Cari Entri WADi

Khamis, 30 Jun 2011

Bolehkah Masuk Islam Melalui Internet?


Assalamualaikum buat semua pembaca WADi yang dihormati sekalian. Segala puji-pujian kepada Allah s.w.t serta selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Entri kali ini tampak mungkin janggal pada sesetengah orang. Namun kepada yang sering berdakwah melalui internet seperti di facebook, blog, forum dan pelbagai lagi,hal ini mungkin tidak asing bagi mereka. Kadang kala dakwah yang dibawa dengan hikmah mampu menarik mereka yang bukan Islam untuk mendalami Islam, mengenal Islam dengan lebih dekat bahkan mungkin mereka akan tertarik untuk memeluk Islam kerana terkesan dengan Dakwah Di Alam Maya.!!

Kepada para pendakwah alam maya yang bertuah mungkin akan bertemu dengan beberapa orang bukan Islam yang menyatakan minatnya untuk mendalami Islam. Namun kadangkala kita menjadi sangsi sama ada adakah masuk Islam melalui internet itu sah. Biasanya kita biasa melihat mereka mengucap di pejabat agama dengan beberapa saksi Muslim yang lain. Tapi bagaimana pula kalau mereka memeluk Islam melalui internet?? Adakah pengislaman mereka itu sah dan diterima? 

Ya. Pengislaman mereka memang sah dan diterima sekalipun melalui internet.

Sebenarnya memeluk Islam itu mudah pada dasarnya. Islam tidak membebankan umatnya. Masuk Islam jauh lebih mudah dari menikah. Jika menikah perlu lengkap dengan akada dan rukun untuk menjadikannya sah. Namun begitu untuk memeluk Islam, konsepnya lebih mudah dan sederhana. Ada dua syarat utama yang perlu diyakini oleh seseorang yang ingin memeluk Islam. Apakah dia dua yang perlu diyakini itu?

Pertama, dia perlu yakin dan taat hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Tidak ada Tuhan yang lain selain Allah. Dan dia perlu ingkar kepada semua tuhan lain selain Allah. Ingkar disini bermaksud dia perlu meyakini bahawa tiada Tuhan yang lain selain Allah, Tuhan Sekalian Alam. Kedua, seseorang mengakui dan meyakini sebuah konsep bahwa Muhammad itu adalah manusia biasa yang mendapat wahyu dari Allah dan menjadi nabi yang membawa kitab suci dan risalah Islam sebagai agama. Konsep ini perlu diyakini dengan sebenar-benarnya kemudian barulah ia diterjemahkan dalam kalimah syahadah. Jika kalimah tersebut telah disebut dan dibenarkan dalam hati  meskipun ia tidak dilihat oleh sesiapa pun, tanpa saksi, tanpa pengetahuan orang, seseorang itu telah pun sah menjadi umat Islam. 



Tidak ada kewajiban harus mengucapkan lafaz dua kalimat syahadat itu di hadapan seorang tokoh agama, juga tidak harus di dalam masjid, bahkan tidak perlu adanya akad dan saksi-saksi. Bukankah dahulu Bilal bin Rabah radhiyallahu 'anhu masuk Islam secara diam-diam? Bahkan tuannya pun tidak tahu bahawa dia telah masuk Islam. Dan puluhan shahabat nabi lainnya masuk Islam dengan cara yang sama. Mereka merahsiakan keIslamannya. Sehingga tidak ada ritual pernyataan syahadah di hadapan umum, apalagi di masjid.


Berkata  Syeikh Saleh al-Munajjid :
"Tidak wajib bagi mereka yang inginkan menyebut syahadah (dua kalimah syahadah) agar menghadirkan saksi. Bahkan hendaklah dia menyebut dengan dengan lidahnya, dan mencukupi untuk dia masuk Islam"


Namun dalam sesebuah negara Islam punya undang-undang untuk umat Islam itu sendiri. Kebiasaannya selepas mengucap syahadah di Jabatan Agama, maka muallaf akan didaftarkan sebagai muslim. Mana-mana muallaf perlu mendaftar nama mereka untuk direkodkan. Itu sahaja. Bukanlah tokoh agama, dan saksi rukun yang perlu ada dalam pengislaman. Wallahua'lam



- Amal Dengan Ilmu -


WADi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik