Cari Entri WADi

Isnin, 5 Disember 2011

Robot Latihan Menembak Tentera AS Berwajah Arab



Entri kali ini mengupas sedikit isu yang hangat diperkatakan oleh media tempatan dan antarabangsa. Liputan dan laporannya adalah seperti berikut

VIRGINIA 3 Dis. - Tentera Marin Amerika Syarikat (AS) mereka bentuk latihan menembak menggunakan peluru hidup dengan sasaran robot yang berwajah seperti orang Arab. Direka oleh firma Marathon Targets yang beribu pejabat di Australia, robot tersebut telah pun diuji oleh tentera Marin AS dan diluluskan oleh ketua-ketua tentera dan pasukan pertama kini telah pun dihantar ke pangkalan di Quantico, Virginia yang melibatkan kos bernilai AU$57 juta (RM182 juta).

Robot itu menyediakan tahap realiti latihan menembak paling menakjubkan, contohnya, apabila satu daripada robot itu 'terbunuh', robot yang lainnya akan bertempiaran mencari perlindungan.
Ketua Pegawai Eksekutif Marathon Targets, Dr. Alex Brooks berkata, robot sasaran pintar itu boleh melaksanakan senario kompleks yang dirancang dan mampu bergerak tanpa diduga di dalam dan di luar penglihatan pelatih.

Robot sasaran pintar itu turut mampu bekerja dalam pasukan, bergerak bebas di seluruh kawasan sasaran dan pasukan elit sendiri mengakui ia dapat memperbaiki kemahiran menembak mereka dan keberkesanan serangan. - AGENSI


Ulasan Ringkas

1.Seperti yang kita sedia maklum, Amerika sememangnya mempunyai agenda dan perancangan yang tersendiri untuk menghanurkan umat Islam sama ada secara kekerasan melalui peperangan atau anasir yang lebih halus seperti ini yang dengannya akan menimbulkan kemarahan umat Islam khususnya di Tanah Arab.

2. Ini bukanlah kali pertama mereka menggunakan taktik sebegini untuk memburuk-burukkan warga Islam khususnya bangsa Arab. Sebelum ini mereka juga pernah melakukan hal yang sama. Kita ambil contoh melalui filem dan media elektronik khusunya televisyen. Kebanyakan watak jahat dalam filem barat ,yang beimejkan Islam diletakkan sebagai bangsa Arab. Kenapa tidak mereka letakkan Muslim dari warga Melayu? Atau Muslim dari Cina dan India?. Perhatikan pula kisah Aladin dan seumpama dengannya. Kenapa watak Utamanya dibuat bersahabat baik dengan jin?memohon pertolongan dan bantuan erta bergantung harap kepada Jin? ada tak part dimana watak itu berdoa meminta pertolongan dari Allah?

3. Tidak perlu panik dan melenting dengan tindakan mereka ini. Seperti yang telah tertulis di dalam surah al-Baqarah bahawa mereka tidk akan pernah redha akan Umat Islam. Yakinlah jika perancangan mereka ini hebat dan rapi, perancangan Allah itu Maha Hebat lagi Maha Agung. Umat Islam itu akan menapai kemenangan akhirnya. Persoalan yang  bermain diminda, adalah bila?
Bersabar dan berdoalah. Pertolongan Allah itu akan tiba wahai saudaraku.amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik