Anda semua tentu sekali pernah mendengar tentang fardhu ain dan fardhu kifayah bukan? Ya, Tentu sekali pernah kerana ia diajar sejak kecil kerana ia adalah asas yang penting dalam sesuatu ibadah bagi Umat Islam. Sebelum kita melakukan sesuatu ibadah, kita hendaklah tahu akan ibadah tersebut dalam fardhu ain atau fardhu kifayah. Setiap umat Islam dipertanggunjawabkan untuk melaksanakan perkara-perkara yang dituntut dan difardhukan sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah.
Konsep Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Suka untuk saya terangkan disini secara ringkasnya untuk kita sama-sama faham dan boleh amalkan insyaAllah. Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam. Jika tidak ditunaikan maka berdosa. contohnya seperti solat, puasa, zakat, cari ilmu dan sebagainya. Ringkasnya fardhu ain ini wajib dibuat dan dilakukan oleh individu, setiap dari kita yang bergelar Muslim.
solat lima waktu adalah contoh ibadah fardhu Ain
Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atai tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa. Contohnya menguasai ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan, teknologi, perubatan, kejuruteraan dan perkara lain yang boleh mendatangkan kepentingan kepada Ummah. Malah pernah saya mendengar kata-kata ilmuan agama dan ustaz yang mana sesebuah masyarakat yang ada seorang hafiz atau hafizah telah terlepas dari fardhu kifayah. Jadi kita tidak patut memandang hafiz dan hafizah ini sesuatu yang leceh atau membazir masa bahkan ada segelintir dari kita yang memandang rendah dengan melabelkan hafiz dan hafizah tidak setanding mereka yang menuntut di Universiti atau kolej. Sungguh menyedihkan.
| Menguruskan jenazah pun fardhu kifayah, kalau tiada siapa yang pandai siapa yang nak uruskan jenazah Muslim?? |
Beza Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Terdapat perbezaan antara kedua-dua jenis fardhu ini, mungkin anda telah mengetahuinya namun saya cuba untuk senaraikan dengan ringkas. Fardhu Ain wajib dilakukan oleh setiap individu muslim manakala fardhu kifayah pula menjadi kewajipab secara umum sahaja bagi golongan tertentu. Bagi individu yang meninggalkan fardhu ain akan berdosa besar manakala kewajipan telah tertunai sekiranya sabahagian telah menunaikan fardhu kifayah. Fardhu ain meliputi ibadah secara langsung (direct) dengan Allah S.W.T tetapi ibadah fardhu kifayah mempunyai pertalian dengan masyarakat dan sesama manusia.
Akibat meninggalkan Fardhu Ain
1. Jiwa kita akan selalu rasa resah dan gelisah serta mudah terpengaruh dengan unsur negatif.
2. Kita akan mudah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah @ melakukan dosa.
3. Tidak mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah S.W.T
4. Maruah diri kita menjadi buruk dan tidak mampu dijaga.
5. Akhlak akan sentiasa buruk dan sering melanggar batas dalam Islam.
Akibat meninggalkan Fardhu Kifayah
1. Masyarakat Islam pasti akan mundur dan terkebelakang berbanding masyrakat lain dalam pelbagai bidang.
2. Kita ( Umat Islam) akan mudah ditipu, dipengaruhi dan dipermainkan oleh Umat lain.
3. Umat islam akan hidup dalam kemelaratan kerana tidak mahir dalam sesuatu bidang ilmu untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Penting ke Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah???
YA. SANGAT PENTING bagi kita umat Islam. Umat Islam yang mantap dalam fardhu ain pasti menjadi individu yang taat akan perintah Allah, berilmu dan beramal dengan fikiran yang positif dan rasional. Umat Islam juga akan peka dan lebih berdaya saing untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi. kita juga akan menjadi contoh yang baik kepada Umat lain dalam kehidupan seharian disamping dapat menjaga hubungan baik dengan Allah dan manusia. Syiar Islam dapat ditegakkan dan kemajuan dalam negara akan bertambah dari masa ke semasa. Negara Islam akan disegani dan dihormati bukan sahaja dari aspek ekonomi malah dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran yang ada.
Anda sendiri nampak akan kesan dan betapa pentingnya Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah ini bukan? insyaAllah, sama-sama kita cuba terapkan dalam hidup kita sehari-harian. Sekali lagi penulis tekankan bahawa ini hanyalah ringkasan dan catatan ilmu yang sedikit sahaja, hanya untuk perkongsian dengan sahabat sekalian dan lebih kepada peringatan kepada diri sendiri yang dhoif. Anda bebas untuk sebarkan dan share dengan semua diluar sana kerana bagi saya ilmu itu adalah milik Allah. Kita hanya meminjam nya untuk sementara. Anda setuju bukan? insyaAllah..sama-sama kita dapat manfaat yer, InsyaAllah.
entry yg bagus :)
BalasPadamnice info...sama2 kita refresh semula =)
BalasPadamyer..sama-sama kita refresh smula perkara asas...asas yang kukuh lbih baik kan...sma sprti spohon pokok...kuatnya pd akar...insyaAllah
BalasPadamilmu fardu ain dan fardu kifayah mestilah seiring..
BalasPadamyer..btul kata nazihah...mmg kna seiring
BalasPadamsaya ada satu soalan...apakah perbezaan antara ilmu fardhu ain dengan amalan fardhu ain?
BalasPadamilmu fardhu ain ialah ilmu untuk melakukan fardhu ain itu sendri..ia sstu yg berbeza nmun berkait..contoh nak solat plu ada ilmu solat fardhu..n dah ada ilmu plu lah solat..ia msti ada keduanya..ilmu dan perbuatan..tidak boleh ada ilmu sahaja..atau tidak boleh ada perbuatan tp xda ilmu..wallahua'lam
BalasPadamoo... faham... thanks for share the info ya..Alhamdulillah
BalasPadamafwan. alhamdulillah
PadamAlhamdulillah... Tq for the info!!!
BalasPadamAlhamdulillah , sama-sama
PadamAlhamdulillah 1perkongsian yg cukup berilmu. Betul ckp admin. Ilmu tanpa perbuatan tiada guna dan perbuatan tiada ilmu tdk ke mana :)
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamAlhamdulillah 1perkongsian yg sungguh padat dgn ilmu. Betul kata admin. Ilmu tanpa perbuatan tiada guna dan perbuatan tanpa ilmu tidak ke mana :)
BalasPadamAlhamdulillah 1perkongsian yg cukup berilmu. Betul ckp admin. Ilmu tanpa perbuatan tiada guna dan perbuatan tiada ilmu tdk ke mana :)
BalasPadamDlm fardu Ain pulak ada ilmu Fekah.beribadat tanpa tahu hukum hakam pun tak guna juga.So semua berkait rapat.Kita masa bersekolah ,Ustaz Ustazah selalu ingatkan kita.tapi bila dah bekerja,bekeluarga,utk org yg bukan bekerja dlm bidang agama,kita akan jadi lalai dan lupa utk memantapkan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah kita.Di Kl ada satu institiut yg mengajar org2 yg sedang bekerja,bersara atau surirumah ilmu2 ini.Menurut pengasasnya dia sgt terkejut apabila ada peperiksaan dijalankan,ramai yg tidak tahu tentang ilmu2 fekah yg sepatutnya mereka tahu utk mengerjakan ibadat.Marilah kita sama meningkatkan ilmu kita dgn belajar semula.
BalasPadam