Gempa bumi sering kali melanda dunia akhir zaman ini. Kejadian gempa bumi amat mengerikan bagi mereka yang pernah melaluinya. Anda pernah alami nya?? Alhamdulillah negara kita masih belum kejadian ini, tapi kita tidak tahu mungkin esok lusa, kita pun akan ditimpa kejadian gempa bumi, itu urusan Allah, wallahualam.
Tahu tak asal usul kejadian gempa bumi ni?
Melalui peristiwa ini maka tidak salah kiranya ada orang yang berkata bahawa punca gempa bumi seterusnya tsunami baru-baru ini boleh dikaitkan dengan peperangan saudara terutama di Acheh yang teruk ditelan gempa bumi dan tsunami di mana di situ terjadinya perang saudara begitu lama. Begitu juga di Thailand berlakunya peperangan antara mereka yang berlainan agama, tidak ketinggalan di Sri Lanka, India dan juga di Somalia di mana bantuan hingga kini masih sukar disampaikan akibat peperangan masih meletus.
Gempa bumi turut berlaku pada zaman nabi Muhammad s.a.w di mana nabi telah membaca doa tertentu sehingga bukit yang di atasnya pernah disemadikan beberapa orang nabi, para orang mati syahid telah berhenti daripada bergegar. Begitu juga gempa bumi yang pernah berlaku semasa pemerintahan Sayyidina Umar al-Khottab di mana setelah berkata sesuatu kepada bukit itu lalu ia berhenti daripada bergegar.
Malah jika kita baca sebuah kitab tentang peristiwa gempa bumi yang telah ditulis oleh seorang ulama’ terkenal iaitu imam Jalaluddin as-Sayuti maka kita dapati beliau telah mendahului ilmuan barat dalam menulis banyak peristiwa gempa bumi yang telah berlaku sejak dahulu hingga kepada zamannya. Selepas kematiannya maka anak muridnya dan beberapa ulama’ terkemudian menyambung tulisan berkenaan peristiwa gempa bumi yang telah berlaku.
semoga kita dilindungi daripada musibah
gempa bumi ini
wallahualam
_ Amal Dengan Ilmu -
WADi