambut setiap tahun??? Perlu ker? 


hmm....




yup. Jawapannya Perlu dan tak salah pun selagi mana ia tidak melanggar hukum syara' dalam Islam. Malah ia adalah suatu amalam yg mulia dimana ia salah satu cara untuk menghargai guru-guru yang telah mencurahkan bakti yang tidak terkira untuk membentuk kita menjadi seorang insan dimuka bumi. 

Besar dan mulia darjat seorang guru, dan seorang pelajar WAJIB patuh kepada arahan guru selagi ia tak bercanggah dengan hukum syarak 

Imam Al-Ghazali memang terkenal sebagai seorang ilmuan yang begitu hormat dan patuh akan gurunya. Beliau pernah menyebut tentang adab dengan guru antaranya

 Memberikan sepenuh perhatian kepada gurunya.

 Mendiamkan diri sewaktu guru sedang menyampaikan pelajaran.

 Menunjukkan minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru.

 Tidak meninggikan suara terhadap guru, sebaliknya memadailah berkata dengan suara yang didengari.

Sekiranya perlu bertanya, pastikan guru bersedia memberikan jawapan.

Menghormati guru di hadapan dan belakangnya.

Menutup kelemahan guru agar tidak didedahkan tanpa keperluan.

 Mendoakan kebaikan baginya.


Guru umpama lilin yang membakari diri bagi menerangi kegelapan orang lain. Sambutlah hari Guru dengan penuh adab dan kasih kepada guru.buatlah mereka gembira yer.

Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan yang bakal menjadi Guru diluar sana. Terima kasih kerana telah melahirkan ramai ilmuan, telah mencurahkan bakti bukan sahaja mengajar malah mendidik kami menjadi insan berguna duniawi dan ukhrawi. InsyaAllah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik