Cari Entri WADi

Khamis, 2 Jun 2011

Tutur Kata Itu Lambang Peribadi

Bercakap, bertutur, berbicara atau apa sahaja yang sewaktu dengan nya adalah antara nikmat Allah yang tidak ternilai harganya. Kita setiap hari menggunakan mulut kita, untuk berkomunikasi, menyampaikan sesuatu perkara dan memudahkan urusan hidup kita.

 Namun sedarkah kita yang itu semua adalah kurniaan Allah, hingga kita lupa yang ia adalah nikmat yang bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik. Sejauh mana kah kita bersyukur? Mari sama-sama kita hisap diri kita sekarang juga. 

Percayakan anda jika saya katakan yang bicara kita melambangkan
keperibadian kita, akhlak kita, dan sifat kita zahirnya atau dalamannya

Berbicara sama ada secara langsung atau melalui tulisan, media cetak mahupun elektronik mempunyai tatacara dan adab tertentu. Setiap perbicaraan yang keluar daripada seseorang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya serta perangainya.

Berbicara sesuatu yang perlu dan menghindari perbicaraan yang tidak berfaedah adalah ibadah yang besar pahalanya. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Daripada kebaikan iman seseorang ialah meninggalkan apa yang tidak bermakna baginya.” (Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Jom, kita sama-sama jaga tutur kata kita, kita sama-sama bercakap dengan baik, insyaAllah kita semua mampu lakukannya, doakan agar saya juga dapat bertutur kata dengan lebih baik, dan saya juga mendoakan anda semua diluar sana, insyaAllah

Firman Allah : “Tidak ada satu perkataan yang dilafazkan melainkan akan dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid”. (Qaf: 18)

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Barangsiapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari pembalasan (kiamat) maka hendaklah ia memperkatakan kebaikan atau memilih untuk berdiam diri”.

- Amal Dengan Ilmu -



WADi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makluman dari (WADi)


1. Selamat datang ke Laman WADi

2. Laman WADi adalah laman berbentuk ilmu pelbagai namun lebih menjurus kepada keagamaan.

3. Metod penulisan berdasarkan pelbagai sumber.Sumber utama adalah Al-Quran, Al-Hadith, Athar, dan Ijmak ulama' .

4. Pelawat bebas untuk follow atau tidak blog ini.

5. Pelawat dibenarkan untuk menjadikan WADi sebagai bloglist anda jika bermanfaat.

6. Anda dibenarkan untuk mengambil mana-mana artikel dan penulisan WADi dengan memberi kredit kepada WADi. Jika itu membuatkan anda berasa keberatan (memberi kredit kepada WADi, maka anda tidak perlu berbuat demikian). Asalkan ilmu itu sampai kepada semua. Terpulang kredibiliti anda sebagai penulis.

7. Tidak ada copyright di WADi, apa yang ditulis disini adalah untuk disampaikan. Ilmu itu milik Allah.

8. Penulis merupakan insan biasa yang banyak kesilapannya termasuk ketika menulis. Jika anda terjumpa sebarang kekeliruan, kesilapan berkaitan permasalahan hukum, dalil, hadith, atsar dan sebagainya , sila maklumkan WADi melalui email. Teguran secara baik amat kami hargai.

9. Hubungi saya melalui email : addien90@yahoo.com

10. Selamat membaca, menimba ilmu dan menyebarkan ilmu.

Klik Klik