Cari Entri WADi

Selasa, 7 Jun 2011

GIVEAWAY 4BY4 SHIKIN SAYANG !


Ini adalah Give Away pertama yang saya masuk
jadi saya tak berapa arif tentang ini
siapa yang nak masuk boleh ke SINI

Luahan Insan Tersayang

Alhamdulillah, bagi saya keluarga adalah antara yang paling saya sayangi. 
Tanpa keluarga siapalah kita bukan, syukur kerana
dikurniakan keluarga yang baik, memahami saya
memberikan kasih sayang dan tunjuk ajar yang baik
kepada saya
sehingga sekarang
atas sebab tertentu dan peretujuan keluarga
sy tujukan entri ini buat adik kecil saya
Muhammad Danish Rafiq

kenapa Danish.. ?

sebab dialah adik lelaki pertama saya..
selepas 18 Tahun saya hidup..
dengan kudrat dan Iradat Allah
seorang adik lelaki datang dalam hidup saya..
dan dengan hadirnya dia...
penuh hikmah yang Allah berikan..

saya merenung mata dan wajahnya setiap hari..
dan kelahirannya adalah bayangan kelahiran saya dahulu
Rupanya Allah mahu saya berfikir
dengan melihat dia...
saya dapat melihat betapa kecilnya saya dahulu
betapa susahnya mak dan ayah membesarkan saya
melayan kerenah saya
memandikan saya
memberikan saya makan dan minum
mengajar saya merangkak, berjalan dan membesar
berjaga malam
untuk menidurkan saya
yang hanya tahu menangis
dambakan sentuhan dan kasih sayang
mak dan ayah

lalu bagaimana mungkin...
saya akan menderhaka kepada
mak dan ayah
sedang dahulunya saya lemah
dan kini membesar hasil acuan
tangan mereka

Along sayangkan kamu, Danish..
kamu cermin hidup Along 
dan kamu bayang Along,Danish



terima kasih ya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik