Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Isnin, 20 Februari 2012

Darah Haid, Nifas dan Istihadah



السلام عليكم


Haid adalah darah yang semestinya dikenali para wanita mahupun lelaki. Tidak ada batasan tentang waktu maksima dan minimanya dalam syari’at. Kesemuanya bergantung kepada kebiasaan yang dialami oleh wanita masing-masing. Sedangkan nifas adalah darah yang keluar karena melahirkan anak. Batasan maksimanya adalah selama empat puluh hari.

Dari Ummu Salamah Radhiyallahuanhuma, ia berkata:

كَانَتِ النُّفَسَاءُ تَجْلِسُ عَلَى عَهْدِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا.

“Dulu para wanita yang nifas pada masa Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menahan diri selama empat puluh hari.” (Hasan Sahih: [Sahih Sunan Ibni Majah (no. 530)], Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/501 no. 307), Sunan at-Tirmidzi (I/92 no. 139), dan Sunan Ibni Majah (I/213 no. 648).)

Jika ia melihat dirinya telah suci dengan terhentinya darah sebelum empat puluh hari, maka dia harus mandi dan saat itu ia telah suci. Namun, jika darahnya terus mengalir setelah empat puluh hari, maka dia harus mandi pada hari keempat puluh dan ia suci ketika itu.


Hal-Hal Yang Dilarang Bagi Wanita Yang Sedang Haidh Dan Nifas

Wanita yang sedang haid dan nifas dilarang melakukan hal yang dilarang bagi orang yang berhadas. Selain itu juga dilarang:

1. Puasa dan Solat : Dia wajib qadha (ganti) puasa jika telah selesai/suci.

Dari Mu'adzah, dia berkata, “Aku bertanya kepada ‘Aisyah, 'Kenapa para wanita yang haid diwajibkan mengqadha puasa dan tidak mengqadha solat?' Dia berkata, 'Ketika kami haid dalam masa Rasulullah s.a.w, kami disuruh mengqadha puasa dan tidak disuruh mengqadha solat.'" (Muttafaq'alaih)


2. Bersetubuh pada kemaluan (penetrasi kemaluan).Berdasarkan firman Allah s.w.t:


وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

“Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah, ‘Haid itu adalah suatu kotoran.’ Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.” (Al-Baqarah: 222).


Dan sabda Rasulullah s.a.w :

اِصْنَعُوْا كُلَّ شَيْءٍ إِلاَّ النِّكَاحَ.

"Berbuatlah sesuka hatimu, kecuali bersetubuh." ( Sahih: [Sahih Sunan Ibni Majah (no. 527)], Sahih Muslim (I/246 no. 302), Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/439 no. 255), Sunan at-Tirmidzi (IV/ 282 no. 4060), Sunan Ibni Majah (I/211 no. 644), dan Sunan an-Nasa-i (I/152))


 Hukum Suami Yang Menyetubuhi Isterinya Yang Sedang Haid

Berkata al-Imam an-Nawawi r.a  dalam kitab Syarah Muslim (III/204): 

“Jika seorang muslim meyakini halalnya menyetubuhi wanita haidh pada kemaluannya, maka dia telah kafir dan murtad. Namun seseorang melakukannya tanpa meyakini kehalalannya, maka jika dia melakukannya karena lupa atau tidak tahu adanya darah haidh. Atau dia tidak tahu keharamannya atau dia dipaksa, maka dia tidak berdosa dan tidak pula wajib membayar kaffarat. Jika dia sengaja menyetubuhinya dan mengetahui adanya darah haidh serta haramnya perbuatan ini tanpa ada paksaan, maka dia telah melakukan dosa besar. Asy-Syafi'i menetapkannya sebagai dosa besar dan wajib baginya untuk bertaubat. Tentang wajibnya kaffarat, terdapat dua pendapat.”

 “Pendapat yang rajih(kuat) adalah wajib membayar kaffarat.”

Berdasarkan hadith Ibnu 'Abbas r.a, dari Rasulullah s.a.w tentang seseorang yang menyetubuhi isterinya yang sedang haid. Baginda bersabda:

يَتَصَدَّقُ بِدِيْناَرٍ أَوْ نِصْفِ دِيْناَرٍ.

“Dia wajib bersedekah sebanyak satu dinar atau setengah dinar.” (Sahih: [Sahih Sunan Ibni Majah (no. 523)], Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/445 no. 261), Sunan an-Nasa-i (I/153), Sunan Ibni Majah (I/210 no. 640).

Diperbolehkannya memilih dalam hadith tersebut kembali pada pembezaan antara permulaan keluarnya darah dan akhirnya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu anhuma secara mauquf : 

“Jika dia melakukannya pada permulaan keluarnya darah, maka dia harus bersedekah dengan satu dinar. Dan jika pada akhir keluarnya, maka setengah dinar.”. (Shahih Mauquuf: [Shahiih Sunan Abi Dawud (no. 238)], Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/249 no. 262).)


Istihadah

Istihadah darah wanita yang keluar pada selain waktu haid dan nifas, atau yang bersambung dengan keduanya (tetapi bukan termasuk keduanya,). Jika darah tersebut keluar selain waktu haidh dan nifas, maka perkaranya jelas. Namun jika bersambung dengan haidh dan nifas, maka ketentuannya sebagai berikut: Jika seorang wanita memiliki kebiasaan, maka apa yang melebihi kebiasaannya adalah darah istihadah.

Berdasarkan sabda Nabi s.a.w pada Ummu Habibah:

امْكُثِيْ قَدْرَ مَا كَانَتْ تَحْبِسُكِ حَيْضَتُكِ ثُمَّ اغْتَسِلِيْ وَصَلِّي.

“Berdiamlah selama waktu haid yang biasa engkau jalani, kemudian mandi dan solatlah.” (Shahih: [Irwaa'ul Ghaliil (no. 202)] dan Shahiih Muslim (I/264 no. 334 (65)).)

Jika dia boleh membezakan antara kedua darah tersebut, maka darah haid adalah yang berwarna hitam sebagaimana dikenali. Sedangkan yang selain itu adalah istihadhah. Berdasarkan sabda Nabi s.a.w pada Fathimah binti Abi Hubaisy:

إِذَا كَـانَ دَمُ الْحَيْضِ فَإِنَّهُ أَسْـوَدُ مَعْرُوْفٌ، فَأَمْسِكِيْ عَنِ الصَّلاَةِ، فَإِذَا كَانَ اْلآخَرُ فَتَوَضَّئِيْ، فَإِنَّمَا هُوَ عِرْقٌ.

“Jika memang itu darah haidh, maka ia berwarna hitam sebagaimana dikenal. Maka tinggalkanlah shalat. Jika tidak seperti itu, maka berwudhulah. Karena ia adalah penyakit." (Shahih: [Irwaa'ul Ghaliil (no. 204)], Sunan an-Nasa-i (I/185), dan Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/470 no. 283).)

Jika ada seorang wanita yang baru baligh lalu mengalami istihadah sedangkan dia tidak mampu membezakannya, maka dikembalikan pada kebiasaan para wanita pada umumnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w pada Hamnah binti Jahsyi:

إِنَّمَا هذِهِ رَكْضَةٌ مِنْ رَكَضَاتِ الشَّيْطَانِ، فَتَحَيَّضِيْ سِتَّةَ أَياَّمٍ أَوْ سَبْعَةً فِيْ عِلْمِ اللهِ ثُمَّ اغْتَسِلِيْ حَتَّـى إِذَا رَأَيْتِ أَنَّكِ قَدْ طَهُرْتِ وَاسْتَنْقَيْتِ فَصَلِّي أَرْبَعًا وَعِشْرِيْنَ لَيْلَةٍ أَوْ ثَلاَثاً وَعِشْرِيْنَ وَأَيَامَهُنَّ، وَصُوْمِيْ، فَإِنَّ ذلِكَ يُجْزِيْكِ، وَكَذلِكَ فَافْعَلِي فِي كُلِّ شَهْرٍ كَمَا تَحِيْضُ النِّسَاءُ وَكَمَا يَطْهُرْنَ لِمِيْقَاتِ حَيْضِهِنَّ وَطُهْرِهِنَّ.

“Ini adalah salah satu dorongan syaitan. Maka jalanilah haidhmu selama enam atau tujuh hari menurut ilmu Allah kemudian mandilah. Hingga jika kamu menganggap dirimu telah suci dan bersih, maka solatlah selama dua puluh empat malam atau dua puluh tiga hari. Dan berpuasalah, karena itu sudah mencukupimu. Lakukanlah seperti itu setiap bulan. Sebagaimana para wanita menjalani haid dan suci berdasarkan waktu haid dan suci mereka.”(Hadith Hasan: [Irwaa'ul Ghaliil (no. 205)], Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/ 475 no. 284), Sunan at-Tirmidzi (I/83 no. 128), dan Sunan Ibni Majah (I/205/ no. 627), secara makna yang sama.)


Hukum Berkaitan Wanita Istihadah

Disunnahkan baginya untuk mandi setiap akan solat. Tidak diharamkan bagi wanita yang istihadah hal-hal yang diharamkan seperti wanita haid. Hanya saja, dia wajib berwudhu' setiap akan solat.  Berdasarkan sabda Nabi s.a.w kepada Fathimah binti Abi Hubaisy:

ثُمَّ تَوَضَّئِي لِكُلِّ صَلاَةٍ.

"Kemudian berwudhulah pada setiap akan shalat.(Hadith Sahih: [Sahih Sunan Ibni Majah (no. 507)], Sunan Abi Dawud ('Aunul Ma’buud) (I/490 no. 195), dan Sunan Ibni Majah (I/204 no. 624).)




والله أعلمُ بالـصـواب



9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah, semoga beroleh kefahaman walau sedikit :)

      Padam
  2. Balasan
    1. sama-sama, semoga mendapat manfaat darinya, insyaAllah :)

      Padam
  3. Assalam, terima kasih diatas perkongsian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam, Alhamdulillah, semoga memberi ilmu yang baru dan berguna kepada AAP, terima kasih sudi ke laman WADi yang ringkas ini :)

      Padam
  4. assalamualaikum…saya sekarang dalam tempoh untuk memulakan tesis…tajuk tesis saya “PERMASALAHAN BARU TENTANG HAID” iaitu perkara yang belum diselesaikan oleh empat-empat mazhab..
    sebagai contoh : makan pil untuk tahan haid, atau melewatkan haid daripada datang pada tempoh yang ditetapkan…
    soalan saya sekarang, selain daripada contoh yang saya bagi tadi, permasalahan baru apa yang belum diselesaikan oleh empat-empat mazhab????

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'alaikumussalam, berkaitan masalah yang tiada dalam fiqh mazhab yang lama berlaku kerana masalah itu belum wujud dizaman itu. Jika ia berlaku di zaman ini, maka fuqaha zaman ini yang akan menyelesaikannya mengikut mazhab masing-masing. Ia dikenali sebagai fatawa al-Muassirah. Permasalah baru yang tiada dalam kitab fiqh mazhab ialah apa-apa masalah yang tidak pernah terjadi di waktu imam mazhab itu, Allahua'lam.

      Padam
  5. assalamualaikum…saya sekarang dalam tempoh untuk memulakan tesis…tajuk tesis saya “PERMASALAHAN BARU TENTANG HAID” iaitu perkara yang belum diselesaikan oleh empat-empat mazhab..
    sebagai contoh : makan pil untuk tahan haid, atau melewatkan haid daripada datang pada tempoh yang ditetapkan…
    soalan saya sekarang, selain daripada contoh yang saya bagi tadi, permasalahan baru apa yang belum diselesaikan oleh empat-empat mazhab????

    BalasPadam

Perbincangan Ilmiah WADi dan Anda
World of Ad-Dien (WADi)

Klik Hadiah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...