Cari Entri WADi

Ahad, 12 Jun 2011

Boleh Ke Solat Fardhu 2 Kali??


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca WADi sekalian. Tajuk entri kali ini pelik ke?hehe..nampak lucu yer, namun ia pernah terjadi. Mungkin pernah terjadi kepada anda yang sedang baca entri ini atau mungkin kepada sesiapa jua diluar sana. Mungkin selepas anda membaca penuh entri ini, anda akan terpanggil untuk solat fardhu 2 kali..hehe. Wah, anda mula rasa keliru yer..hehe..tidak mengapa. Teruskan bacaan anda. 

Pernah anda saksikan seseorang solat fardhu 2 kali?. Contoh solat zohor 2 kali dan sebagainya. Persoalan mungkin timbul sama ada bolehkah solat itu dilakukan 2 kali bukan?. Solat kali kedua kerana telah batal solat diwajibkan namun jika anda ingin solat 2 kali kerana merasakan solat yang pertama tidak khusyu' atau tidak puas hati dengan mutu solat yang pertamanya atau sebab-sebab lain yang tidak berkaitan batal solat, maka solat itu adalah dilarang. Solat untuk kali kedua ditegah sama sekali. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya

" Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali."Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641)

Namun begitu, tahukah anda bahawa ada satu situasi yang membolehkan anda solat fardhu 2 kali?. Begini, jika anda telah selesai solat fardhu bersendirian, kemudian anda ternampak satu kelompok orang sedang melakukan solat fardhu yang sama secara berjemaah, maka larangan solat 2 kali itu dikecualikan malah anda sebenarnya dituntut untuk mengikuti jemaah tersebut. Hukumnya ialah sunat.

Masih samar?? Baiklah, saya ceritakan dalam satu situasi supaya kefahaman bertambah. Contoh mudah dan sering berlaku dalam masyarakat kita, pada hari khamis biasanya diadakan bacaan yasin selepas solat fardhu Maghrib. Anda ingin ke masjid untuk bacaan yasin namun atas sebab tertentu anda telah solat fardhu Maghrib terlebih dahulu dirumah kemudian barulah ke masjid. Setibanya anda dimasjid, anda ternampak jemaah masih lagi solat fardhu Maghrib. Maka anda dibolehkan untuk solat fardhu Mahgrib berjemaah malah dituntut dan hukumnya Sunat. 

Nampak pelik atau janggal??. Tidak, sebenarnya peristiwa seperti ini telah pun berlaku dizaman Rasulullah s.a.w. Dalam peristiwa Haji Widak, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang Subuh di Masjid Khaif (di Mina), selepas selesai solat baginda melihat ada dua orang yang tidak menyertai solat jemaah. Setelah ditanya, mereka mengatakan telah bersembahyang di kediaman mereka. Lalu baginda bersabda:

 " Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu."  (At-Tirmizi no 219)

Sekarang anda dah tahu kan?. Alhamdulillah, moga dari entri ringkas ini, kita sama-sama dapat manfaat. Lepas ini jangan pelik pulak jika nampak orang solat kali kedua dengan jemaah. Kerana sesungguhnya dia punya ilmu tentang solat ini. Dan begitu juga anda, sekarang anda telahpun punya ilmu yang sama. Alhamdulillah.

- Amal Dengan Ilmu -


WADi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik