Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Ahad, 5 Februari 2012

Hadith Maudhu' 01: Menuntut Ilmu Hingga Ke China



السلام عليكم




Hadith Maudhu' (موضوع) bermakna hadith yang palsu, dibuat-buat atau direka-reka dengan sengaja atau bersebab. Hadith maudhu' direka dan kemudiannya dinisbahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana hadith sahih dan hasan yang benar. Ia tergolong dalam kelompok hadith-hadith yang dhoif dan menurut Ibn Solah, hadith maudhu' adalah dalam kategori hadith dhoif yang paling teruk sekali. ('Ulum al-Hadith).

Definisi dan penerangan lanjut akan diterangkan dalam siri yang akan datang insyaAllah. Entri ini adalah khusus untuk menyenaraikan beberapa hadith yang dinilai maudhu' (palsu) oleh para muhaddith mutaqaddimin dan mutaakhirin. 


Hadith Menuntut Ilmu Hingga ke China



اطْلُبُو الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصَّينِ

Tuntulah ilmu walau ke negara China


Takhrij:

Hadith ini dinilai maudhu' oleh ramai muhaddith dalam kitab-kitab karangan mereka. Antaranya ialah:

1. Syeikh Al-'Ajluni dalam kitabnya Kashf al-Khafa'
2. Syeikh Ali al-Qari dalam kitabnya al-Maudhu'at al-Kabir.
3. Syeikh Al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhuah.
4. Syeikh Al-Arraq al-Kanani dalam kitabnya Tanzih al-Syariah.
5. Syeikh Al-Jarrahi dalam kitabnya  Kashf al-Khafa'
6. Syeikh Bin Baz dalam kitabnya al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah

Hadith ini dinilai maudhu' kerana 'illah (sebab-sebab yang mencacatkan) pada sanadnya. Di dalam sanad tersebut terdapat seorang rawi bernama Abu Atikah Tharif ibn Sulaiman. Mengikut penilaian para muhaddith, beliau tergolong dalam rawi yang tidak thiqah, lemah dan salah seorang pemalsu hadith atau pereka hadith palsu. 


Huraian WADi:

Hadith ini antara yang sering bermain di mulut-mulut kebanyakan orang ramai tidak kira orang awam bahkan para agamawan yang turut terlepas pandang akan hal ini. Para blogger, dan facebooker juga dengan begitu mudah menyebarkan hadith maudhu' ini tanpa mengetahui akan kebenaran status kesahihannya. Tujuan mereka mungkin baik iaitu ingin menggalakkan agar rajib belajar dan menuntut ilmu walaupun hingga jauh dari tanah air. Ada juga di antara mereka yang berhujah bahawa Rasulullah menggalakkan umatnya menuntut ilmu hingga ke negara China. Ini adalah satu hujjah yang tidak tepat dan benar. 

Berkata Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz (Syeikh Bin Baz):

"Seandainya ini adalah hadith sahih, maka ia tetap tidak akan menunjukkan kelebihan dan keutamaan negara China dan juga rakyatnya. Maksudnya ialah hadith ini sekiranya ia sahih, ia menunjukkan keutamaan mencari ilmu itu walaupun ianya terpaksa menempuh jarak dan perjalanan yang jauh dan panjang. Justeru itu maksud hadith ini bukanlah menggalakkan untuk ke negara China itu sendiri kerana ia amat jauh dari tanah Arab" (al-Tuhfat al-Karimah fi Bayan Ba'dhi Ahadith Maudhu'ah wa Saqimah)


Beberapa Hadith yang sahih berkenaan menuntut ilmu yang boleh digunapakai oleh kita adalah seperti berikut:


طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلَّ مُسْلِمٍ

Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap Muslim (Riwayat Ibn Majah, Sahih)


وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًايَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ الله لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ

Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan untuk ke syurga (Riwayat Muslim, Sahih)


Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith sahih dan hasan berhubung dengan kepentingan dan kelebihan menuntut ilmu ini. Semuanya bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi mengapa perlu menyebarkan hadith palsu seperti ini?. Semoga kita lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu hadith. 



والله أعلمُ بالـصـواب

17 ulasan:

  1. Terima kasih WADi atas ilmu yg dikongsikan.. ibu rasa sgt ramai diluar sana tidak tahu tentang ini.. insyaAllah ibu Yusuf akan kongsikan juga pengetahuan ini kepada kawan2 yg lain.. Syukran jazilan wajazakallahu khairan kathira..

    BalasPadam
    Balasan
    1. afwan ya ummi, la baksa..mungkin ada yang sudah tahu dan ada yang belum tahu, syukran dan Alhamdulillah atas kesudian ummi menyebarkannya, semoga Allah memberikan ganjarang yang terbaik untuk semua,

      Allahu yubariku fik :)

      Padam
  2. Betul la
    Selalu dengar hadis ni seajak kecil lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, hadith ini memang amat popular di Nusantara , perlu disampaikan dan dikhabar kan kepada orang ramai akan kesahihannya, moga Allah mudahkan :)

      Padam
  3. masa ngajaq kt tadika dlu,bnyk hadis2 palsu yg depa silibuskan utk kanak2..sy memilih utk tidak mengajar hadis2 yg maudhu'..skip kpd hadis lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. benar, banyak hadith maudhu' dan dhaif dalam beberapa silibus pengajian, langkah yang baik enti lakukan, good :)

      saranan- utamakan hadith sahih yang sudah cukup banyak untuk diamalkan..

      Padam
    2. Assalamualaikum.
      Apabila kita membincangkan mengenai matan dan sanad sesuatu hadis, kita mesti ada asas yang kukuh mengenai Usul AlFiqh supaya dpt mengetahui samada dalil putus atau dalil dzon dari Qot`ie Tsubut (Ketetapan putus) atau Dzonni Tsubut (Ketetapan dzon) dalam Istinbat sesuatu Hukum. Surah AnNisa:83 لَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ
      Surah AnNisa:59 إِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّـهِ وَالرَّسُولِ

      Apa yang terpenting sekali adalah sumber hukum yang diambil dan bagaimana meletakkan pada tempat ( مَوَاضِعه ) yang betul. Kalau sesuatu hadis yang sohih tidak diletakkan pada tempat yang betul pun tidak ada gunanya. Inilah yang terjadi pada Kitab Taurat dan Injil sertai diikuti AlQuran skrg ni. Mengikut kata Ibnu Abbas dari tafsir Ibnu Katsir dlm Surah AliImran:78" يُحَرِّفُونَهُ وَهَكَذَا رَوَى الْبُخَارِيّ عَنْ اِبْن عَبَّاس أَنَّهُمْ يُحَرِّفُونَ وَيُزِيلُونَ وَلَيْسَ أَحَد مِنْ خَلْق اللَّه يُزِيل لَفْظ كِتَاب مِنْ كُتُب اللَّه لَكِنَّهُمْ يُحَرِّفُونَهُ وَيَتَأَوَّلُونَهُ عَلَى غَيْر تَأْوِيله . وَقَالَ وَهْب بْن مُنَبِّه : إِنَّ التَّوْرَاة وَالْإِنْجِيل كَمَا أَنْزَلَهُمَا اللَّه تَعَالَى لَمْ يُغَيَّر مِنْهُمَا حَرْف وَلَكِنَّهُمْ يُضِلُّونَ بِالتَّحْرِيفِ وَالتَّأْوِيل وَكُتُب كَانُوا يَكْتُبُونَهَا مِنْ عِنْد أَنْفُسهمْ "
      Maksud pengubahan seperti ternyata dlm Surah AliImran:78 yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Ibnu Abbas bahawasanya mrk mengubah bukanlah sesuatu dari ciptaan Allah dgn menukarkan lafaz kitab Allah. Bahkan sebenarnya mrk mengubah pentakwilan dari selain makna sebenarnya....
      Begitu jugalah yang terdapat dlm suatu hadis Nabi,`Sesungguhnya binasalah org sebelum kamu ini kerana mrk melaga2kan kitab Allah sebhgn dgn sebhgn, Sesungguhnya Allah menurunkan kitab Allah supaya sebahagian membenarkan sebahagian` Riwayat Ahmad Hambal dlm bab20 m/s 192.
      Hadis ini menyentuh mengenai Surah AlIsra:106 قُرْآنًا فَرَقْنَاهُ لِتَقْرَأَهُ عَلَى النَّاسِ عَلَىٰ مُكْثٍ وَنَزَّلْنَاهُ تَنزِيلًا Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan supaya engkau membacakannya kepada manusia dengan lambat tenang; dan Kami menurunkannya beransur-ansur.
      Dan juga Surah AnNahli:101 وَإِذَا بَدَّلْنَا آيَةً مَّكَانَ آيَةٍ ۙ وَاللَّـهُ أَعْلَمُ بِمَا يُنَزِّلُ قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مُفْتَرٍ ۚ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ Dan apabila Kami tukarkan satu ayat (Al-Quran) untuk menggantikan ayat yang lain (yang dimansukhkan), dan Allah memang mengetahui akan apa yang Ia turunkan, - berkatalah mereka (yang kafir): "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah seorang pendusta"; (padahal Nabi Muhammad tidak berdusta) bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat yang sebenarnya.

      Perkataan ( مُكْثٍ ) lebih bermaksud mencari makna yang tepat untuk menerangkan dan membenarkan sesuatu ayat Allah SWT. Dan sudah tentu mesti ada yang mengatakan bahawa kita ni pandai memandai saja.

      (sambungan)

      Padam
    3. (sambung)
      Walaupun hadis dlm entri ini adalah dhaif, cuba kita perhatikan bahawa
      sebagai seorang Islam, tugas kita adalah mencari tanda2 kekuasaan Allah SWT disegenap pepenjuru/ufuk dunia dan pada diri2 kita bertepatan didalam kandungan AlQuran. Surah Fussilat:53 سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗKami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar.

      Kalau org Barat sanggup meredah hutan benua dan mengharungi lautan semata2 membongkarkan rahsia2 bumi Allah SWT, mengapakah kita orang Islam selama ini hanya menanti rekod data dan tulisan2 mrk sahaja? Kita masih jauh ketinggalan dalam mencari kebenaran tanda2 kekuasaan Allah SWT. Bagaimana mrk mendustakan kebenaran Zulkarnain dlm Surah AlKahfi:98 membina tembok besar N.China dan sebaliknya mendakwa Shih Huang Ti membinanya. Perlu ada kajian demografi Negeri Cina, mengapa Yaajuj dan Makjuj tidak boleh keluar dari tembok2 tersebut disamping keizinan / kekuasaan Allah SWT.
      Bagaimana kepakaran org2 dahulu membina sesuatu monumen dgn menggunakan peralatan yang minimum sehingga sebagaimana canggih org skrg tidak pun sampai 1/10 dari mrk. Surah Saba:45.

      Surah AzZariyyat:20-21 وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿٢٠﴾ وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿٢٠﴾ وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. 21. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

      Itu belum juga kita usaha mengambil peluang memiliki setiap inci tanah yang Allah SWT hanya wariskan utk orang beriman. Asalnya bumi ini, Allah SWT hanya wariskan utk org Islam sahaja dan adalah tugas kita utk membebaskannya. Surah AlAnbiya`:105 وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِن بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
      Malangnya kita orang Islam hanya terdaya membincang sesuatu yang mudah tetapi tiada kesudahan dan menghabiskan masa soal2 yang menjauhkan kita dari perintah dan petunjuk Allah SWT.
      Wallahualam

      Padam
    4. Aiwah, syukran jiddan ya ustaz..satu imput yang baik untuk pelajar macam ana. Menjadi suatu penghormatan kerana kesudian ustazah memberi pandangan atas kekurangan dalam penulisan kami,

      'azmallahu ajrak :)

      Padam
    5. syukran ukhti..btul ckp ukthi,kita perlu bnyk buat kajian, jgn menantikan kajian yg dibuat oleh para aktivis barat..

      Padam
    6. golongan orientalis memang rajin dalam usaha mengkaji ilmu-ilmu Islam...sesuai dengan tujuan mereka

      Padam
  4. wah...baru cikgu cakap kat sekolah hari tu pasal hadis ni.
    Masa tu time sivik, cikgu india yg ajar...
    Dia ajar tokoh2 yg brjaya dlm hidup kerana ilmu...
    Lepastu dia sebut mcm ni
    "Even dalam Islam pun, Quran ada sebut... tuntutlah ilmu hingga ke negeri china."
    Dengar macam kagum kan? cikgu india cakap mcm tu..
    kawan2 smua trlopong..
    Cikgu tu cakap dia prnah ambek tamadun Islam..
    Tapi saya pulak pelik...
    Dalam quran? bila masa pulak quran cakap mcm tu?
    setahu saya itu hadis... tapi hadis maudhuk.
    Nak aje balas tapi buat diam ajelah..

    *Sekadar prkongsian. apapun, terima kasih atas informasi. sangat2 mmbantu^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga ada manfaatnya..sebarkanlah kepada teman-teman yang lain, moga ada kebaikan diperolehi..baguslah cikgu haneefa tu, sekurang-kurangnya dia tahu tentang Islam :)

      Padam
  5. Kagum saya dengan blog ni ... Penuh dengan ilmu yang bermanfaat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, blog ini biasa sahaja Doc, sekadar menyampaikan ilmu untuk manfaat diri dan ummah, moga ada kebaikan untuk kita semua, dan moga Allah redha akannya, syukran atas kesudian doc ke mari..saya amat berbesar hati :)

      Padam
  6. Jawapan : Hadith ini bukanlah palsu bahkan mencapai darjat hasan dan juga darjat dhoief. Penjelasannya di sini : Status hadith : Tuntulah Ilmu Hingga Ke Negeri China

    « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » “ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, karena sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

    Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : karena hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi. Oleh karena itu tidak boleh bagi kita mengatakan bahwa itu bukan hadits.

    شعب الإيمان للبيهقي – (4 / 174)

    أخبرنا أبو عبد الله الحافظ ، أخبرنا أبو الحسن علي بن محمد بن عقبة الشيباني ، حدثنا محمد بن علي بن عفان ، ح وأخبرنا أبو محمد الأصبهاني ، أخبرنا أبو سعيد بن زياد ، حدثنا جعفر بن عامر العسكري ، قالا : حدثنا الحسن بن عطية ، عن أبي عاتكة ، – وفي رواية أبي عبد الله – حدثنا أبو عاتكة ، عن أنس بن مالك ، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : « اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم » « هذا حديث متنه مشهور ، وإسناده ضعيف » وقد روي من أوجه ، كلها ضعيف

    جامع الأحاديث – (5 / 2)

    اطلبوا العلم ولو بالصين فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم (العقيلى ، وابن عدى ، والبيهقى فى شعب الإيمان ، وابن عبد البر عن أنس) أخرجه العقيلى (2/230 ، ترجمة 777) ، وابن عدى (4/118 ، ترجمة 963) كلاهما فى ترجمة طريف بن سلمان أبو عاتكة . والبيهقى فى شعب الإيمان (2/253 ، رقم 1663) ، وقال : هذا الحديث شبه مشهور ، وإسناده ضعيف ، وقد روى من أوجه كلها ضعيفة . وأخرجه ابن عبد البر فى العلم (1/9) . وأخرجه أيضاً : الخطيب (9/363) ، وأورده ابن الجوزى فى الموضوعات (1/347 ، رقم 428) . قال العجلونى (1/154) : ضعيف بل قال ابن حبان : باطل . وذكره ابن الجوزى فى الموضوعات ، ونوزع بقول الحافظ المزى : له طرق ربما يصل بمجموعها إلى الحسن ، وبقول الذهبى فى تلخيص الواهيات : روى من عدة طرق واهية وبعضها صالح ، ورواه أبو يعلى عن أنس بلفظ : اطلبوا العلم ولو بالصين فقط ، ورواه ابن عبد البر أيضاً عن أنس بسند فيه كذاب .

    مسند البزار – (1 / 55(

    وَحَدِيثُ أَبِي الْعَاتِكَةِ : اطْلُبُوا الْعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّينِ لاَ يُعْرَفُ أَبُو الْعَاتِكَةِ وَلاَ يُدْرَى مِنْ أَيْنَ هُوَ ، فَلَيْسَ لِهَذَا الْحَدِيثِ أَصْلٌ. قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 66( وفي عون الباري نقلاً عن النووي أنه قال ((الحديث الضعيف عند تعدد الطرق يرتقى عن الضعف إلى الحسن ويصير مقبولاً معمولاً به))

    قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 / 77(

    الخامسة قولهم هذا الحديث ليس له أصل أو لا أصل له قال ابن تيميه معناه ليس له إسناد

    قواعد التحديث من فنون مصطلح الحديث – (1 /86(

    الثامن المشهور وهو ماله طرق محصورة بأكثر من اثنين سمى بذلك لوضوحه ويطلق على ما اشتهر على الألسنة فيشمل ماله إسناد واحد فصاعداً بل مالا يوجد له إسناد أصلا (كذا في النخبة) وما اشتهر على الألسنة أعم عن اشتهاره عند المحدثين خاصة أو عندهم أو

    عند العامة مما لا أصل له شرح إختصار علوم الحديث – (1 / 363(

    والشهرة أمر نسبي، فقد يشتهر عند أهل الحديث، أو يتواتر ما ليس عند غيرهم بالكلية ، ثم قد يكون المشهور متواترا أو مستفيضا، وهذا ما زاد نقلته على ثلاثة، وعن القاضي الماوردي أن المستفيض أكثر من المتواتر، وهذا اصطلاح منه، وقد يكون المشهور صحيحا كحديث: الأعمال بالنيات وحسنا، وقد يشتهر بين الناس أحاديث لا أصل لها، أو هي موضوعة بالكلية، وهذا كثير جدا

    mohon rujuk link ini
    http://www.rawatanislam2u.com/2012/03/buku-kontroversi-40-hadis-popular-palsu.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jazakallah atas komen akhi/ ukhti. Cuma sayang enta/i tidak memperkenalkan diri, sekadar ononymous. Tidak wajar bagi yang mahu melontarkan kritikan dan pendapat namun menyembunyikan indentitinya. Macam mana boleh diterima pakai kenyataan orang yang majhul, sepatutnya enta/i tunjukkan dengan benar diri enta/i. Baru lah adil dan menunjukkan adab dalam ilmu insyaAllah. Apapun saya menghormati komentar anda, dan berterima kasih atas ilmu yang anda kongsikan. Moga Allah memberikan kebaikan yang banyak kepadamu. :)

      Berkenaan hadith di atas, memang ada yang menyatakan darjatnya naik kepada hasan lighairihi atas dasar terdapat banyak syahid kepadanya. Namun begitu, bukan semua syahid itu maqbul hingga menaikkan darjat hadith ini. Terima kasih kerana membawakan takhrij tersebut. Saya telah maklum dengannya sebelum ni, syukran. Isu hadith ini lafaz yang sahih ada lafaz selepasnya iaitu:

      طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلَّ مُسْلِمٍ

      Berkaitan hadith ini telah dibincangkan panjang lebar dalam multaqa para ahlul hadith pada tahun 2008 dan sebelumnya lagi dan keputusannya:


      ( اطلبوا العلم ولو في الصين ) ليس حديثاً، يقول السائل : إنه سمع خطيب الجمعة يقول : صح الحديث عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :( اطلبوا العلم ولو في الصين ) فهل هذا الحديث صحيح كما زعم ذلك الخطيب ؟
      الجواب : إن هذا الحديث باطل بل قد ذكره ابن الجوزي في الموضوعات أي الأحاديث المكذوبة على الرسول صلى الله عليه وسلم . وقال الشوكاني :( رواه العقيلي وابن عدي عن أنس مرفوعاً . قال ابن حبان : وهو باطل لا أصل له وفي إسناده أبو عاتكة وهومنكر الحديث …) الفوائد المجموعة ص 272 وانظر المقاصد الحسنة ص 93 وكشف الخفاء 1/138 . وقال الشيخ الألباني عن الحديث بأنه باطل ثم ذكر من رواه ثم قال :[ وخلاصة القول أن هذا الحديث بشطره الأول - أي اطلبوا العلم ولو بالصين - الحق فيه ما قاله ابن حبان وابن الجوزي - أي باطل ومكذوب - إذ ليس له طريق يصلح للاعتضاد به ] السلسلة الضعيفة 1/415-416 . وأخيراً فإن من الواجب على خطباء المساجد أن يتأكدوا من درجة الأحاديث التي يذكرونها في خطبهم حتى لا يسهموا في الكذب على رسول الله صلى الله عليه وسلم وإن في الأحاديث الصحيحة والحسنة ما يغني ويكفي عن الأحاديث الباطلة والمكذوبة


      وساق العقيلي هذا الحديث الواحد في ترجمته، وقال عقبه: متروك الحديث.
      وقال ابن حبان (1/382) إن أبا عاتكة: منكر الحديث جدا يروي عن أنس ما لا يشبه حديثه، وربما روى عنه ما ليس من حديثه، وذكر له هذا الحديث.
      بينما نقل ابن الجوزي والسخاوي في المقاصد (63) عن ابن حبان أنه قال: باطل لا أصل له.
      وصرح ابن عدي أنه منكر.
      وضعفه البيهقي في المدخل وفي الشعب.
      وأورده ابن الجوزي في الموضوعات.
      وقال الذهبي في الميزان (2/335): هو صاحب حديث اطلبوا العلم ولو بالصين!
      وضعّفه في تلخيص الموضوعات (110).
      كما ضعفه السخاوي في المقاصد الحسنة (125).
      وقال الألباني في الضعيفة (416): باطل.
      وضعفه ابن باز في التحفة الكريمة (30 بتخريجي).
      فهذه حال أشهر طرق الحديث!

      Wallahua'lam.

      Padam

Perbincangan Ilmiah WADi dan Anda
World of Ad-Dien (WADi)

Klik Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...