Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Sabtu, 11 Februari 2012

7 Disiplin Pendakwah Yang Berjaya




السلام عليكم



ORANG yang pada mulanya berminat memahami isu agama dan cuba untuk mendalaminya, akhirnya lari dan menyepikan diri kerana sikap ditunjukkan 'pendakwah awam' atau umat Islam yang tidak bijak membicarakan ilmu agama. Nabi Muhammad SAW pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal dengan sabda yang bermaksud:

  "Permudahkanlah orang dan janganlah kamu menyusahkan mereka! Gembirakanlah orang dan janganlah membuatkan mereka lari daripada kamu." (Hadis riwayat al-Bukhari) 

Konsep 'memberi kemudahan' serta 'menggembirakan' orang yang ingin mengenali Islam disuruh Nabi SAW kepada umatnya. Tidaklah menghairankan dalam masa kurang daripada 100 tahun risalah dakwah dibawa Nabi Muhammad SAW, suara azan sudah berkumandang di benua timur dan barat, melepasi batas budaya dan sempadan negara. Bagi menghasilkan natijah terbaik pada diri individu Muslim yang ingin menjadikan dirinya sebagai seorang pendakwah berjaya, ada beberapa faktor penting yang perlu dikaji antaranya:

1. Memperbaiki diri dan mendidik jiwa ke arah iman dan takwa. Pendakwah akan menyeru orang lain menerusi perbuatannya terlebih dulu sebelum dinilai melalui tutur perkataannya. Perkara itu ditekankan kerana ia senjata paling penting daripada sudut penilaian manusia di persekitarannya.

2. Pendakwah juga perlu membersihkan jiwanya daripada sifat mazmumah seperti angkuh, sombong, ego, penakut, bakhil, malas dan pendendam. Jika tidak dikikis segala ia pasti mengundang keburukan pada wajah Islam itu sendiri yang menjadi cerminan pada pendakwah berkenaan.

3. Pendakwah perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu syariat secukupnya. Ilmu syariat mempunyai peringkat, tahap berbeza dan perlu diambil oleh mereka menurut kemampuan akal seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan nescaya dia akan diberikan kefahaman oleh Allah dalam urusan agamanya." (Hadis riwayat al-Bukhari)

4. Pendakwah juga perlu mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling tanpa mengira usia, budaya, agama, pangkat dan etnik. Kemahiran itu penting bagi membina hubungan baik dengan mereka serta menjadi peribadi disukai ramai.

5. Pendakwah perlu mempelajari kemahiran berdakwah melalui cara terbaik semasa berinteraksi dan berkomunikasi, dialog semasa, memberi kesan kepada pendengar, menarik minat mereka untuk terus mendengar dan isu yang diutarakan sesuai dengan tajuk semasa.

6. Pendakwah perlu mempelajari cara dan teknik terkini yang lebih mantap dengan penuh kesungguhan supaya tidak terus ketinggalan. Segala bentuk maklumat terbaru diperlukan untuk memudahkan penyampaian mesej dakwah kepada orang ramai.

7. Pendakwah secara peribadi harus memahirkan dirinya menyusun masanya yang sesuai untuk membuat sebarang perjumpaan dan pertemuan, menentukan waktu terbaik menyampaikan ceramah, waktu berkesan dan mampu mempengaruhi pendengar.


Teknik pengurusan masa menjadikan keberkesanan dalam dakwah yang dijadualkan secara lebih rapi dan kemas tanpa melupuskan waktu senggang bersama keluarga. Masa yang terurus dan teratur ini akan memudahkan lagi usaha dakwahnya. Sumber lain yang perlu ada pada diri pendakwah ialah dengan mempelajari pendakwah lain yang lebih maju dan profesional. Mereka sepatutnya mempunyai banyak jaringan dan mampu bersahabat dengan ulama serta pendakwah terkenal lain. Mereka juga perlu berkongsi dalam aktiviti dakwah dan melatih diri ke arah pencapaian lebih baik.

Selain itu, mereka perlu meluangkan masa untuk melawat ke pusat dakwah dan badan dakwah yang lain untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka perlu berjumpa pendakwah veteran dengan mengkaji dan mengutip segala pengalaman. Apa yang perlu diteliti pendakwah sebelum berdakwah ialah menilai tahap kemampuan orang yang ditujukan dan ingin disampaikan mesej dakwah. Setiap manusia mampu untuk berdakwah menurut kemampuan dan kebolehan dianugerahkan Allah kepadanya.

Pendakwah perlu bersikap dengan lebih berhati-hati dalam percubaan menyampaikan dakwah dan kesemua ini dapat dicapai melalui latihan berterusan dan berkesinambungan serta penuh kesungguhan mengikut keupayaan termampu.


WADi & Ustaz Fikri Alamghiri al-Maghribi




والله أعلمُ بالـصـواب

28 ulasan:

  1. assalam
    bukan senang nak jadi da'e rupanya
    kena lengkap diri keseluruhannya

    tapi sampaikanlah walau satu ayat walaupun kita tidak memenuhi ciri yang selayaknya
    buat yg termampu oleh kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaiakum wbt
      Dalam keadaan sekarang (waqi`) dimana terdapat suatu hadis Rasulullah SAW,` Ingat2lah sesungguhnya roda Islam sentiasa berpusing (suatu keyika diatas, suatu ketika dibawah). Maka hendaklah kamu beredar bersama2 pusingan Islam itu beredar dimana2 jua dan ketika. Ingat2lah sesungguhnya AlQuran dan Kekuasaan akan terpisah kedua2nya (hilangnya kerajaan Islam), maka jangan sekali2 kamu meninggalkan AlQuran...` Riwayat Abu Daud.

      Sebagai da`ie, walau apa sekali keadaan pun mereka akan bergerak dengan keteguhan AlQuran dalam jantungnya. Oleh kerana sistem ini sudah dikuasai meluas oleh Yahudi dan Nasaro sehingga IP address pun mrk dapat kesan, maka mrk perlu bergerak dengan bijak dan waspada., Surah AlKahfi:14 وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَـٰهًا ۖ لَّقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

      Sama2lah kita merebut peluang merebuti dalam golongan yang pernah Rasulullah saw bersabda,` Tidak putus2 sebahagian dari umatku yang sentiasa menzahirkan akan haq,mereka berperang walhal mereka ahli yang mengetahui`.
      Wallahualam.
      p/s Sekadar muzakarah saja.

      Padam
    2. @AUC- na'am, saya membenarkan apa yang akhi katakan tu..dakwah itu adalah untuk semua ummah, setiap orang ada target dakwahnya yang tersendiri, suami berdakwah untuk keluarga, guru berdakwah untuk anak murid, pemimpin berdakwah kepada rakyat, dan seterusnya..buatlah sekadar kemampuan, di blog pun medium dakwah jika kena gayanya, insyaAllah :)

      Padam
    3. @ustazah tajnur- Yahudi dan Nasrani tidak akan pernah redha akan kita sehinggalah kita menurut agama mereka (al-Baqarah)..syukran atas muzakarah,:)

      Padam
  2. untuk menjadi pendakwah..memang perlu ada identiti yang baik dan disukai orang terutama masa menyampaikan dakwah...dengan cara penyampaian yang mudah difahami, komunikasi yang santai..itu paling tepat untuk mendakwah...

    akak suka denagr Ustaz Don berdakwah...mudah diterima akan apa yang disampaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. na'am, benar..dalam dakwah ada methodologi dan qawaid yang perlu diamalkan supaya ia berkesan dan berjaya..

      usta Don salah satu pendakwah yang baik dan punya ilmu tersendiri, namun ada beberapa perkara yang perlu diberi penekanan seperti penggunaaan nas dan dalil yan rajih lagi tepat..untuk mengelak mafsadah

      wallahua'lam

      Padam
    2. hmmm selalu tengok Ustaz Don ni
      mungkin dia seorang yg baru
      belajar melalui pengalaman pasti Ustaz Don menjadi pendakwah yg hebat nanti
      selagi tidak terjerumus dalam dunia glamour nih

      Padam
    3. suka tengok rancangan Ust.Don.. gaya penyampaian ilmu tu menarik semua golongan penonton.

      Padam
    4. @AUC- ya, beliau punya ilmu yang baik, juga disukai masyarakat, Alhamdulillah. Moga kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuknya,amin

      Padam
    5. @puteri cahaya- betul tu, gaya beliau menarik dan ada aura tersendiri..namun beliau perlu lebih berhati-hati dalam berhujah apabila menggunakan nas-nas hadith, ada beberapa kesilapan yang perlu ditegur dan diperbtulkan..moga Allah merahmatinya dan kita semua :)

      Padam
  3. Salam zairah semoga semuanya diberkatinya jua insyaallah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam ziarah akhi AAP...terima kasih sudi ke laman yang serba ringkas ini :)

      Padam
  4. pendahwah perlu berusaha untuk menjadi yang terbaik..

    sebagai contoh dn teladan kepada yg didakwah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiwah, membenarkannya...itulah yg sebaiknya..rujuk sahaja sirah Rasulullah dalam berdakwah :)

      Padam
  5. Susah juga nak jadi pendakwah ni kan ==

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada mehnahnya dalam dakwah, namun dakwah itu bukanlah sukar andai kita akin yang ianya suatu tuntutan buat setiap manusia , saling nasihat-menasihati juga suatu dakwah wahai sahabat :)

      Padam
  6. oh..Admin WADI..asif..

    ..internet kat sini slow bah..so, loading kat forum lambat sgt ==' fhm2lah ye heh~ maaf..insyaAllah akan berforum nnt :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. slow ke?? la baksa 'alaik, nanti Nazihah guna internet highspeed ye...has untuk ke forum :D

      insyaAllah, ada masa mai lah... la ikraha fiddin

      Padam
  7. Salam..nak berdakwah kena perlengkapkan ilmu kan..bukan mudah utk berdakwah..memang ada cabarannye tersendiri nak2 pada zaman sekarang nie..ada yang boleh terima apa yg nak disampaikan dan ada yg tak..alhamdulilah sekarang dah bnyak saluran dakwah boleh disebarkan..kena kreatif...utk tarik budak2 muda..teruskan penulisan ilmiah sebegini ya Wadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, ya benar..nak berdakwah perlu ada ilmu dan juga amal..tanpa ilmu ianya tidak berkesan dan tnpa amal ianya sia-sia..
      method yang perlu diikuti adalah sebagaimana sirah rasulullah s.a.w, contoh terbaik sepanjang zaman

      Padam
  8. Salam,
    Tkasih atas perkongsian dan bagus untuk dijadikan panduan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, syukran luah fikiran, insyaAllah akan berkongsi lagi ilmu Allah selagi termampu, jemput baca entri lain disini..moga membantu dan bermanfaat :)

      Padam
  9. Salam..nak jd seorg pendakwah memg perlu byk teknik..lgpun pendakwah akn berhdpn org ramai dr pelbagai bangsa, budaya dan cara hidup..ape2x pun kesabaran semasa berdakwah pling pnting...betul x din...? hehe..ape2x pun thnx taw di ats perkongsian ilmu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, ya betul tu..nak berdakwah ada caranya..ada methodologi nya...
      tapi itu bukan alasan untuk lari dari dakwah..dakwah itu mudah...sesiapa sahaja boleh berdakwah..sama ada kepada ahli keluarga, adik, teman-teman dan sebagainya...saling menasihati juga dikira dakwah :)

      Padam
  10. kalu ikut, mesti boleh punya.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah memang boleh..mahu dan tidak mahu sahaja ^__^

      Padam
  11. ana suka dakwah semoga antumna semua dapat doakan ana dapat dakwah orang ramai dengan berjaya seperti Rasulullah S.A.W

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, moga Allah permudahkan urusan kebaikan anda. :)

      Padam

Perbincangan Ilmiah WADi dan Anda
World of Ad-Dien (WADi)

Klik Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...