Assalamualaikum WADi readers, baru-baru ini keputusan peperiksaan bagi pelajar UiTM dikeluarkan. Alhamdulillah saya berjaya tamat dengan baik dan keputusan pun alhamdulillah ok. Bersyukur apa adanya. Maka dengan ini tamatlah pengajian 3 tahun saya di UiTM Sri Iskandar, Perak. Alhamdulillah.
Tapi entri ini bukan saya nak cerita
tentang pencapaian saya yer..hehe..
tapi saya nak cerita tentang
Kejayaan Teman Seperjuangan
Batch saya
Setiap pelajar yang yang cemerlang ada kisah mereka tersendiri. Di UiTM pelajar yang mendapat pointer 3.50 above akan mendapat Anugerah dekan. Pelajar yang mendapat Dekan bagi setiap semesta pula akan mendapat Anugerah Naib Canselor (ANC). Maka dengan Iradat Allah, beberapa teman seperjuangan telah berjaya mendapat title ANC tersebut. Mereka mengharum kan nama BUILDING DEPARTMENT dan semua pensyarah keseluruhannya.
Mereka ialah
Kalau ada Teman yang say tak tag mohon maaf lah, ini sahaja yang saya tau..huhu. Tak lupa juga kepada semua yang berjaya tamat dalam tempoh. Kepada teman-teman yang perlu repeat, bersabarlah, yakinlah Allah ada perancangan yang terbaik buat kita semua. Sebaiknya kita bersyukur apa yang ada pada kita sekarang yer. Tahniah kepada semua rakan seperjuangan. Terima kasih kepada semua pensyarah Building Department UiTM Sri Iskandar, Perak. Moga Allah membalas nya dan redha Allah atasnya.
kepada teman sekalian
tahniah dan sentiasa lah bersyukur
dan sentiasalah ingat kepadaNya
sungguh Dia sentiasa Ingat kepada kita
bersyukurlah
Sesungguhnya Allah mempunyai kurnia terhadap manusia tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur... "
(Al-Baqarah : 243)
Dan Tuhan mengeluarkan kamu dari perut ibumu tanpa kamu mengetahui suatu-apa pun dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur." (QS An-Nahl: 78)
Kepada junior-junior yang mungkin membaca entri ini, ambillah contoh atas kejayaan mereka. Mungkin anda boleh ikut cara belajar dari mereka, mana tahu anda pun akan cemerlang seperti mereka semua ni, insyaAllah.
Belajar itu bukan kerana sekeping kertas bernama Diploma @ Ijazah,
tetapi kerana ia fardhu ke atas mu, dan kerana tauhidmu kepadaNya.
Maka insyaAllah kita akan mendapat redha, duniawi dan ukhrawi.
WADi